Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.
Memaparkan catatan dengan label Wabak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wabak. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Ogos 2014

Bahaya Wabak Ebola

Anggota polis hanya mampu memandang apabila seorang lelaki tiba-tiba terjelepuk ke dalam lopak air di tengah jalan sibuk

Lelaki ini telah dibawa ke pusat kawalan Ebola untuk kajian dan dikuarantin di Conakry, Guinea

Wanita Liberia ini menangis kerana kematian seorang saudaranya akibat wabak Ebola di pinggir Monrovia, Liberia

Petugas kawalan kesihatan mengangkat keluar mangsa Ebola keluar dari rumahnya di Liberia

Seorang mangsa wabak Ebola terbaring di jalan raya dijangkiti oleh penyakit yang belum ada penawarnya


Di ibu negara Guinea, Conakry yang mempunyai 1.7 juta penduduk anggota polis sekadar mampu memandang apabila seorang lelaki tiba-tiba terjelepuk ke dalam lopak air di tengah jalan sibuk sebelum terkulai dan terbaring kaku. 
Kawasan itu segera ditutup, namun kemudian tidak sesiapapun berani menghampiri lelaki terbabit kerana bimbang dia dijangkiti virus maut. 
Lelaki itu kemudian dibawa ke pusat kawalan Ebola untuk pemeriksaan dan dikuarantin. 
Sementara itu, di Lagos - bandar raya mega Nigeria dengan kepadatan 21 juta penduduk yang tinggal dalam keadaan berasak lagi kotor, lima lagi kes baru disyaki Ebola dan satu kematian dilaporkan. 
Pihak berkuasa berusaha menyediakan bilik pengasingan secukupnya ketika Menteri Kesihatan Onyebuchi Chukwu mengisytiharkan krisis global. 
“Situasi ini boleh dikatakan darurat malah satu dunia kini berdepan risiko. 
“Tidak sesiapa pun selamat. 
Apa yang berlaku di Nigeria menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa Ebola mudah merebak. 
“Apa diperlukan cuma seseorang yang dijangkiti menaiki pesawat dan terbang ke negara lain sebelum mengakibatkan wabak tersebar,” katanya. 
Jutaan orang di Lagos hidup sempit tanpa tandas yang boleh dipam. 
Papan tanda dapat dilihat di sekitar bandar itu mengingatkan orang ramai supaya tidak membuang air kecil merata-rata. 
Buruh Kenneth Akihomi, 47, berkata, dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan kerap membasuh tangannya untuk mengelak dijangkiti kuman, tetapi ramai orang menganggap keimanan lebih mampu melindungi mereka. 
“Mereka tidak panik, semuanya rata-rata amat percaya dengan kuasa Tuhan. 
“Pada mereka, berdoa adalah cara terbaik dan yakin penawar yang mampu menyembuhkan penyakit ini akan ditemui,” katanya. 
Semalam Presiden Liberia Ellen Johnson Sirleaf mengisytiharkan darurat dan tentera segera melakukan sekatan jalan untuk selepas pesakit dikenal pasti dijangkiti virus Ebola diheret keluar dari rumah masing-masing dan ditinggalkan di tengah jalan. 
Ellen berkata, penduduk negara itu masih enggan menghantar orang tersayang yang sakit ke pusat pengasingan menyebabkan penularan wabak berkenaan. 
“Kejahilan, kemiskinan, kepercayaan agama dan amalan tradisi semakin memudahkan penyebaran penyakit ini,” katanya. 
Malah di Sierra Leone, usaha kerajaan memaksa pesakit diasingkan terpaksa dilaksanakan dengan bantuan 750 anggota tentera dalam Operasi Octopus. 
Ebola adalah antara virus paling berbahaya di dunia. 
Ia boleh merebak melalui cecair badan seperti darah, air liur, najis dan peluh. 
Pertubuhan Kesihatan Dunia berkata, penularan terbaru wabak itu dianggap yang paling teruk sejak virus itu pertama kali dikenal pasti pada 1976. 
Sejak kitaran terbaru wabak itu bermula awal tahun ini, virus berkenaan dikenal pasti mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 932 orang di empat negara di barat Afrika sehingga Isnin lalu. - myMetro


Jumaat, 12 April 2013

Jualan KFC Di China Merudum Akibat Virus H7N9

Syarikat induk KFC berkata jualannya di China merudum akibat selesema burung

Virus selesema burung telah memberi impak negatif ke atas jualan KFC

Wanita memakai topeng muka berjalan di taman di Shanghai, di mana wabak Selesema Burung muncul dua minggu lalu

Pegawai dari Pusat Keselamatan Makanan Hong Kong mengambil sampel darah ayam yang diimport dari tanah besar China

Ayam yang dibawa masuk ke Hong Kong diperiksa dengan ketat berkuat kuasa pada Khamis

SHANGHAI - Syarikat induk KFC berkata jualannya merudum akibat selesema burung dan ini sekaligus menunjukkan impak negatif akibat virus itu. 
Yum Brands berkata, virus selesema burung telah memberi impak negatif ke atas jualan KFC tetapi tidak memberi sebarang angka atau peratusan jualan yang merudum. 
Setakat sembilan orang maut di China. 
Selesema burung juga mengakibatkan berpuluh-puluh yang lain dijangkiti virus H7N9. 
Menurutnya, jualan KFC setakat Mac ini, mencatatkan penurunan 16 peratus. 
Yum turut memiliki perniagaan francais Pizza Hut dan Taco Bell yang juga merupakan pengendali makanan terbesar di China dengan kira-kira 5,300 lokasi. - Sinar Harian