Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.
Memaparkan catatan dengan label Fenomena. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fenomena. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Disember 2014

Cacing Dalam Kaki Lelaki

Seorang warga Sudan terkejut selepas mengetahui terdapat dua ekor cacing guinea di dalam kakinya

Lazimnya, cacing guinea hidup di dalam usus

Cacing guinea yang menyebabkan penyakit dracunculiasis


MELBOURNE – Seorang warga Sudan di sini terkejut selepas mengetahui terdapat dua ekor cacing guinea sepanjang satu meter di dalam kakinya sejak empat tahun yang lalu, lapor MailOnline semalam.
Lelaki berusia 38 tahun yang enggan dikenali itu hanya menyedari kejadian berkenaan selepas kakinya mula membengkak dengan teruk kira-kira setahun yang lalu.
Selepas menjalani ujian X-ray, doktor mendapati terdapat dua ekor cacing guinea yang telah mati di sekitar pergelangan kakinya.
Doktor itu, Dr. Jonathan Darby berkata, kedua-dua cacing yang telah mati itu mula mereput di dalam kaki lelaki berkenaan sehingga menyebabkan kakinya bengkak dengan teruk.
“Lazimnya, cacing hidup di dalam usus selepas larvanya memasuki ke dalam badan menerusi minuman yang tercemar. Haiwan itu akan menembusi ke dalam kulit manusia dan kemudian akan keluar melalui kesan lepuh pada kulit.
“Namun, proses itu akan mengambil masa selama bertahun-tahun. Cacing itu boleh hidup atau mati di dalam badan manusia sehingga mendatangkan kesakitan di bahagian jangkitan,” katanya.
Warga Sudan itu kini bagaimanapun semakin sembuh selepas menjalani pembedahan bagi mengeluarkan dua ekor cacing itu.
Cacing guinea yang menyebabkan penyakit dracunculiasis ditemui di Selatan Sudan, Ethiopia, Ghana dan Chad. – AGENSI/ Kosmo!

Khamis, 16 Oktober 2014

Kejar Ribut Untuk Tangkap Gambar






LOS ANGELES – Seorang jurugambar dan isterinya sanggup berdepan bahaya dengan mengejar ribut dan puting beliung semata-mata untuk merakamkan gambar pemandangan yang menakjubkan itu, lapor MailOnline kelmarin.
Jurugambar tersebut, Nicolaus, 34, dan Daow Wegner, 32, berkata, mereka tidak gentar untuk berada berdekatan cuaca buruk berkenaan kerana ia sering memberikan imej yang menakjubkan.
Nicolaus berkata, mereka menggunakan alatan kaji cuaca untuk meramal di mana ribut atau puting beliung akan berlaku sebelum bergegas ke lokasi berkenaan.
“Saya cuba mengambil gambar secepat mungkin sebelum ribut menghampiri kami dan keadaan sangat bahaya jika ada kilat berhampiran kami,” katanya.
Menurut Daow, pada mulanya dia berasa sangat gementar tetapi akhirnya perasaan itu bertukar menjadi sangat mengujakan.
“Pengalaman ini sangat mengujakan dan saya cuba menikmati situasi ini sebaik mungkin,” jelasnya. – Agensi/ Kosmo!

Wanita Jadi Tua Sebelum Waktunya

Nguyen Thi Phuong, 26, (kiri) kelihatan 30 tahun lebih tua daripada suaminya, Nguyen Thanh Tuyên (kanan)

Wajah Phuong sebelum mengambil ubat dermatitis

Rambut dan postur badan Phuong masih seperti wanita muda

Seorang wanita dari Vietnam berusia 26 tahun tidak menyangka ubat yang diambilnya untuk mengatasi masalah ruam, akhirnya membuatkannya kelihatan 30 tahun lebih tua. 
Masalah yang dialami wanita tersebut, Nguyen Thi Phuong, bermula pada tahun 2008 apabila dia mengalami masalah ruam di muka akibat pengambilan makanan laut. Kerana itu, Nguyen mendapatkan rawatan dan diberi ubat dermatitis.  
Namun selepas mengambil ubat tersebut selama seminggu, mukanya bengkak dan gatal-gatal, seterusnya berkedut seperti wanita tua. 
Tiga hospital di Bandar Raya Ho Chi Minh telah menawarkan Phuong perundingan dengan pakar-pakar selepas sebuah akhbar menerbitkan gambar dan ceritanya.
Biarpun kulit Phuong seperti wanita yang sudah berusia, tetapi rambut dan postur badannya masih seperti wanita muda.
Suami Phuong, Nguyen Thanh Tuyên memberitahu isterinya seorang wanita yang sangat cantik ketika mereka berkahwin.
Biarpun bingung dengan keadaan yang menimpa Phuong, Thanh mengakui masih mencintai isterinya itu. - Mylaunchpad News

Khamis, 9 Oktober 2014

Gerhana Bulan Di KL

Gerhana bulan dilihat jam 7.30 malam dekat Jambatan Pulau Pinang. Foto: BH/Danial Saad

Gerhana bulan dilihat jam 8.10 malam di Menara KL. Foto: BH/Mohamad Shahril Badri Saali


KUALA LUMPUR – Keterujaan orang ramai untuk menyaksikan kejadian gerhana bulan penuh secara jelas tidak menjadi kenyataan ekoran cuaca berjerebu semalam. 
Pegawai Hal Ehwal Islam Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Khairul Anuar Yazid berkata, fenomena cakerawala itu tidak dapat disaksikan kerana langit diselubungi awan.
Bagaimanapun, keadaan itu tidak mengecewakan kira-kira 45 pengunjung yang hadir di Menara Kuala Lumpur di sini sejak pukul 4 petang lagi. 
Menurut Khairul, fasa gerhana semalam bermula dengan fasa penuh umbra pada pukul 6.25 petang. - Kosmo!

Cengkerik Hidup Dalam Telinga

Seorang lelaki di India mengalami gatal dalam telinga yang luar biasa kerana cengkerik ini berada dalam telinganya

Sebaik doktor memasukkan penyepit ke dalam telinga, cengkerik itu cuba merangkak lebih dalam

Doktor berjaya mengeluarkan cengkerik berukuran dua inci dari telinga lelaki berkenaan menggunakan penyepit

Beginilah rupa cengkerik setelah berjaya dikeluarkan


VILLUPURAM (India) - Seorang pesakit yang mengadu mengalami gatal luar biasa terkejut apabila mendapati seekor cengkerik hidup di dalam telinganya.
Doktor di Pusat Kajian Villupram, Tamil Nadu mengeluarkan serangga berukuran dua inci dari telinga lelaki yang dirahsiakan namanya menggunakan penyepit.
Sebaik doktor memasukkan penyepit di dalam telinga, cengkerik itu cuba merangkak lebih dalam, tetapi doktor berjaya menariknya keluar dan pesakit berkenaan dilapor selamat. 
Menurut doktor, serangga berkenaan tidak boleh menyengat bahagian dalaman telinga tetapi ia boleh mengakibatkan masalah pendengaran dan keseimbangan badan. - Agensi/ myMetro

Selasa, 9 September 2014

Ketagih Makanan Yang Pelik

Pasangan kembar dari Bradford, England ini mempunyai ketagihan makanan yang pelik

Adele mendakwa dia gemar memakan lilin sejak berumur lapan tahun

Anita memberitahu dia mengalami Pica ketika hamil kira-kira 24 tahun lalu

SESETENGAH orang mempunyai tabiat menggigit kuku yang dianggap tidak sihat kerana boleh menyebabkan pelbagai penyakit. 
Tetapi, kembar berumur 50 tahun dari Bradford, England ini mempunyai ketagihan pelik akibat masalah gangguan makanan atau Pica yang menyebabkan mereka cenderung memakan bahan tertentu. 
Adele mendakwa dia gemar memakan lilin sejak berumur lapan tahun dan ia langsung tidak mendatangkan kesan buruk kepada kesihatannya. 
Kembarnya, Anita memberitahu dia mengalami Pica ketika hamil kira-kira 24 tahun lalu. 
"Saya mula mengidam objek yang berbau seperti tiket bas lama dan akhirnya menemui bau sama pada buku terpakai. Rasanya juga lebih enak seperti memakan bar coklat," katanya. 
Ahli psikologi, Marcia Karp memaklumkan terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang ketagih untuk mengambil 'makanan' pelik sepanjang hidup mereka. 
"Sebagai contoh, Pica mungkin dialami sesetengah wanita hamil dan kadang-kadang disebabkan oleh defisit mineral," jelasnya kepada DailyMail. - Sinar Harian

Jumaat, 5 September 2014

Wanita Thai Punya Tangan Gergasi

Duangjay Samaksamam dipercayai memiliki sepasang tangan terbesar di dunia

Duangjay berusaha menjalani kehidupan seperti biasa dengan membuka gerai jualan

Duangjay menghadapi kesukaran menyikat atau menyapu syampu rambut

Penyakit yang dihidapi oleh Duangjay dikenali sebagai macrodystrophia lipomastosa


BANGKOK - Seorang wanita berusia 59 tahun dipercayai memiliki sepasang tangan terbesar di dunia apabila setiap satu tangannya mencecah berat 9.5 kilogram, lapor akhbar MailOnline semalam. 
Wanita itu, Duangjay Samaksamam terpaksa hidup dengan tangan gergasinya lebih 50 tahun kerana menghidap penyakit macrodystrophia lipomastosa. 
Penyakit itu berlaku kerana lemak berkumpul di kedua-dua lengan menyebabkan ia membengkak dari bahagian bahu hingga ke jari. 
"Tangan saya amat berat sehingga saya tidak mampu menyikat atau menyapu syampu rambut, ia amat sukar. Beberapa doktor berkata satu-satunya cara penyelesaian ialah dengan memotong kedua-dua tangan jika saya mahu berjalan dengan bebas. Namun, saya enggan berbuat demikian," katanya. 
Seorang pakar bedah, Dr. Eiju Uchinuma pula berkata, kes tersebut amat luar biasa, malah punca penyakit itu juga masih tidak diketahui dan ia tidak boleh diubati. - Agensi/ Kosmo!

Baca berita sebelum ini di sini

Isnin, 25 Ogos 2014

'Tahi Gajah' Jadi Kopi Enak

Pengasas kopi jenama Black Ivory, Blake Dinkin, 44, menemui kaedah terbaik untuk menghasilkan kopi paling enak

Gajah-gajah yang dipelihara di kawasan Tiga Segi Emas Thailand di Chiang Rai digunakan untuk menghasilkan kopi

Kaedah ini menghasilkan kopi yang tidak pahit serta ada aroma bunga dan coklat

Dinkin berkata, pengguna berpeluang menikmati rasa kopi yang sebenar

Biji kopi ini akan menghasilkan rasa kopi paling enak secara semula jadi

Penghasilan biji kopi secara semula jadi ini menggunakan gajah

Kopi Black Ivory siap sedia untuk diminum. Kopi ini berharga AS$70 (RM221) secawan


BANGKOK - Orang ramai yang ingin menikmati keenakan kopi yang menggunakan biji-biji kopi daripada najis gajah perlu membayar pada harga AS$70 (RM221) secawan. 
Pengasas kopi jenama Black Ivory itu, Blake Dinkin, 44, berkata, dia telah menemui kaedah terbaik untuk menghasilkan kopi paling enak secara semula jadi menggunakan gajah-gajah yang dipelihara di kawasan Tiga Segi Emas Thailand di Chiang Rai. 
"Kaedah ini dapat mengurangkan manis kopi selain mengekalkan rasanya. Saya inginkan pengguna menikmati rasa kopi yang sebenar, tidak pahit serta ada aroma bunga dan coklat. 
"Gajah itu membantu membuangkan rasa manis dalam biji kopi secara semula jadi," kata Dinkin sambil memberitahu, biji kopi berkenaan hanya boleh didapati di hotel-hotel mewah di seluruh Asia dan negara timur tengah. 
Kopi tersebut bagaimanapun tidak dapat menandingi kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang di Indonesia kerana berharga AS$100 (RM316) secawan. - Agensi/ Kosmo!

Khamis, 21 Ogos 2014

Derita Budak Tangan Gergasi

Kaleem menunjukkan tangannya yang semakin membesar.

Perbandingan tangan Kaleem

Kaleem tidak dapat melakukan banyak perkara asas

Kaleem tidak ke sekolah kerana murid lain takut melihat tangannya

Bapa Kaleem, Shamim, bimbang anaknya tidak dapat berdikari

Kaleem tidak boleh makan sendiri kerana tangannya tidak boleh bengkok

Ibu Kaleem, Haleema, berkata, dia menyedari kecacatan Kaleem apabila melahirkannya, namun tidak mampu membantu

Doktor berkata, jantung dan paru-paru Kaleem berfungsi seperti biasa. Tetapi tangannya terus membesar


NEW DELHI - Seorang budak membingungkan doktor di India apabila tangannya membesar seperti tangan gergasi. 
Tangan Kaleem, lapan, setiap satu seberat lapan kilogram dan berukuran 13 inci dari pangkal tapak tangan hingga ke hujung jari hantunya. 
Kerana keadaan tangannya itu, Kaleem tidak dapat melakukan banyak perkara asas, termasuk mengikat tali kasut dan sering dibuli serta dipinggirkan rakan sebaya. 
“Saya tidak ke sekolah kerana guru berkata, murid lain takut melihat tangan saya. Saya dibuli kerana kecacatan saya. Ada yang memukul saya. “Saya sukar memakai baju, membutangnya dan juga memakai seluar. Tetapi saya tidak mahu doktor membedah tangan saya, kecuali ketika saya tidak sedar,” katanya. 
Ibu bapanya yang hanya berpendapatan RM100 sebulan, berusaha membantu anak mereka, tetapi sehingga ini tidak berjaya. 
Ibunya, Haleema, 27, berkata, dia menyedari kecacatan Kaleem apabila melahirkannya, namun tidak mampu membantu. 
“Tangannya begitu besar, jarinya pula panjang. Mulanya, ia kecil saja, tetapi kemudian membesar dan jarinya terus memanjang,” kata Haleema. 
Bapa Kaleem, Shamim, 45, juga bimbang anaknya mungkin tidak dapat berdikari. 
“Dia tidak boleh makan sendiri kerana tangannya tidak boleh bengkok. Kami yang kena menyuapnya,” kata Shamim. 
ia menyalahkan dirinya kerana tidak mempunyai wang untuk membolehkan Kaleem menjalani rawatan. 
Menurut Shamim, anaknya yang lain tidak menghadapi masalah itu. 
“Kami mahu membawanya ke hospital, tetapi wang begitu sukar diperoleh. Nak makan juga susah hingga isteri saya kadang-kala terpaksa mengemis,” katanya. 
Shamim juga berkata, dia cuba menghantar Kaleem ke sekolah, namun disuruh menulis perjanjian bahawa sekolah tidak bertanggungjawab jika murid lain membuli atau mentertawakan Kaleem. 
Seorang pengarah hospital tempatan berkata, kecuali masalah tangan itu, kesihatan Kaleem baik “Jantung dan paru-parunya berfungsi seperti biasa. Yang dibimbangkan, apabila tangannya terus membesar, ia akan memberi tekanan kepada sistem jantung dan menjejaskan kesihatannya,” kata Dr Ratan. 
Sementara itu, ketua Intitut Kajian Memorial Fortis, sebuah hospital moden di Gurgaon berhampiran Delhi, Dr Krishan Chugh berkata, dia yakin penyakit Kaleem boleh diubati sekiranya menjalani pemeriksaan dan ujian perubatan terlebih dulu. - Agensi/ myMetro

Fenomena Bulan Kembar Tak Betul

Planet Marikh dilihat melalui Teleskop Angkasa Hubble. Foto: NASA

Bulan berwarna merah jingga, semasa gerhana bulan (ketika bumi berada di antara bulan dan matahari). Foto: Wikipedia

Perbandingan antara saiz bumi dan planet Marikh. Foto: NASA


KUALA LUMPUR - Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) hari ini menafikan dakwaan kononnya planet Marikh akan membesar seperti bulan dan kemunculan bulan berkembar pada Rabu depan (27 Ogos), seperti yang tersebar di laman sosial dan khidmat pesanan ringkas. 
Menurut kenyataan ANGKASA, jarak planet Marikh adalah stabil pada orbitnya pada malam berkenaan iaitu 201.69 juta kilometer atau 125.28 juta batu dari bumi, dan bukannya 34.65 juta batu seperti yang telah disebarkan itu. 
Pada jarak itu, planet Marikh hanya akan kelihatan seperti sebuah bintang merah di langit malam dan ia akan terbenam sekitar jam 12 tengah malam, dan oleh yang demikian ia tidak lagi kelihatan selepas daripada waktu itu. 
Bulan pada malam itu berada pada fasa anak bulan dan bukannya bulan penuh. 
Bulan juga akan terbenam awal pada hari tersebut iaitu sekitar 8.30 malam dan ia tidak lagi kelihatan pada 12 malam seperti yang digembar-gemburkan. - BERNAMA

SIARAN MEDIA
PENAFIAN BERKENAAN MARIKH MENJADI SEBESAR BULAN DAN BULAN BERKEMBAR  
Pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan ini menafikan mesej-mesej di laman sosial dan juga pesanan ringkas yang mula tersebar berkenaan dengan kemunculan Bulan Berkembar dan juga Planet Marikh akan membesar seperti Bulan pada 27 Ogos 2014 ini. 
Ia merupakan mesej lama yang telah tersebar sejak tahun 2003 lagi. Adalah dimaklumkan bahawa jarak planet Marikh adalah stabil pada orbitnya pada malam berkenaan adalah 201.69 juta kilometer atau 125.28 juta batu dari Bumi, dan bukannya 34.65 juta batu seperti yang dikhabarkan. Pada jarak ini, Marikh hanya akan kelihatan seperti sebuah bintang merah di langit malam. Marikh juga akan terbenam sekitar jam 12 tengah malam dan oleh yang demikian ia tidak lagi kelihatan selepas daripada waktu itu. 
Manakala bagi keterangan berkenaan dengan Bulan berkembar dan juga gambar yang diolah semula itu, adalah jauh dari kebenaran. Seperti yang kita sedia maklum, Bumi hanya mempunyai sebuah satelit semulajadi iaitu Bulan yang sentiasa dapat kita lihat. Untuk makluman juga, Bulan pada malam tersebut berada pada fasa bulan pada hari berkenaan, 27 Ogos 2014 adalah pada fasa anak Bulan dan bukannya Bulan penuh seperti yang dinyatakan dalam mesej-mesej tersebut. Bulan juga akan terbenam awal pada hari tersebut iaitu sekitar 8:30 malam dan ianya tidak lagi kelihatan pada jam 12 tengah malam seperti yang ditulis dalam rantaian mesej berkenaan. Fasa bulan penuh yang terdekat adalah pada 11 Ogos 2014 dan 9 September 2014.  
Menambah kepada dua fenomena yang palsu ini adalah yang mana ia hanya akan berlaku lagi pada tahun 2287. Fenomena ini adalah tidak benar sama sekali dan tidak akan berlaku, jauh sekali untuk berulang pada masa akan datang. Kelemahan helah ini adalah kepada ketiadaan sumber penulis dan rujukan dari hasil penulisannya. Dan masyarakat Malaysia harus lebih bijak dalam menyampaikan berita dan juga mencari kesahihannya sebelum memanjang-manjangkan berita palsu seperti ini. 
- Sumber: Angkasa

Selasa, 19 Ogos 2014

Buaya Paling Berat Di Dunia?

Stokes (kanan) bersama keluarganya bergambar dengan seekor buaya gergasi yang ditangkap mereka baru-baru ini.

Buaya sepanjang 4.5 meter ini ditangkap pada minggu lalu di sebuah kawasan paya berhampiran Thomaston, Alabama

Buaya gergasi seberat 453 kilogram ini mungkin memecah rekod sebagai buaya paling besar yang pernah ditangkap di dunia

Buaya ini terlalu berat sehingga menyebabkan sebuah kren yang digunakan untuk mengangkatnya rosak


MONTGOMERY - Sekumpulan pemburu berjaya menangkap seekor buaya gergasi seberat 453 kilogram (kg) dan haiwan berkenaan kemungkinan memecah rekod sebagai buaya paling besar yang pernah ditangkap di dunia. 
Buaya sepanjang 4.5 meter itu ditangkap dan dibunuh seorang pemburu, Mandy Stokes yang dibantu lima ahli keluarganya pada minggu lalu di sebuah kawasan paya berhampiran Thomaston, Alabama. 
Stokes berkata, buaya berkenaan terlalu berat sehingga menyebabkan sebuah kren yang digunakan untuk mengangkat haiwan itu rosak. 
"Kami terpaksa menggunakan sebuah jentolak untuk membawa bangkai reptilia ini ke tempat penimbang. 
"Kami sungguh beremosi dan sangat gembira selepas mendapati buaya ini mungkin yang terbesar pernah ditangkap dunia," katanya. 
Pada Jun lalu, Kelab Safari Antarabangsa mengisytiharkan seekor buaya sepanjang 4.2 meter dan seberat 499 kg yang ditangkap di Texas pada 2007 sebagai buaya paling besar yang pernah ditangkap di dunia. - Agensi/ Kosmo!

Isnin, 11 Ogos 2014

Harimau Bengal Semakin Berani

Seorang suami kaku melihat seekor harimau membaham sebelum mengheret isterinya ke dalam hutan (Foto hiasan)

Seekor harimau dirakamkan menyeberang delta Sunderbands (di selatan Kolkata) pada bulan April 2014. Foto: AP

Pakar alam sekitar berkata, habitat harimau semakin terancam menyebabkan mereka menjadi ganas. Foto: AP


KOLKATA - Seekor harimau membaham sebelum mengheret seorang wanita ke dalam hutan di depan suaminya. 
Pasangan itu bersama seorang jurumudi bot dikatakan menangkap ketam di sungai cetek di Benggala Barat Jumaat lalu. 
Haiwan itu menerkam dan mengheret wanita berkenaan ke paya bakau di Hutan Pirkhali kawasan yang terkenal dengan beberapa siri serangan haiwan buas itu, sementara suaminya kaku melihat kejadian berkenaan. 
Pegawai hutan Nabin Chandra berkata, operasi mencari dijalankan selepas pihaknya menerima laporan daripada suami mangsa. 
Bagaimanapun, usaha itu gagal menemui sebarang kesan mangsa. 
Serangan berlaku di Sunderbans, kawasan paya bakau, tempat mengalirnya Sungai Ganges ke Teluk Benggala. 
Ia kes keenam yang dilaporkan tahun ini. 
Menurut pakar alam sekitar, habitat harimau yang semakin terancam memaksa haiwan itu meluaskan kawasan memburu makanan. 
Jun lalu, harimau benggala menerkam lelaki di dalam bot dan mengheretnya ke kawasan paya bakau di depan beberapa anaknya. 
Difahamkan, keluarga yang diserang harimau itu juga bekerja sebagai pemungut ketam di Taman Hutan Negara Sunderbans. 
Kira-kira 3,200 harimau dipercayai masih berkeliaran di hutan di seluruh India. - Agensi/myMetro

Rabu, 30 April 2014

Kura-Kura Gergasi

Andy Browne menunjukkan kura-kura spesies sulcata yang diambil daripada sebuah keluarga di Wiltshire, England.

Kura-kura ini diberi nama Victor Meldrem

Kura-kura ini terus membesar sejak 14 tahun lalu

Browne mengambil kura-kura ini secara percuma daripada satu keluarga yang membela Victor sebelum ini


WILTSHIRE, England - Sebuah keluarga tidak menyangka seekor kura-kura yang dibeli kira-kira 14 tahun lalu sebenarnya daripada jenis baka gergasi yang kini mencapai berat 57 kilogram (kg), lapor Daily Mail kelmarin. 
Kura-kura yang bernama Victor Meldrem itu menjadi semakin besar menyebabkan keluarga itu tidak dapat menjaganya kerana sukar untuk menyediakan tempat tinggal yang sesuai untuk haiwan berkenaan. 
Berikutan itu, seorang petani, Andy Browne telah mengambil kura-kura itu secara percuma daripada keluarga berkenaan sebagai tambahan kepada koleksi haiwan peliharaan luar biasa yang dimilikinya termasuk 400 haiwan reptilia yang lain. 
Browne yang mengendalikan pusat penjagaan haiwan itu sejak 2001 berkata, keluarga berkenaan membeli haiwan tersebut daripada sebuah kedai D.I.Y ketika kura-kura jantan itu masih kecil. 
"Pasangan itu telah cuba menyerahkannya ke kebanyakan zoo dan kawasan perlindungan hidupan liar, namun tiada sesiapa mahu mengambilnya. Kini mereka berasa lega apabila saya mahu membantu. 
"Bagaimanapun, pasangan itu amat tertekan untuk berpisah dengan haiwan berkenaan kerana mereka telah menjaganya hampir 15 tahun," katanya. 
Meldrem merupakan kura-kura spesies sulcata dan biasanya akan terus membesar dalam tempoh 35 tahun lagi. Malah, haiwan itu boleh mencapai berat sehingga 90kg. 
Ia sepanjang 60 sentimeter dari kepala hingga ekor dan setinggi 45 sentimeter. - Agensi/Kosmo!