|
George WH Bush. Foto: Msnbc |
HOUSTON - Mantan Presiden Amerika Syarikat (AS) George H.W. Bush dikejarkan ke hospital di Houston, Texas, hari ini kerana menghidap bronkitis. Doktor bimbang penyakit itu akan merebak menjadi radang paru-paru (pneumonia).
Ketua Staf Bush, Jean Becker mengatakan, penyakit yang dialami oleh bekas presiden AS itu bukanlah penyakit yang serius. Pada hujung minggu ini, Bush dibenarkan untuk pulang ke rumah.
"Masalah utamanya adalah batuk kronik, dia tidak berdaya mengawalnya sehingga dia terpaksa kembali ke hospital," ujar Becker.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Presiden AS ke-41 itu kerap keluar masuk hospital. Salah seorang ahli keluarga Bush mengatakan, keadaan Bush cukup lemah.
Pada hari Ahad lalu, Bush dikunjungi oleh anak lelakinya, George W. Bush.
Ketika ini, George Bush Sr menggunakan kerusi roda kerana sudah tidak berupaya hendak berjalan. Keluarganya bimbang dengan keadaan kesihatannya.
Semasa masih sihat, Bush merupakan seorang yang aktif berolah raga. Bush sering melakukan jogging, memancing, main golf, dan berjalan-jalan di pantai yang berdekatan dengan villanya di Maine, Florida.
Sebelum ini, Bush pernah menjalani pembedahan tulang pinggang di hospital Houston, Texas. Selain mengalami penyakit tulang dan paru-paru, salah seorang rakan Bush mengatakan bahawa Bush juga menghidap sindrom parkinson.
Bush pernah muncul di televisyen dan telah ditemuramah oleh cucunya sendiri, Jenna Bush Hager. Bush menceritakan bagaimana beliau berjuang melawan penyakitnya dan menyatakan kekecewaannya kerana umurnya tidak panjang lagi untuk melihat cucunya, Georgia Bush, menjadi dewasa.
_______________________________________________________________________
|
Ketika masih sihat |
Bush Sr boleh dikira manusia yang bernasib baik...
umur panjang - kini 88 tahun...
rezeki murah - cukup makan dan tinggal dalam villa dekat pantai...
jauh daripada penyakit berat - seperti kanser atau stroke...
pernah jadi Presiden Amerika - 1989-1993...
menang Perang Teluk 1991.
|
Ketika masih berkuasa |
Melihat kejayaan yang ada...
Bush tak patut lagi rasa kecewa...
Kalau sekiranya ada juga rasa kecewa...
bukan sebab tak sempat melihat cucu-cicit dewasa...
tapi sebab ramai manusia hilang nyawa....
semasa pemerintahannya dan pemerintahan anaknya.
Tapi Bush Sr hanyalah manusia biasa....
dia sayangkan anak cucunya...
tapi lupa kebajikan manusia lainnya !
|
Mangsa Perang Teluk |
|
Tawanan perang Iraq |