Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 27 November 2012

Menteri Pertahanan Israel Umum Undur Dari Politik

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak. Foto: AP

TEL AVIV - Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak membuat pengumuman mengejut bahawa beliau akan mengundurkan diri daripada politik negara Yahudi itu. 
Bagaimanapun, bekas jeneral yang pernah menjadi Perdana Menteri Israel itu mengumumkan akan terus berkhidmat sebagai menteri pertahanan sehingga pentadbiran baru dibentuk pada 22 Januari akan datang. 
"Saya tidak membuat keputusan ini tergesa-gesa. Hal ini sudah saya fikirkan masak-masak," ujar Barak. 
Pengunduran Barak dijangka menggoncangkan dunia politik Israel menjelang pilihan raya umum nanti. 
Barak sebelum ini sering menjadi perantara kepada pentadbiran ganas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dengan pentadbiran Presiden Barack Obama yang selalu tegang. 
Ahli politik berumur 70 tahun itu memutuskan mengundurkan diri setelah Independence Party pimpinannya meraih momentum positif selepas serangan tentera Israel ke atas Gaza minggu lalu. 
Barak dilihat rapat dengan Netanyahu selama empat tahun terakhir, tetapi kedua mereka seperti berbeza pendapat tentang rancangan menyerang fasiliti nuklear Iran yang ditentang keras oleh Amerika Syarikat yang yakin, masalah itu boleh diselesaikan melalui diplomasi.
_______________________________________________________________________


Macam gila kerja ahli-ahli politik Israel nih !
sama ada Netanyahu atau Barak
sama-sama menggunakan perang ke atas Gaza untuk meraih populariti
bagi menghadapi pilihan raya yang tak lama lagi
sehingga nyawa manusia
tidak berharga buat mereka !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.