Ini ialah pesawat jet Airbus A350 yang dilengkapi dengan enjin Rolls Royce |
Airbus akan menyerahkan pesawat A350 kepada pelanggan pertamanya, Qatar Airways pada pertengahan Disember |
Pemandangan di dalam kokpit pesawat A350 |
Pesawat ini mampu membawa 250-350 penumpang dengan susun atur tempat duduk tiga kelas |
Pembuat pesawat yang berpangkalan di Eropah ini telah membina pesawat A350 XWB berharga £1.9b (AS$2.98b) |
Pemandangan di bahagian kelas perniagaan Airbus A350 XWB semasa pameran di Jepun |
Kabin A350 menyediakan kerusi paling luas dalam kategorinya |
Pesawat Airbus A350 telah dipamerkan di Tokyo semalam. Pesawat ini asalnya dicipta untuk bersaing dengan pesawat Dreamliner Boeing 787.
Syarikat pembuat pesawat Airbus akan menyerahkan pesawat A350 yang pertama kepada pelanggannya yang pertama iaitu Qatar Airways pada pertengahan Disember hadapan.
Qatar Airways menempah sebanyak 80 pesawat A350, iaitu 43 pesawat A350-900 dan termasuk 37 pesawat A350-1000 yang lebih besar.
Pada ketika ini pesawat A350 merupakan pesawat yang mempunyai kabin paling luas dalam kategorinya.
Pesawat ini sedang dalam lawatan demonstrasi ke lima negara Asia iaitu Seoul, Tokyo, Hanoi, Bangkok dan Kuala Lumpur.
Pada awal tahun ini, pesawat ini telah melawat Australia, Hong Kong dan Singapura.
Pesawat ini baru menerima sijil daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS minggu lalu, selepas memperolehi kelulusan keselamatan di Eropah pada bulan September.
Airbus bercadang hendak membina tiga pesawat A350 dalam masa sebulan menjelang akhir tahun ini, meningkat daripada dua pesawat pada masa ini.
Menjelang akhir tahun depan ia merancang untuk membina lima pesawat sebulan dan mencecah 10 pesawat sebulan menjelang pertengahan tahun 2018.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.