 |
Tren di Makkah sedia untuk beroperasi. |
Projek sistem pengangkutan kereta api atau tren Makkah sudah siap dan boleh digunakan pada musim haji tahun hadapan. Perkhidmatan tren akan menghubungkan Kota Makkah dengan tempat-tempat yang akan dituju oleh jemaah haji untuk melakukan ibadat.
 |
Sistem pengangkutan menggunakan kereta api elektrik. |
Dengan itu, masalah kesesakan lalu lintas pada setiap kali musim haji akan dapat di atasi dan perjalanan jamaah haji ke tempat-tempat berkenaan menjadi lebih mudah, cepat dan selamat.
 |
Kereta api elektrik sedang di pandu uji. |
Sebagai permulaan, penggunaan bas dan kenderaan lain untuk mengangkut jemaah haji akan dikurangkan mulai pada musim haji yang akan datang bagi mengurangkan kesesakan.
 |
Koc yang digunakan berhawa dingin. |
Manakala sejumlah 170,000 penumpang akan diangkut ke berbagai distinasi di sekitar tanah suci dengan menggunakan perkhidmatan tren.
 |
Perjalanan tren melalui beberapa kawasan di sekitar tanah suci. |
Pada musim-musim haji yang lalu, jemaah haji terpaksa mengambil masa yang lama untuk sampai ke distinasi yang dituju kerana menghadapi masalah kesesakan, selain terdedah kepada kemalangan yang boleh meragut jiwa.
 |
Pemandangan di sebuah stesen. |
Keseluruhan projek ini ditanggung oleh Kerajaan Arab Saudi dengan kos US$1.8 billion. Apabila projek ini siap sepenuhnya, perkhidmatan ini akan mampu menampung pengangkutan sejumlah 3 juta jemaah haji.
 |
Krew kereta api sibuk membuat persiapan. |
Tambang yang dikenakan kepada penumpang yang menaiki tren adalah US$67.00 untuk 7 hari dan US$27.00 untuk 4 hari.
 |
Faktor keselamatan sangat penting. |
Bagaimanapun, jemaah haji yang datang dari seluruh dunia perlu menggunakan perkhidmatan tren ini dengan berdisiplin dan bijaksana bagi mengelakkan jamaah haji tersepit pintu atau terjatuh di landasan, gara-gara berebut menaiki tren.
 |
Pemandangan di sebuah stesen. |
Selain itu, pihak pengendali perkhidmatan juga perlu mempunyai sistem operasi penyelenggaraan mesin dan perjalanan yang cekap bagi mengelakkan berlakunya sebarang kerosakan dan kemalangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.