Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 31 Disember 2012

Air Dibuang Menjadi Salji

Air yang dibuang tiba-tiba bertukar menjadi salji. Foto: Telegraph

SIBERIA - Seorang lelaki berjaya merakamkan kejadian aneh ketika dia membuang air panas dari balkoni rumahnya apabila air yang dibuang perlahan-lahan bertukar menjadi salji.

Lelaki itu memberitahu, berdasarkan telefon bimbitnya suhu cuaca di kawasan tersebut ketika itu mencapai minus 41 darjah celsius.

Penduduk daerah Novosibirsk itu membuang air panas dari atas apartmen tetapi dia melihat air panas itu berubah menjadi salji.

Rakaman video menunjukkan Rusia mengalami suhu udara pada titik yang paling rendah dalam masa hampir 50 tahun terakhir.

Siberia berada di wilayah paling timur Rusia, mengalami penurunan suhu sehingga minus 50 darjah celcius. Sementara cuaca minus 20 darjah celcius dikesan berlaku pada kawasan pusat Rusia.

Ahad, 30 Disember 2012

China-Jepun Bertembung Di Kepulauan Senkaku

Bendera Jepun dikibarkan di Pulau Senkaku. Foto: AFP


BEIJING - Kerajaan China melaporkan, pasukan peronda negara itu yang terdiri daripada empat kapal telah bertembung dengan kapal peronda Jepun di wilayah Kepulauan Senkaku yang dipertikaikan oleh kedua-dua negara berkenaan.
Pasukan China kemudiannya bertindak mengusir kapal peronda Jepun kerana pasukan itu yakin pasukan peronda Jepun berada dalam wilayah mereka.

Manakala pihak Jepun menyatakan, kedua-dua pasukan sama-sama menghantar mesej yang menyatakan bahawa kedua-dua belah pihak sedang berada di wilayah sendiri. Kedua-dua pihak kemudian saling meminta kapal yang lain keluar dari wilayah pertikaian.

Akhir-akhir ini Kerajaan China menggiatkan aktiviti rondaan di sekitar kepulauan yang mereka sebut Pulau Diayou. Rondaan dilakukan berkaitan polisi nasionalisasi sepihak Jepun terhadap kepulauan tersebut.

Selain dipertikaikan oleh China dan Jepun, kepulauan tersebut juga dituntut oleh Taiwan. Namun berdasarkan level kekuatan Taiwan, negara itu tidak akan mampu  menentang kekuatan dua kuasa besar Asia itu.

Sabtu, 29 Disember 2012

Jeneral AS Semasa Perang Teluk Meninggal

Mendiang Jeneral Norman Schwarzkopf. Foto: AP


TAMPA - Jeneral Norman Schwarzkopf yang memimpin tentera bersekutu Amerika Syarikat (AS) dalam Perang Teluk tahun 1991, meninggal dunia dalam usia 78 tahun. Schwarzkopf dikenali dunia kerana berjaya mengusir pasukan Saddam Hussein dari Kuwait dalam perang tersebut.

Schwarzkopf dikenali di kalangan rakan sejawatnya dengan gelaran "Stormin Norman" kerana 'tabiatnya' yang meledak-ledak. Selain mendapat penghargaan dalam Perang Teluk, Schwarzkopf juga banyak mendapatkan penghargaan kerana jasa-jasanya semasa Perang Vietnam.

Presiden AS semasa Perang Teluk, George HW Bush, menyebut Schwarzkopf sebagai salah seorang pemimpin tentera yang terbaik sepanjang sejarah. Bush menyatakan perasaan duka cita selepas mendengar khabar kematian bekas pegawai bawahannya itu.

"Seorang tentera yang berprestasi, Jeneral Schwarzkopf bagi saya adalah seorang yang selalu menunjukkan baktinya kepada negara yang dicintainya. Ia telah membela kebebasan yang dimiliki oleh negara ini dalam krisis-krisis antarabangsa yang kita hadapi," ujar Bush mengenang Schwarzkopf.

Bekas Presiden Bush ketika ini sedang dirawat di hospital kerana mengidap bronkitis. Schwarzkopf dikhabarkan meninggal dunia kerana diserang pneumonia.

Kerajaan AS pernah menawarkan jawatan tertinggi tentera AS kepada Schwarzkopf namun jeneral itu menolak dan memilih untuk bersara. Schwarzkopf menghabiskan masa persaraannya di rumahnya di Tampa, Florida. - Sky News


Thatcher Berhutang Kerana Anak Lelakinya

Gambar lama Thatcher bersama anak lelakinya, Mark yang ketika itu masih muda. Foto: PA

Gambar terbaru Thatcher yang sudah uzur bersama Mark dan Sarah, isteri Mark (menantu Thatcher).


LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain Margareth Thatcher dikatakan perlu membayar bil untuk kos operasi pencarian anak lelakinya yang hilang di Gurun Sahara ketika mengikuti perlumbaan Rali Paris-Dakar pada tahun 1982.

Kementerian Luar Negeri Britain telah mengeluarkan kenyataan bahawa, Margareth Thatcher masih mempunyai tunggakan sebanyak 1.789 poundsterling.

Jumlah tersebut tentunya tidak terlalu besar bagi orang seperti Thatcher. Menurut Kementerian Luar Britain, wang tersebut dikeluarkan untuk membayar kos operasi Mark yang hilang ketika berusia 28 tahun.

Pejabat Perdana Menteri Britain berkata, empat pesawat tentera Algeria dan sebuah helikopter serta tiga pesawat milik Perancis dikerahkan untuk mencari Mark Thatcher. 
Ayahnya, Denis, terbang ke wilayah tersebut untuk membantu pencarian dan memerlukan sebuah pesawat Hercules milik Tentera Udara Britain untuk mencari Mark. Setelah enam hari, Mark akhirnya ditemui dalam keadaan hidup dan sihat.

Mark dikatakan tidak mempunyai persiapan yang cukup untuk mengikuti Perlumbaan Paris-Dakar pada Januari 1982. Bersama dengan jurupandu Perancis Anne Charlotte Vernay dan mekanik Jean Garnier yang juga dari Perancis, Mark menyusuri Gurun Sahara. Tetapi kereta yang mereka naiki mengalami kerosakan kira-kira 250 batu dari Kota Tamanrasset.

Pada masa itu, pihak penganjur perlumbaan tidak mengetahui penyertaan Mark dan pasukannya. Ketika ini, pihak Pejabat Perdana Menteri Britain bimbang Mark akan menjual cerita berkenaan kehilangannya kepada media Britain.

Ketika diajukan soalan mengenai kos operasi untuk menyelamatkan anaknya, Thatcher berjanji akan membayar semua kos berkenaan. Pada 12 Februari 1982 dia menulis, "Saya yang akan membayar kosnya. Saya pastikan tidak ada bayaran yang perlu dikeluarkan oleh para pembayar cukai Britain. Kepada siapa bil ini saya perlu bayar?"

Tetapi menurut pihak Downing Street, sehingga kini bayaran tersebut belum dijelaskan oleh Thatcher. Belum diketahui bagaimana penyelesaian tentang bayaran yang perlu dijelaskan oleh Thatcher. - Guardian

Jumaat, 28 Disember 2012

Perasaan Anti-Yahudi Meningkat Di Britain

Foto: Googleimages

LONDON - Kerajaan Britain melaporkan fenomena peningkatan anti-semit atau kebencian terhadap warga Yahudi di negara tersebut yang berlaku sejak serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada November lalu.

Kerajaan menyebut tentang fenomena anti-semit akan meningkat di Britain setiap kali Israel melakukan serangan ke atas wilayah Palestin.

"Fenomena anti-semit meningkat selepas Israel melakukan serangan ke Palestin, sama seperti yang berlaku pada tahun 2008-2009 lalu," ujar Menteri Kemasyarakatan Britain, Don Foster.

The Community Security Trust (CST), sebuah NGO yang mengawasi fenomena anti-semit di negara Ratu Elizabeth itu menyatakan, fenomena tersebut meningkat sehingga dua kali ganda.

Tindakan anti-semit yang ditemui oleh CST antara lain berbentuk hinaan verbal terhadap warga Yahudi, Grafiti yang menghina bangsa Yahudi, dan pernyataan anti-semit yang ditulis di laman web media sosial seperti Twitter dan Facebook. Walaupun begitu kerajaan mengawasi agar tidak berlaku insiden kekerasan terhadap warga Yahudi.

"Kerajaan British telah memberi amaran kepada pihak polis agar lebih ketat mengawasi fenomena anti-semit. Kerajaan juga akan menyediakan polisi untuk mencegah peningkatan fenomena anti-semit jika dirasakan perlu," sebut Foster.

Planet Alien Bakal Ditemui Tahun 2013?




CALIFORNIA - Saintis meramalkan bahawa planet yang mirip seperti Bumi akan ditemui tahun hadapan. Planet yang mempunyai saiz yang sama dengan bumi itu akan menjadi objek pemerhatian saintis melalui misi Kepler.

Planet "alien" (asing) itu bukan sahaja mempunyai bentuk dan saiz yang sama dengan bumi, tetapi juga mengelilingi matahari mereka sendiri. Planet asing ini akan ditemui pada tahun 2013 dan akan memberikan pengetahuan baru kepada para saintis berkaitan alam semesta.

Ahli astronomi telah menemui sejumlah exoplanet (planet yang berada di luar sistem Tata Surya) sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saintis mengatakan, penemuan exoplanet ini akan memberikan kunci untuk mengetahui suhu ataupun saiz planet asing tersebut.

"Saya percaya bahawa planet 'kembar bumi' pertama kali akan ditemui tahun hadapan," kata Abel Mendez, penyelidik dari Planetary habitability Laboratory di University of Puerto Rico, Arecibo.

Ahli astronomi menemui orbit exoplanet pertama, iaitu bintang yang menyerupai matahari pada tahun 1995. Sejak penemuan itu, saintis mendapati lebih dari ratusan planet yang ada di luar sistem Tata Suria.

Pada Disember tahun lalu, misi pesawat luar angkasa Kepler menemui planet yang mempunyai saiz 2.4 kali ganda daripada bumi, yang mengorbit di zon layak huni. Saintis meneliti apakah planet tersebut mempunyai kandungan air, yang membolehkan wujudnya hidupan.

Khamis, 27 Disember 2012

Kuil Berusia 2750 Tahun Ditemui Di Baitulmaqdis

Ahli arkeologi menemui patung kuda di Tel Motza. Foto: Nbcnews


BAITULMAQDIS - Ahli arkeologi menemui kuil berusia 2,750 tahun berhampiran berhampiran bandar ini berserta beberapa artifak yang terdiri daripada patung tembikar dan tanah liat.

Kuil tersebut ditemui semasa kerja-kerja cari gali di tapak arkeologi Tel Motza, kira-kira 3 batu (5 kilometer) di barat Baitulmaqdis.

"Bangunan ritual di Tel Motza adalah luar biasa dan mengejutkan. Sukar bahkan hampir tidak ada kesan-kesan bangunan ritual zaman Judaea," ujar ahli arkeologi Anna Eirikh.

Kitab agama Yahudi menjelaskan, kuil pertama dibina di Baitulmaqdis oleh Sulaiman, putra Raja Daud. Ahli arkeologi menganggarkan pembinaan tersebut dilakukan pada abad ke-10 sebelum masehi.

Ahli arkeologi mengatakan, kuil Tel Motza telah wujud semasa era sebelum reformasi keagamaan pada akhir tempoh monarki (pada zaman Hizkia dan Yesaya). Tempoh tersebut menghapuskan semua laman ritual dan menumpukan perhatian pada amalan ritual yang sepenuhnya di Kuil Baitulmaqdis.

Tel Motza dianggap mempunyai hubungan dengan penempatan purba yang disebut "Mozah" dalam Book of Joshua. 
Sejak kajian dijalankan, struktur besar dengan gudang dan sejumlah silo (tempat simpanan hasil pertanian) telah ditemui. Ahli arkeologi menjelaskan bahawa struktur tersebut berkemungkinan digunakan sebagai tempat menyimpan gandum di Baitulmaqdis. Struktur yang baru ditemui ini mempunyai dinding besar dan lebar.

"Sinar matahari terbit di timur akan menerangi objek yang ditempatkan dalam kuil pertama," terang Anna. Ia berkata, objek yang ditempatkan dalam kuil ini, mempunyai makna khusus berkaitan kepercayaan yang mereka anuti ketika itu.

Di dalam kuil, ahli arkeologi menemui binaan yang kelihatan seperti altar dengan beberapa benda ritual yang ada di sekitarnya. Benda tersebut seperti serpihan seramik, patung tembikar dan beberapa benda lain seperti patung kuda.

"Penemuan struktur suci, bersama dengan beberapa benda-benda suci, masih memerlukan kajian yang luas," jelasnya.
_______________________________________________________________________ 


era sebelum reformasi keagamaan pada akhir tempoh monarki...?
zaman Hizkia dan Yesaya...?
 
Hizkia tu Nabi Zakaria kot...
Yesaya tu Nabi Yahya...
Wallahualam 

Rabu, 26 Disember 2012

Catatan Perjalanan Naik Tren ETS Ke Ipoh

Jam 7.50 tren LRT yang kami naiki tiba di KL Sentral. Rancangan kami ialah hendak menaiki tren ETS ke Ipoh jam 8.00 pagi

Tapi kaunter tiket ETS telah ditutup. Sedangkan pada bulan Mac lalu saya membeli tiket ETS di sini

Rupanya penjualan tiket ETS sudah dipindahkan ke kaunter penjualan tiket KTM antarabandar. Alhamdulillah sempat beli tiket.

Selepas beli tiket, kami bergegas ke Platform B sebab tren ETS akan bertolak ke Ipoh jam 8.05 minit.

Kami menaiki Koc A. Tapi koc ini tak ada tandas. Terpaksalah berjalan ke Koc B kalau nak guna tandas.

Terdapat skrin tv yang menayangkan video tanpa suara (hanya catatan dialog sahaja)

Melalui skrin tv kita dapat melihat kelajuan tren ini. Tren ini dibina pada tahun 2010 oleh Syarikat Hyundai, Korea Selatan.

Perlahan-perlahan pemandangan bangunan kilang, rumah dan pencakar langit mula bertukar kepada pemandangan hijau.

Tren ETS tiba di Stesen Ipoh jam 10.30. Rupanya kaunter tiket ETS (kiri) juga sudah tutup dan berpindah ke kaunter KTMB (kanan)

Sampai dikaunter tiket, saya dan keluarga buat keputusan balik ke KL dengan tren ETS jam 11.00 pagi

Maka tak sempatlah nak merayau jauh-jauh. Hanya sekadar memandang Pejabat Pos Ipoh dari Stesen Ipoh

Melihat bangunan antik Dewan Bandaran Ipoh yang tidak jauh letaknya dari stesen

Melihat projek pengindahan di hadapan stesen yang pemalu (sebab tertutup).

Memandang bangunan Mahkamah Tinggi Ipoh dari jauh.

Menikmati keindahan seni bina bangunan Stesen Ipoh. Tapi tak sempat makan tengahari

Jam 11.05 pagi, tren ETS bertolak dari Stesen Ipoh. Nasib baik saki-baki bekalan dari KL masih ada

Sebaik tiba di KL Sentral, kami terus bergegas ke Food Court untuk makan tengah hari. Rancangan asal terpaksa diubah

Lepas makan tengah hari, kami pun bergegas nak naik LRT balik ke pangkalan...

Mengikut rancangan yang telah diatur, saya dan keluarga pada hari ini akan menaiki Electric Train Service (ETS) ke Ipoh yang bertolak jam 8.00 pagi dari KL Sentral. Berdasarkan rancangan yang telah dipersetujui bersama, kami akan bertolak ke KL Sentral dengan menaiki LRT dari Stesen Titiwangsa. 
Namun atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, saya sekeluarga terlewat bertolak dan hanya tiba di KL Sentral jam 7.50 pagi. 
Sebaik tiba di KL Sentral, saya bergegas ke kaunter tiket ETS. Tapi kaunter berkenaan pula kosong. Sedangkan pada bulan Mac lalu, di kaunter inilah saya membeli tiket ETS untuk pergi ke Ipoh. 
Rupa-rupanya tiket ETS di jual di Kaunter Tiket Antarabandar KTM secara manual. Namun masa untuk tren ETS bertolak ke Ipoh kini kurang sepuluh minit. Sempatkah beli tiket? 
Alhamdulillah semasa tiba di kaunter tiket, penjualan tiket ETS masih belum ditutup. Maknanya kami masih boleh membeli tiket. Bagaimanapun petugas kaunter tiket mengarahkan kami agar segera pergi ke Platform B kerana tren ETS akan bertolak pada jam 8.05 pagi. 
Sebaik mendapat tiket kami terus berjalan laju ke Platform B. Berdasarkan tiket, kami sepatutnya menaiki Koc A. Namun disebabkan bimbang tren ETS akan bertolak, kami terus masuk ke dalam koc yang paling hampir dengan tangga Platform B. 
Ketika kami masuk ke dalam koc berkenaan, seorang petugas perempuan tengah berleter kerana seorang petugas pembersihan lelaki merokok di dalam tandas. Memang ketara bau asap rokok pada ketika itu.
Mungkin disebabkan petugas perempuan itu 'dalam mood berleter', dia mengarahkan kami keluar semula ke platform dan tidak membenarkan kami menggunakan laluan dalam koc berkenaan untuk pergi ke Koc A.
Kami akur dan segera keluar dari koc berkenaan walaupun hati ini berdebar, takut tren bertolak sebaik kami keluar. Lagipun saya berpendapat, tak baik bertengkar pada pagi-pagi hari. 
Alhamdulillah, kami akhirnya dapat menaiki Koc A dan mencari tempat duduk masing-masing dengan mudah kerana Koc A masih kosong ketika itu. 
Tepat jam 8.05 pagi, tren mula bertolak meninggalkan KL Sentral dan bergerak keluar dari pusat Bandaraya KL. Selepas stesen Rawang, pemandangan bangunan pencakar langit, kawasan perumahan dan kilang-kilang mulai digantikan dengan pemandangan tumbuhan hijau dan Banjaran Titiwangsa. 
Kelebihan menaiki tren ETS ini ialah ia tidak sesak macam menaiki komuter ke Kajang atau ke Shah Alam. Lagipun setiap penumpang mempunyai tempat duduk masing-masing. Maka tak ada penumpang yang berdiri macam naik komuter. 
Seperkara lagi, jika tren komuter lebih ramai dinaiki oleh pendatang Indonesia, Bangladesh dan Afrika, tetapi tren ETS lebih ramai dinaiki penduduk tempatan. Nampak penumpangnya lebih bersopan.
Bagaimanapun, Koc A yang kami naiki ini rupa-rupanya tidak mempunyai tandas. Maka terpaksalah kami berjalan ke koc sebelah yang ada tandas jika hendak 'melepas'. Tandasnya bersih dan selesa. 
Lebih kurang jam 10.30 pagi, tren ETS yang kami naiki tiba di Stesen Ipoh. Perjalanan kami dari KL ke Ipoh mengambil masa lebih kurang dua jam tiga puluh minit. 
Sebaik sampai di Stesen Ipoh, saya bergegas pula ke kaunter tiket ETS. Namun sama seperti di KL Sentral, kaunter tiket ETS di sini juga telah ditutup dan tiket ETS dijual di kaunter  KTMB. 
Mengikut rancangan asal, kami akan balik ke KL dengan tren ETS jam 1.00 tengahari. Bagaimanapun cuaca di Ipoh ketika itu panas terik dan kami tak larat hendak berjalan jauh-jauh dari stesen. 
Akhirnya, apabila sampai di kaunter saya tukar fikiran dan membeli tiket ETS ke KL yang akan bertolak jam 11.00 pagi dari Ipoh. Disebabkan kesuntukan masa, maka kami tak sempat makan tengahari sebelum bertolak balik ke KL. Setelah bersiar-siar di sekitar kawasan stesen, kami segera menaiki tren.
Jam 11.05 pagi, tren ETS bertolak meninggalkan Stesen Ipoh. Mengikut rancangan asal, kami sepatutnya turun di stesen Bandaraya apabila sampai di KL. Bagaimanapun rancangan itu terpaksa diubah kerana ahli rombongan mengadu lapar. 
Maka tempat yang difikirkan paling sesuai untuk mengisi perut ketika itu ialah Food Court di KL Sentral kerana tidak perlu berjalan jauh untuk mencari tempat makan. Maka kami membuat keputusan turun di KL Sentral.
Lebih kurang jam 1.30 tengahari kami selamat tiba di KL Sentral. Selepas makan tengahari, badan mula terasa letih dan mata mula terasa mengantuk. Akhirnya kami menaiki tren LRT untuk kembali pulang ke markas.

Selasa, 25 Disember 2012

Pesawat Nahas Tersilap Mendarat Di Myanmar

Pesawat penumpang Bagan Air terbakar setelah gagal mendarat di lapangan terbang Heho, timur Myanmar akibat kabus tebal

Tiga warga Myanmar terbunuh dan 11 orang cedera termasuk empat warga Britain.

Pasukan penyelamat Myanmar bertungkus-lumus di tapak nahas pesawat yang membawa 65 penumpang.

Salah seorang juruterbang pesawat milik syarikat penerbangan swasta Bagan Air adalah antara yang tercedera.

Pihak berkuasa Myanmar berkata pesawat putus dua.

Televisyen negara itu melaporkan, pesawat itu tersilap mendarat kerana landasan diselaputi kabus.

Saksi mengatakan, pesawat itu masih berasap selepas nahas.

Bagan Air dimiliki oleh Tay Za, hartawan kroni bekas pemerintah junta tentera Myanmar, beroperasi dengan dua Fokker 100 jet usang

Isnin, 24 Disember 2012

Kapal Yang Hebat Akhirnya Jadi Besi Buruk

Kapal Queen Elizabeth 2 (QE2) pada zaman kegemilangannya.

QE2 semasa dirasmikan tahun 1967 di Scotland.

Dubai merancang untuk menukarkan QE2 menjadi hotel 1,000 bilik mewah di hujung pulau Palm Jumeirah.

Kapal Queen Elizabeth 2 (QE2) akan dijual sebagai besi sekerap kepada Cina.

Langkah ini adalah ekoran kegagalan selepas bidaan minit terakhir untuk membawa ia kembali ke Britain sebagai sebuah hotel lima bintang terapung.

Kapal laut ikonik yang juga pernah berkhidmat sebagai pengangkut tentera semasa  Perang Falklands telah berlabuh di pelabuhan komersil Dubai sejak ia dijual pada tahun 2008.

Dubai asalnya merancang untuk menukar QE2 menjadi hotel 1,000 bilik mewah di hujung pulau Palm Jumeirah. Tetapi emiriah itu telah terjejas teruk akibat krisis hutang.

Awal bulan ini, sebuah konsortium British menawarkan untuk membawa QE2 ke London dan menukarkannya menjadi hotel lima bintang yang berlabuh bertentangan dengan O2 Arena.

Tawaran QE2 London disokong oleh Canselor George Osborne dan Datuk Bandar London, Boris Johnson yang mendakwa projek itu boleh memberi 2,000 pekerjaan kepada penduduk London.

Osbone
Johnson
Walau bagaimanapun krew Cina seramai 20 telah menaiki QE2 pada Jumaat lalu yang mencetuskan kebimbangan yang ia telah dijual sebagai sekerap.

Mereka menggantikan krew seramai 40 orang yang telah mengekalkan QE2 di Port Rashid untuk empat tahun yang lalu.

Roger Murray dari QE2 London berkata, "Kami telah diberitahu kapal itu akan dimasukkan ke dalam dok kering sebelum dibawa ke destinasi yang tidak diketahui di timur jauh."

"Itu adalah satu tragedi kerana ia bermakna hampir pasti QE2 akan dijual sebagai sekerap." 
"Pelabur kami akan memberikan £ 20 juta untuk kapal tersebut ditambah £ 60 juta lagi untuk pengubahsuaian dan kos membawa kapal itu kembali ke Britain.

"Tetapi kapal itu boleh meningkat sebanyak £ 20 juta sebagai besi sekerap dan boleh mendapat wang tunai Cina dengan segera'.

Kapal QE2 belayar antara tahun 1969-2008 dengan megahnya.

Asalnya QE2 menampilkan tiga kelas perkhidmatan, yang pernah ditumpangi pelakon terkenal seperti Elizabeth Taylor dan Richard Burton dan menangkap imaginasi penumpang yang kurang mewah, yang disekat oleh tangga dan lif daripada memasuki ruang kelas pertama untuk mengintip.

Penumpang berpakaian gaun formal dan 'tuxedos' untuk makan malam dan dihiburkan oleh bintang terkenal.

Pada bulan Mei 1982, kapal 70,000 tan ini menjadi sebahagian daripada pasukan petugas yang digunakan untuk menawan semula Falklands. Tiga pad helikopter telah dipasang dan lounge penumpang telah digunakan sebagai asrama.

Apabila Istithmar - sebahagian daripada konglomerat Dubai World membeli QE2 dari Cunard pada tahun 2007, ia bersetuju tidak akan menjual kapal itu sekurang-kurangnya selama sepuluh tahun.

Tetapi satu sumber yang rapat dengan Dubai World berkata, beliau percaya 'pengubahsuaian kontrak telah bersetuju' membenarkan kapal itu dijual dalam bentuk besi sekerap.

Alaric Errington dari organisasi yang dipanggil Ekuiti Kewangan telah mengetuai konsortium pelaburan di sebalik tawaran QE2 London.

Beliau berkata, "Ini adalah satu peluang yang hebat dan kami mengemukakan cadangan yang sangat bersifat komersial yang telah direka untuk memberikan pulangan masa depan kepada Dubai."

"QE2 adalah ikon tetapi cadangan kita juga adalah perniagaan yang bijaksana. Kos mengubahsuai QE2 dan membawa kembali ke UK adalah tidak lebih daripada memperoleh tanah di pusat bandar London untuk membina sebuah hotel mewah."

"Jika Cina membeli QE2 untuk besi sekerap maka mereka akan membayar wang tunai dengan cepat." 
Dubai World enggan memberikan komen.


AS Jual Dua Kapal Perang Kepada Iraq

Kapal perang yang dijual AS kepada Iraq. Foto: AFP


BAGHDAD - Amerika Syarikat (AS) menjual dua kapal perang miliknya kepada Iraq. Penjualan tersebut bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pertahanan maritim Iraq.

Kapal yang panjangnya 60 meter itu diserahkan oleh Angkatan Laut AS pada 20 Disember lalu. 
"Kapal perang tersebut adalah kapal pelbagai guna yang boleh melakukan pelbagai operasi yang dijalankan angkatan laut Iraq," jelas Kedutaan AS di Iraq.

Kapal tersebut akan digunakan oleh tentera Iraq untuk melakukan rondaan bagi menjaga projek eksplorasi minyak yang terdapat di kawasan pesisir pantai Iraq.

AS merupakan pembekal senjata utama Iraq. Negara Arab itu sedang membina kembali kekuatan tenteranya yang musnah semasa serangan AS pada 2003 lalu. Pihak Iraq mensasarkan tahun 2020 untuk tenteranya kembali berfungsi sepenuhnya.

Kerajaan Iraq menyatakan, tenteranya ketika ini belum memiliki keupayaan untuk menjaga wilayahnya. Sebelum ini tugas pertahanan negara tersebut dilakukan oleh pasukan AS. Namun sejak Disember tahun lalu AS telah menarik balik pasukannya di Iraq.
Kedua buah kapal perang itu berharga US$115. 5 juta. Nilai tersebut termasuk biaya latihan untuk pegawai Iraq.

Pasukan Pengawal Istana Buckingham

Perbarisan pasukan pengawal Istana Buckingham ini berlangsung semalam. Jatinderpal Singh Bhullar, 25, merupakan satu-satunya anggota pasukan pengawal istana yang memakai serban.

Bhullar adalah anggota pengawal pertama yang bertugas di Istana Buckingham tidak memakai topi kulit beruang.

Terdapat pihak yang menentang keputusan untuk membenarkan pengawal Bhullar memakai serban.

Namun Bhular merasa bangga kerana dapat berkhidmat kepada negara di samping berpegang teguh kepada agamanya.

Peminat Bhullar telah memanggilnya 'kredit kepada negara' dan membuka sebuah laman Facebook untuk menghormatinya.

Rejimen pasukan pengawal ini telah memakai bearskins selama 180 tahun. Kini warganegara bukan keturunan Inggeris menjadi anggota rejimen ini.


Ahad, 23 Disember 2012

Pertarungan Helang Tua Dan Helang Muda

Helang tua (kiri) cuba merebut semula ikan salmon selepas ia diserang hendap oleh helang muda (kanan).

Sebelum serangan hendap, helang tua yang botak mempamerkan kekuatannya untuk mengelakkan helang muda daripada merebut ikannya.

Helang muda dengan bulu gelap di kepalanya mengejar helang tua untuk merebut salmon daripadanya.

Helang tua berusaha mempertahankan haknya.

Berlaku pertempuran di udara antara helang tua dengan helang muda.

Helang muda berjaya membelasah helang tua.

Akhirnya helang muda berjaya merebut sisa ikan salmon.

Helang tua terpaksa menahan lapar selepas makanan tengah harinya telah diambil oleh helang muda.