Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 9 September 2014

Restoran Berkonsep Penjara

Para pelanggan akan menikmati makanan di dalam ruang yang dipagari dengan jeriji besi

Setiap ruang makan boleh menampung beberapa orang pelanggan

Suasana di dalam restoran

Walaupun bagai duduk dalam penjara namun restoran ini menyediakan hiburan muzik


TIANJIN - Pemilik restoran di Taiwan sentiasa mempunyai idea unik untuk menarik pelanggan. 
Selepas pelbagai restoran dibuka dengan tema seks dan tandas, kini muncul restoran bertema penjara. 
Pemilik restoran di Tianjin itu berkata, dia menciptanya untuk membolehkan tetamu menghargai kebebasan yang mereka kecapi. 
Setiap ruang makan diletakkan dalam sel berasingan yang dibuat daripada jeriji besi. 
Rekaan dalaman menyerupai bilik kurungan di dalam air atau bertemakan penjara. Saiznya bergantung kepada jumlah pelanggan yang menghadiri majlis jamuan yang diadakan. 
Bagaimanapun, tidak semua yang menyambut idea itu dengan baik. 
Seorang pengguna Internet menulis: “Pemilik restoran ini mesti pernah dipenjarakan. Dia mempunyai persepsi tersendiri selepas keluar dari penjara.” Ada pula yang menulis: “Sudah pasti mereka yang makan di sini akan merasa tertekan.” - Agensi/ myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.