Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 30 September 2014

Peraturan Cermin Gelap Baru Mulai 1 November

Pegawai JPJ sedang melakukan pemeriksaan cermin gelap ke atas sebuah kenderaan awam. Foto: Merdeka Online

Cermin hadapan dan sisi pemandu mesti telus cahaya pada kadar tidak kurang 70 peratus

Cermin sisi pemandu mesti telus cahaya tidak kurang 50 peratus

Cermin belakang dan sisi penumpang belakang mesti telus cahaya tidak kurang daripada 30 peratus


Grafik: BH
MELAKA – Mulai 1 November 2014, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang baru untuk penggunaan cermin gelap. 
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad, kadar ketelusan cahaya untuk cermin belakang dan sisi penumpang belakang akan dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus. 
Manakala, untuk cermin hadapan dan sisi pemandu ia masih akan berkekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus. 
"Peraturan baru ini dikenakan ke atas semua kereta termasuk kereta import. Ini adalah selaras denganstandard cermin gelap di beberapa negara luar. 
Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan baru itu akan dikenakan denda RM300 dan sekiranya kes tersebut menjadi lebih serius, mereka boleh didenda sehingga RM1,000, penjara dua minggu atau kedua-duanya. 
Pengecualian hanya diberi kepada jawatan tertentu seperti Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Menteri, Ketua Hakim dan kenderaan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia. - Mylaunchpad News

AWAS! Pelancong Amerika Latin Jadi Penyamun

Azisman (tengah) menunjukkan peralatan yang berjaya dirampas. Foto: myMetro

Peralatan yang digunakan penjenayah untuk memecah masuk rumah. Foto: myMetro


SHAH ALAM - Mereka masuk ke negara ini sebagai pelancong sebelum bertindak menjalankan kegiatan pecah rumah di kawasan taman perumahan elit di bandar raya ini sebagai punca pendapatan utama.
Itu dilakukan tujuh warga Amerika Latin apabila mereka berjaya diberkas polis dalam dua serbuan berasingan, Jumaat lalu.  
Kumpulan terbabit yang dikenali sebagai ‘Geng Latino Botak Tatu’ itu terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 24 hingga 43 tahun ditahan di Subang Avenue dan USJ 19 Subang Jaya, kira-kira jam 4.30 pagi.  
Modus operandi kumpulan ini ialah menggunakan rakan wanita mereka untuk meyakinkan pengawal keselamatan bagi membolehkan mereka masuk ke kawasan perumahan elit sebelum bertindak menekan loceng atau membaling batu ke kediaman mangsa untuk memastikan rumah itu berpenghuni atau sebaliknya. 
Hasil tangkapan itu, polis menemui pelbagai barangan dipercayai hasil aktiviti pecah rumah yang belum sempat dijual antaranya TV LCD, kamera digital, jam tangan, telefon bimbit serta dua kenderaan mewah jenis Toyota Estima dan Honda City yang digunakan mereka. - myMetro

Kes Muflis: Penjamin Dilindungi Akta Baru

Grafik: BH

Keratan akhbar 16 September lalu. Sumber: BH

Saadiah diisytihar muflis kerana menjadi penjamin pinjaman kenderaan anaknya. Foto: Mohamad Shahril Badri Saali/ BH

Mohamed Salleh, 62, diisytiharkan muflis kerana menjadi penjamin pinjaman orang lain. Foto: BH


USAHA kerajaan menggubal akta baharu menggantikan Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) bertujuan melindungi penjamin tentunya melegakan pihak yang terbabit kerana akhirnya ada bentuk pembelaan untuk mereka yang banyak menjadi mangsa. 
Kita juga sangat mengalu-alukannya kerana ia dilihat jalan penyelesaian kepada banyaknya kes penjamin khususnya penjamin sosial diisytiharkan muflis gara-gara peminjam tidak melunaskan pinjaman.
Perkara ini berlaku kerana kelemahan yang wujud pada akta sedia ada yang memberi ruang kepada pemiutang untuk lebih memberikan tumpuan kepada penjamin daripada peminjam. Penjamin sosial ini merujuk kepada penjamin bagi pinjaman yang bukan untuk tujuan komersial seperti pendidikan, kenderaan serta perumahan. Sejak tahun 2007 hingga Jun lalu, seramai 6,898 penjamin sosial ini diisytiharkan muflis. 
Seperti kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, kerajaan tidak mahu pemiutang (bank) mengambil jalan mudah dengan mengejar penjamin apabila berlakunya kemungkiran dalam pembayaran balik pinjaman. Justeru, di bawah akta baharu itu nanti syarat bagi petisyen muflis ke atas penjamin akan diperketatkan serta diperluaskan dan bank tidak boleh mengambil tindakan ke atas penjamin sebelum tindakan terlebih dahulu diambil terhadap peminjam.
Berdasarkan itu, akta baharu berkenaan akan menjadikan peminjam benar-benar dipertanggungjawabkan terhadap sikap culas mereka dalam membayar balik pinjaman. Dalam banyak kes ketika ini, penjamin kita lihat lebih susah hati pabila hutang tidak dilunaskan oleh peminjam kerana bimbang diisytiharkan muflis.
Justeru,kita yakin dengan akta baharu ini, ia bukan sahaja menjadi penyelamat kepada penjamin, tetapi memberikan amaran kepada peminjam bahawa setiap sen yang dipinjam perlulah dibayar. - Berita Harian

Curi Wang Mesin ATM Guna Virus

Imej cctv seorang suspek lelaki sedang mengeluarkan wang di sebuah bank cawangan Kota Damansara. Foto: Ihsan PDRM

Anggota polis sedang melakukan siasatan terhadap mesin ATM yang digodam di Subang Jaya. Foto: Berita Harian

Anggota forensik membuat pemeriksaan di lokasi kejadian kes godam mesin ATM di Selangor. Foto: Ghazali Kori/ BH


KUALA LUMPUR - Sindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM) yang dikesan baru-baru ini didapati menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe..' untuk mengeluarkan wang. 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata, virus tersebut akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam. 
"Suspek didapati membuka panel atas mesin ATM dipercayai tanpa menggunakan kunci, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata suspek menggunakan panel kekunci ATM untuk memproses dan mengeluarkan wang daripada mesin ATM. 
Menurutnya, maklumat yang diperoleh daripada jurutera bank mendapati sebanyak 40 keping wang boleh dikeluarkan dalam satu transaksi menggunakan cara tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, setakat hari ini sebanyak lima laporan polis telah dibuat berkaitan kes mesin ATM digodam di sekitar Petaling Jaya.
Mesin ATM terbabit terletak di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya (kecurian RM303,000); Dataran Sunway (RM285,700); Seksyen 14, Petaling Jaya (RM395,850); Kota Damansara (RM221,160) dan Kelana Jaya yang belum dapat dipastikan jumlahnya.
Sementara itu, sebuah lagi bank di Seksyen 9, Shah Alam digodam menggunakan cara yang sama membabitkan kerugian kira-kira RM116,000.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu kira-kira pukul 7 malam tadi setelah pengurus bank berkenaan membuat semakan dan mendapati sejumlah wang telah hilang.
"Pengurus itu kemudian membuat semakan melalui kamera litar tertutup dan mendapati dua suspek dipercayai warga Amerika Latin mengeluarkan sejumlah wang secara bergilir-gilir pada 12.30 tengah malam semalam (28 September)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Azisman berkata modus operandi yang digunakan adalah sama dengan kes-kes godam ATM yang berlaku di Johor, Melaka dan Selangor semalam.
Semalam media melaporkan sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah ATM sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila digodam semalam dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih. - BERNAMA

Ribut Kuat Di Shah Alam

Foto: Siakap Keli

Foto: Siakap Keli

Foto: Siakap Keli

Foto: Siakap Keli

Foto: Siakap Keli

Foto: Siakap Keli

Foto: Siakap Keli

Foto: Siakap Keli

Foto: Siakap Keli

Foto: Siakap Keli

Foto: Siakap Keli

Foto: Siakap Keli


SHAH ALAM - Lebih 100 rumah rosak dengan atap gentingnya diterbangkan serta beberapa kereta turut dihempap pokok tumbang berikutan kejadian ribut kuat yang melanda sekitar bandar raya ini petang tadi. 
Laluan masuk ke kawasan perumahan yang terletak di Jalan Arca, Bukit Jelutong Timur terpaksa ditutup sementara waktu untuk operasi pembersihan apabila pokok-pokok di tepi jalan tumbang sehingga menutup laluan. 
Seorang pengawal keselamatan dari sekitar kawasan perumahan itu yang enggan mahu dikenali ketika ditemui pemberita berkata kejadian ribut disedari berlaku kira-kira pukul 2.10 petang ketika beliau berada di pos pengawal. 
"Hujan lebat terbentuk seperti satu puting beliung yang datang dari arah tepi pos pengawal sebelum bergerak ke kawasan perumahan itu dan menyebabkan atap genting tercabut dan pokok tumbang," katanya. 
Menurut seorang pemilik rumah dari Bukit Jelutong Muhammad Farid Abgani, 40, rumahnya dibanjiri air selepas atap genting tercabut ekoran ribut tersebut. 
"Pokok di depan rumah saya tumbang, tetapi bernasib baik ia tumbang ke arah jalan raya dan bukan ke arah rumah saya," katanya.
Sementara itu, Timbalan Penolong Pengarah Bomba (Operasi) Selangor, Mohd Sani Harul berkata sebanyak 15 anggota dari Balai Bomba Shah Alam dan Sungai Buloh dihantar ke enam lokasi berbeza di sekitar Persiaran Tebar Layar akibat pokok tumbang dan menghalang laluan. 
Katanya, sebuah kereta jenis Proton Wira dinaiki dua orang turut dihempap pokok, namun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan bomba. 
Majlis Bandaraya Shah Alam pula dalam satu kenyataan berkata ia telah menghantar unit pasukan pantas mereka ke lokasi pokok tumbang termasuk di Seksyen U8, Seksyen U2, Seksyen 8 dan Seksyen 9. - BERNAMA

Jumaat, 26 September 2014

Berita Kepada Penggemar Sushi

Seorang penggemar makanan sushi nyaris maut selepas memakan makanan itu

Lelaki yang itu berkata, dia kerap mengalami sakit perut dan gatal kulit

Imbasan X-ray menunjukkan seluruh tubuh lelaki berkenaan dijangkiti cacing pita


BEIJING - Seorang penggemar makanan sushi nyaris maut selepas makanan yang tercemar itu menyebabkan seluruh tubuhnya dijangkiti dengan cacing pita, lapor akhbar MailOnline semalam. 
Lelaki yang enggan dikenali itu berkata, dia kerap mengalami sakit perut dan gatal kulit menyebabkan dia berjumpa dengan seorang doktor. 
Bagaimanapun, dia terkejut selepas ujian imbasan X-ray menunjukkan seluruh badannya dipenuhi dengan cacing pita kerana terlalu banyak makan sejenis sushi yang dikenali sebagai sashmi. 
Sashmi merupakan sejenis ikan yang dimakan tanpa dimasak. 
Beberapa doktor percaya, ia berlaku disebabkan beberapa makanan Jepun yang tidak dimasak seperti ikan mentah mengakibatkan ia tercemar dengan cacing berkenaan. 
Menurut doktor, jangkitan cacing pita seperti itu berlaku kerana termakan larva cacing yang kebanyakannya ditemui di dalam ikan air tawar seperti ikan salmon sebelum ia masuk ke saluran darah. - Agensi/ Kosmo!

PM Britain Mohon Maaf Kepada Ratu Elizabeth

Cameron (kiri) berbual dengan Bloomberg ketika melawat pejabat beliau di New York, Amerika Syarikat pada Selasa lalu.

Ratu Elizabeth tidak pernah membuat sebarang pandangan politik secara terbuka berhubung kemerdekaan Scotland baru-baru ini

Cameron menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat pada Selasa lalu


LONDON - Perdana Menteri Britain, David Cameron akan membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Pemerintah United Kingdom (UK), Ratu Elizabeth II selepas beliau mendakwa baginda sangat gembira selepas rakyat Scotland menolak untuk merdeka, lapor stesen televisyen Sky News semalam. 
Cameron didapati mengeluarkan kenyataan itu ketika sedang berbual dengan bekas Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat pada Selasa lalu. 
"Baginda menarik nafas lega dan saya tidak pernah mendengar suara yang terlalu gembira seperti itu," kata Cameron. 
Bagaimanapun, perbualan kedua-dua tokoh tersebut didengari oleh beberapa kru televisyen yang mengekori mereka. 
Ratu Elizabeth tidak pernah membuat sebarang pandangan politik secara terbuka dan menjauhkan diri daripada melahirkan sebarang pandangan berhubung perdebatan kemerdekaan Scotland baru-baru ini. 
Media melaporkan bahawa Cameron akan memohon maaf kepada Ratu Elizabeth secara peribadi apabila beliau dijadualkan mengadap baginda dalam satu pertemuan akan datang. 
"Saya sangat malu dan memohon maaf kerana perkara ini sudah berlaku. 
"Saya bercakap secara peribadi dengan Bloomberg dan jelas saya tidak akan melakukan perkara yang sama lagi," katanya. 
Menurutnya, pejabatnya telah menghubungi istana bagi menjelaskan perkara itu dan beliau juga akan memohon maaf. - Reuters/ Kosmo!

Yusuf Islam Batal Konsert Di New York

Yusuf Islam batal konsert di New York bagi mengelak 'orang tengah' dapat untung melalui penjualan tiket kertas. Foto: Difusión

Yusuf baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau bercadang mengadakan konsert bagi mempopularkan 'blues album'. Foto: AP


LOS ANGELES - Cat Stevens atau nama Muslimnya, Yusuf Islam membatalkan persembahannya di New York selepas mengumumkan persembahan di enam bandar raya. 
Yusuf berkata dalam Facebooknya bahawa beliau tidak akan meneruskan konsertnya itu kerana syarat yang dikenakan untuk menggunakan tiket kertas menyebabkan harga jualannya menjadi lebih tinggi. 
Yusuf baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau bercadang mengadakan konsert bagi mempopularkan 'blues album' yang akan dijual pada 27 Oktober depan. Persembahan konsert itu adalah yang pertama dalam siri pertunjukan di Amerika Utara sejak 1976. 
Yusuf berkata beliau sudah lama menyokong tiket tanpa kertas bagi mengelakkan 'orang tengah' yang membelinya dengan banyak dan kemudian menjual dengan harga tinggi. 
Beliau berharap dapat kembali ke bandaraya New York pada masa depan. - AP/ Berita Harian

Jumaat, 12 September 2014

Kucing Yang Obesiti

Seekor kucing yang mempunyai masalah obesiti memiliki berat badan mencecah 14 kilogram (kg) dan sukar bergerak

Bulu kucing terpaksa dicukur bagi memudahkan ia berjalan di atas mesin treadmill

"King Leo suka berjalan di atas treadmill," kata seorang sukarelawan

King Leo sedang bersenam di atas treadmill

King Leo sedang bersantai


NASHVILLE - Seekor kucing yang mempunyai masalah obesiti terpaksa menjalani latihan senaman menggunakan mesin treadmill untuk membantunya mengurangkan berat badan, lapor New York Daily News kelmarin. 
Kucing berusia 10 tahun itu yang dikenali sebagai King Leo memiliki berat badan mencecah 14 kilogram (kg) dan hampir sukar bergerak akibat kegemukan. 
Haiwan berkenaan kini ditempatkan di sebuah pusat penjagaan haiwan di bandar ini selepas ia dibuang oleh tuannya. 
Pusat jagaan tersebut juga terpaksa mencukur bulu kucing berkenaan bagi memudahkan ia berjalan di atas mesin treadmill. 
"King Leo suka berjalan di atas treadmill dan kami tidak menghadapi masalah untuk membantunya bersenam," kata seorang sukarelawan di pusat jagaan itu. 
Selain jadual senaman yang ketat, diet pemakanan kucing itu juga dikawal untuk membantu ia mengurangkan berat badan. - Agensi/ Kosmo!

Rabu, 10 September 2014

Schumacher Dibenar Keluar Hospital

Schumacher cedera parah akibat kemalangan semasa bermain sukan luncur salji

Schumacher diterbangkan ke hospital dengan menggunakan helikopter

Hospital tempat Schumacher menjalani rawatan 

Corinna, isteri Schumacher tiba bersama Prosfesor Gerard Saillant di hospital tempat Schumacher dirawat

Rolf Schumacher, ayah Schumacher (kiri) dan Ralf (kanan), adik Schumacher

Foto tahun 2005, Schumacher bersama isterinya, Corinna di utara Itali


GENEVA - Legenda Formula Satu (F1) Michael Schumacher dibenarkan keluar dari hospital di Switzerland dan meneruskan rawatan di kediamannya, hari ini. 
Ini kali pertama bekas juara dunia tujuh kali itu meninggalkan hospital selepas berdepan insiden meluncur salji pada Disember tahun lalu. 
Ia disahkan oleh kenyataan yang dikeluarkan keluarganya, hari ini. 
"Sesi pemulihan Michael selepas ini akan dijalankan di rumahnya juga di Switzerland," kata kenyataan itu. 
"Jika bersandarkan kepada kecederaan teruk yang dihadapinya, kemajuan sentiasa berjalan sejak beberapa minggu dan bulan lalu. Begitupun, perjalanannya masih sukar dan panjang," kata kenyataan itu. - AFP/ Berita Harian

MH17 Berkecai Di Udara?

Mungkinkah lubang-lubang ini disebabkan oleh serpihan daripada peluru berpandu anti-pesawat?

Penyiasat berkata pesawat MH1717 berkecai di udara akibat kerosakan struktur selepas terkena objek bertenaga tinggi

Posisi terakhir MH17 sebelum berkecai di udara

Kesan bopeng (anak panah merah) dan koyakan (anak panah kuning)



Laporan awal Lembaga Keselamatan Belanda menyatakan nahas ini bukan berpunca daripada kesilapan teknikal

Boeing 777 ini tiba-tiba menjunam dari udara pada 17 Julai lalu dan membunuh kesemua 298 penumpang dan anak kapal 

Bangkai pesawat masih kekal berada di tempat nahas berlaku


KUALA LUMPUR - Pesawat MH1717 penerbangan malaysia berkecai di udara akibat kerosakan struktur selepas terkena objek bertenaga tinggi dalam jumlah yang banyak menembusi dari luar ketika nahas pada 17 Julai lalu. 
Lembaga Keselamatan Belanda yang mengeluarkan laporan 34 muka surat semalam menyatakan nahas di timur Ukraine itu juga bukan berpunca daripada kesilapan teknikal atau tindakan anak kapal. 
"Cebisan pesawat yang ditemui menunjukkan bahawa ia berkecai sewaktu berada di ruang udara. 
"Kesan kemusnahan pada bahagian kokpit dan fiuslaj konsisten dengan gambaran kemusnahan yang diakibatkan oleh hentaman objek berkuasa tinggi pada skala yang besar," kata pengerusi lembaga itu, Tjibee Joustra. - Berita Harian


Liow (tengah) menunjukkan laporan siasatan awal MH17

Sistem pertahanan peluru berpandu udara Buk dilihat semasa pameran tentera di Moscow pada 2010 


PUTRAJAYA - Malaysia berikrar untuk mendedahkan mereka yang bertanggungjawab "menekan butang" untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dan membawa penjenayah itu ke muka pengadilan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 
"Seseorang mesti bertanggungjawab terhadap insiden ini. Seseorang telah 'menekan butang' untuk menembak jatuh pesawat. Kami akan cuba secara terbaik untuk mengesan pelakunya," kata beliau pada sidang media semasa mendedahkan kandungan laporan awal siasatan insiden penembakan pesawat MH17 di sini, hari ini. 
Liow berkata, Malaysia dengan bantuan rakan-rakan antarabangsa termasuk dari Australia dan Belanda akan meneruskan siasatan untuk mencari penjenayahnya. 
Laporan awal itu menunjukkan bahawa pesawat itu berkecai di udara, kemungkinan disebabkan kerosakan struktur selepas terkena sebilangan besar objek berkuasa tinggi yang menembusi pesawat daripada luar. 
Ketika ditanya sama ada objek berkuasa tinggi yang menghentam pesawat kemungkinan ialah peluru berpandu, Low enggan membuat spekulasi dan berkata : "Oleh kerana laporan dengan jelas menyebut bahawa ia dihentam objek berkuasa tinggi daripada luar, sebab itulah kita perlu menganalisis data dengan lebih lanjut." 
Liow berkata, ia juga penting untuk memasuki semula lokasi nahas bagi mencari bukti-bukti lain untuk membantu menghasilkan dapatan terperinci dan juga untuk mengesan baki mayat mangsa. 
Beliau berkata, Kerajaan Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sedang berusaha untuk mempermudahkan proses memasuki kawasan nahas bagi mengesan baki mayat serta kesan peribadi yang masih berada di tapak nahas. 
"Saya menyeru masyarakat antarabangsa dan semua yang terlibat dalam konflik Ukraine untuk mendapatkan keadilan dan mengesan penjenayah yang menyebabkan tindakan kejam ini," katanya. 
Penerbangan MH17 membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu. 
Selain 43 penumpang warga Malaysia, penumpang lain ialah warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dand New Zealand. - BERNAMA


Terdapat tiga pesawat komersial lain di kawasan itu pada masa tragedi itu berlaku

Lokasi tragedi MH17 di kampung Hrabove (Grabovo), beberapa 80km timur Donetsk 


KUALA LUMPUR - Komunikasi radio terakhir daripada kru penerbangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 sebelum ditembak jatuh di timur Ukraine, adalah ‘ROMEO NOVEMBER DELTA, Malaysia One Seven kepada Pusat Kawalan Udara (ATC) Dnipropetrovs’k Dnipro Radar (DNP). 
Menurut laporan awal Lembaga Keselamatan Belanda yang dikeluarkan petang semalam berhubung nahas itu, komunikasi radio dan telefon itu perbualan antara kokpit pesawat MH17 dengan DNP dan DNP dengan Pusat Kawalan Udara Russia, Rostov (RST). - myMetro


Foto kotak hitam yang dikeluarkan oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara melalui Lembaga Keselamatan Belanda


KUALA LUMPUR - Kedua-dua kotak hitam iaitu perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR) pesawat penerbangan MH17 disahkan dalam keadaan baik walaupun terdapat kerosakan pada struktur luar peranti itu. 
Bagaimanapun, kerosakan itu tidak menjejaskan memori perakam terbabit dan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) dimaklumkan bahawa keseluruhan data berdurasi 30 minit itu sudah dimuat turun sebelum dianalisis dengan terperinci. “Data perakam itu konsisten dengan komunikasi Menara Kawalan Udara (ATC) dengan penerbangan MH17. Rakaman itu juga mendedahkan tiada tanda luar biasa dilaporkan dalam pesawat, namun perakam audio itu terhenti tiba-tiba. 
“Ketika perakam itu dimainkan semula pihak penyiasat tidak dapat mengenal pasti sebarang amaran awal atau kegagalan sistem penerbangan namun analisis terperinci sedang dilakukan,” kata laporan itu. - myMetro