Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 10 Februari 2014

Kereta Api Kargo Tergelincir

Kereta api kargo tergelincir dan muatannya terbalik di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam. Foto: The Star

Sebuah kren seberat 100 tan sedang mengalihkan kontena kargo kereta api yang terbalik. Foto: NST

Para petugas KTMB berada di lokasi kejadian. Foto: NST

Kejadian menyebabkan perjalanan kereta api dari kedua-dua arah utara dan selatan terganggu sementara. Foto: NST


BUKIT MERTAJAM – Sebuah kereta api membawa muatan kargo tergelincir menyebabkan beberapa muatan terbalik di tepi landasan berdekatan Taman Tan Sai Gin di sini awal pagi semalam. 
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, kereta api berkenaan difahamkan berlepas dari selatan Thailand kira-kira pukul 11 malam menuju ke arah selatan sebelum tergelincir beberapa kilometer dari Stesen Kereta Api Bukit Mertajam. 
Insiden itu menyebabkan kesemua perjalanan kereta api kargo serta penumpang dari kedua-dua arah utara dan selatan terganggu sementara menunggu kerja-kerja mengalihkan gerabak itu selesai. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.