Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 30 September 2014

Kes Muflis: Penjamin Dilindungi Akta Baru

Grafik: BH

Keratan akhbar 16 September lalu. Sumber: BH

Saadiah diisytihar muflis kerana menjadi penjamin pinjaman kenderaan anaknya. Foto: Mohamad Shahril Badri Saali/ BH

Mohamed Salleh, 62, diisytiharkan muflis kerana menjadi penjamin pinjaman orang lain. Foto: BH


USAHA kerajaan menggubal akta baharu menggantikan Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) bertujuan melindungi penjamin tentunya melegakan pihak yang terbabit kerana akhirnya ada bentuk pembelaan untuk mereka yang banyak menjadi mangsa. 
Kita juga sangat mengalu-alukannya kerana ia dilihat jalan penyelesaian kepada banyaknya kes penjamin khususnya penjamin sosial diisytiharkan muflis gara-gara peminjam tidak melunaskan pinjaman.
Perkara ini berlaku kerana kelemahan yang wujud pada akta sedia ada yang memberi ruang kepada pemiutang untuk lebih memberikan tumpuan kepada penjamin daripada peminjam. Penjamin sosial ini merujuk kepada penjamin bagi pinjaman yang bukan untuk tujuan komersial seperti pendidikan, kenderaan serta perumahan. Sejak tahun 2007 hingga Jun lalu, seramai 6,898 penjamin sosial ini diisytiharkan muflis. 
Seperti kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, kerajaan tidak mahu pemiutang (bank) mengambil jalan mudah dengan mengejar penjamin apabila berlakunya kemungkiran dalam pembayaran balik pinjaman. Justeru, di bawah akta baharu itu nanti syarat bagi petisyen muflis ke atas penjamin akan diperketatkan serta diperluaskan dan bank tidak boleh mengambil tindakan ke atas penjamin sebelum tindakan terlebih dahulu diambil terhadap peminjam.
Berdasarkan itu, akta baharu berkenaan akan menjadikan peminjam benar-benar dipertanggungjawabkan terhadap sikap culas mereka dalam membayar balik pinjaman. Dalam banyak kes ketika ini, penjamin kita lihat lebih susah hati pabila hutang tidak dilunaskan oleh peminjam kerana bimbang diisytiharkan muflis.
Justeru,kita yakin dengan akta baharu ini, ia bukan sahaja menjadi penyelamat kepada penjamin, tetapi memberikan amaran kepada peminjam bahawa setiap sen yang dipinjam perlulah dibayar. - Berita Harian

1 ulasan:

  1. Kepada Kerajaan Malaysia,
    Kerajaan Malaysia yang terlalu memberi kuasa kepada bank menjadi penyebab kepada pengurusan tidak sempurna. Bank ialah punca utama seseorang individu menjadi ‘bankruptcy‘ atau muflis.
    Bank-bank di Malaysia boleh mengenakan caj dengan kadar faedah yang tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat berbuat apa-apa sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada jabatan yang boleh membantu anda pada masa tersebut.
    Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Dengan AKTA KEBANKRAPAN 1967, kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yang keterlaluan.
    Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis dan melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang muflis, ada banyak syarat yang mengikat si muflis seperti tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari orang lain (dikehendaki melapor kpd Jabatan Insolvensi Malaysia), tidak boleh keluar luar negara bekerja (pasport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis mendapat wang untuk pelepasan.

    Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri. Bankruptcy yang meningkat boleh diselesaikan jika Akta Kebankrapan 1967 boleh berubah mengikut masa sekarang, bukan akta kampung yang dulu. Untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrap hutangnya kalau melebihi RM150,000 ke atas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrap pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna dan sesuai untuk masa kini.
    Kerajaan Malaysia memang kena mempertimbangkan seseorang yang telah jatuh bankrap kalau hutang tidak melebihi RM150,000 atau RM100,000 patut diberi peluang untuk pelepasan automatik pada awal tahun 2015 ini. Ianya sangat jelas, yang telah difailkan bankrupcy, akhir hutang akan ditambah oleh pihak bank dan hantar kepada JIM.
    Kalau seseorang dijatuhkan bankrap dengan jumlah hutang yang tinggi, mungkin dia ada niat untuk mendapat manfaat dari pihak bank atau kerajaan kita. Akhirnya saya sebagai wakil pihak muflis harap Kerajaan Malaysia kita dapat mempertimbangkan isu isu seperti ini.

    BalasPadam

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.