Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 2 Oktober 2014

Lelaki Terkuat Di Dunia

Lelaki ini diiktiraf sebagai individu terkuat di dunia apabila berjaya memecahkan 19 rekod dunia

Kevin Fast, 51, sedang menarik kapal terbang seberat 188.83 tan

Fast turut memegang rekod menarik sebuah jentera bomba sejauh 30 meter

Fast juga pernah mencipta rekod menarik sebuah rumah seberat 40 tan

Fast juga seorang paderi di sebuah gereja di Kanada

Fast menunjukkan pengiktirafan yang telah ia terima


COBOURGE – Seorang lelaki yang juga paderi di sebuah gereja di Kanada telah diiktiraf sebagai individu terkuat di dunia apabila berjaya memecahkan 19 rekod dunia dalam acara menarik objek berat, lapor MailOnline semalam.
Lelaki itu, Kevin Fast, 51, sehingga kini masih memegang sembilan rekod dunia yang masih belum dicabar mana-mana individu lain seperti menarik kapal terbang seberat 188.83 tan. 
Fast turut memegang rekod menarik sebuah jentera bomba sejauh 30 meter selain pernah mencipta rekod menarik sebuah rumah seberat 40 tan.
Lelaki yang tinggal di Cobourge, Kanada itu pernah bersaing secara profesional dalam banyak acara di Amerika Utara dan masih mengekalkan sembilan rekod dunia tanpa dapat dicabar oleh mana-mana pesaing.
“Kebanyakan masyarakat sukar untuk mempercayai saya mampu melakukan semua perkara ini dan beranggapan saya hanya seorang paderi biasa,” kata Fast yang telah bertugas sebagai paderi selama 22 tahun.
Tahun lalu, Kevin telah mencipta empat rekod dunia masing-masing dalam acara menarik trak dengan lengan seberat 12.5 tan, menimbang 11 orang di atas bahu, melontar 14 batang kayu balak dalam masa tiga minit dan menarik kereta luncur salji seberat 17.5 tan. – AGENSI/ Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.