|
Bayi lelaki yang baru dilahirkan ini terperangkap di dalam saluran paip pembentungan sebuah lubang tandas |
|
Anggota bomba sedang memotong paip dengan gergaji |
|
Anggota bomba mengangkat paip yang mengandungi bayi perlahan-lahan |
|
Anggota paramedik memasukkan tangan ke dalam paip tetapi gagal menarik bayi keluar |
|
Doktor memotong sekeliling paip dengan berhati-hati untuk menyelamatkan bayi di dalam |
|
Anggota bomba dan doktor menyelamatkan seorang bayi lelaki yang baru lahir yang dibuang ke dalam tandas |
|
Rakyat China marah dan mengecam tindakan ibu bapa bayi berkenaan dan mendesak mereka dikenakan tindakan tegas |
|
Pihak polis sedang mencari ibu bapa bayi berkenaan, lapor tv tempatan |
|
Beginilah keadaan bayi setelah saloran paip berjaya dipotong |
|
Bayi menangis |
|
Jururawat sedang merawat bayi itu, yang dipercayai telah dibuang ke dalam tandas |
|
Bayi ini mengalami keretakan pada tengkorak tetapi kini dalam keadaan stabil |
BEIJING - Beberapa anggota bomba dan paramedik telah menyelamatkan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan yang terperangkap di dalam saluran paip pembentungan sebuah lubang tandas, menurut laman berita Zhejiang News.
Menurut laman itu, seorang penduduk mendengar tangisan seorang bayi berusia dua hari dari dalam tandas awam tingkat empat sebuah bangunan kediaman di bandar Jinhua, daerah Puijian, China pada Sabtu lalu.
Penduduk itu kemudian bertindak memberitahu polis berhubung tangisan bayi tersebut.
Selepas aduan itu diterima, beberapa anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk memotong sebahagian saluran paip pembentungan itu dengan menggunakan gergaji.
Mereka kemudian mengeluarkan saluran paip yang berbentuk huruf L berdiameter kira-kira 10 sentimeter.
Paip itu dihantar ke sebuah hospital untuk dipecahkan supaya bayi tersebut dapat dikeluarkan.
Doktor-doktor dan anggota penyelamat mengeluarkan bayi itu dalam tempoh hampir sejam.
Stesen televisyen di negara ini turut menyiarkan satu rakaman video yang menunjukkan kerja-kerja menyelamat itu dilakukan.
Portal berita hangzhou.com.cn melaporkan, bayi yang seberat 2.3 kilogram itu terperangkap selama dua jam.
Bayi itu mengalami luka di muka, kaki dan tangannya manakala kadar denyutan jantungnya perlahan pada satu ketika.
Menurut Zhejiang News, bayi tersebut diberi nama No.59.
Ia melaporkan, nama tersebut diberikan berdasarkan nombor inkubator bayi itu.
Polis kini mengkategorikan kes itu sebagai percubaan membunuh.
Pihak polis turut mencari ibu dan beberapa orang lain yang terlibat dalam kes percubaan membunuh bayi itu. - Agensi/Kosmo! Online
Berita 30.5.2013
|
Bayi yang digelar Baby 59 kini dalam keadaan stabil |
|
Seorang wanita berumur 22 tahun mengaku sebagai ibu kepada Bayi 59 |
|
Bayi 59 dirawat di Hospital Pujiang |
BEIJING - Ibu kepada bayi baru lahir di China yang dibuang ke dalam lubang tandas sebelum terperangkap di dalam saluran paip kumbahan, adalah orang yang mula-mula membuat laporan kejadian itu dan hadir sepanjang usaha menyelamat selama dua jam.
Dia bagaimanapun tidak mengaku melahirkan anak sehingga disoal polis, kata satu laporan semalam.
Akhbar Dushikuaibao beribu pejabat di Hangzhou berkata, polis mula mengesyaki sesuatu apabila menemui permainan bayi dan tisu tandas dicemari darah dalam bilik yang disewa wanita berusia 22 tahun itu, di dalam bangunan yang menyaksikan usaha menyelamatkan dilakukan di timur China Sabtu lalu.
Wanita itu, yang namanya tidak disiarkan dalam laporan media, mengaku apabila polis meminta beliau menjalani pemeriksaan kesihatan.
Dia memberitahu polis tidak mampu melakukan pengguguran dan melahirkan bayi itu secara rahsia tengah hari Sabtu lalu di dalam tandas.
Katanya, beliau cuba menyambut bayi itu tetapi terlepas ke dalam saluran kumbahan dan memberitahu tuan rumah mengenai bayi itu selepas tidak dapat menariknya keluar, menurut akhbar Zhezhong News.
Video usaha menyelamat Baby No 59, yang diberi nama itu sempena nombor inkubatornya di hospital disiarkan di dalam program berita dan laman web bermula lewat Isnin lalu sebelum disiarkan di seluruh dunia menyebabkan sumbangan untuknya mencurah-curah.
Pengakuan si ibu meningkatkan persoalan mengenai sama ada beliau memang berniat membuang bayi itu, manakala yang lain menyatakan wanita itu terdesak dan tidak tahu apa hendak dilakukan.
Pihak berkuasa bagaimanapun berkata, kejadian yang berlaku adalah satu kemalangan dan ibu bayi itu tidak akan didakwa.
Zhezhong News melaporkan, wanita itu adalah lepasan sekolah tinggi yang bekerja di sebuah restoran di bandar raya Jinhua.
Beliau hamil selepas cuma semalam meniduri seorang lelaki yang kemudian enggan bertanggungjawab.
Wanita berkenaan tidak memberitahu kehamilan itu kepada ibu bapanya. Beliau juga berkata mahu membela bayi itu tetapi tidak tahu caranya. - AFP
Berita 31.5.2013
|
Bayi 59 yang dirawat selama lima hari di Hospital Pujiang telah dikeluarkan pada hari Rabu |
BEIJING - Bayi baru lahir yang diselamatkan dari saluran paip kumbahan di China diserahkan kepada ibunya selepas pihak berkuasa mengesahkan bayi itu terperangkap kerana kemalangan, kata seorang pegawai tempatan semalam.
Bayi lelaki itu dibawa pulang dari hospital oleh ibunya yang belum berkahwin yang datang bersama seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada anak tersebut.
Seorang pegawai di sebuah pejabat propaganda daerah Pujiang berkata, lelaki itu akan membuat ujian untuk mengesahkan sama ada bayi tersebut ialah anaknya.
Jika ujian itu mengesahkan bayi itu ialah anaknya, dia bersedia berbincang dengan wanita tersebut cara untuk membantu membesarkannya.
Pihak berkuasa juga masih tidak mendedahkan identiti pasangan tersebut.
Kes tersebut telah mencetuskan perdebatan mengenai kekurangan pendidikan seks dan cara melahirkan bayi yang betul di kebanyakan sekolah di China.
Pihak polis juga memutuskan bahawa wanita bujang berusia 22 tahun itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan kerana dia memberitahu perkara yang sebenar walaupun pada awalnya enggan tampil kepada pihak berkuasa kerana diselubungi ketakutan.
Wanita itu memberitahu polis dia mengandung selepas melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki dan merahsiakan kehamilan itu daripada keluarga serta jiran.
Dia kemudian melahirkan bayi tersebut di dalam tandas di rumah sewanya di bandar Jinhua, wilayah Zhejiang, China.
Bagaimanapun, bayi tersebut terjatuh di dalam saluran tandas cangkung itu pada Sabtu lalu.
Bayi seberat 2.8 kilogram itu terperangkap di dalam saluran paip berbentuk L di bawah tandas cangkung apabila anggota bomba tiba di bangunan sewa tersebut.
Bayi itu kemudian dibawa ke sebuah hospital supaya kerja-kerja memecahkan paip tersebut dibuat tanpa mencederakan bayi berkenaan. - AP/Kosmo! Online