Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.
Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan

Rabu, 17 Disember 2014

Lelaki China Bina Kereta Paling Kecil Di Dunia

Xu Zhiyun mengambil masa dua tahun untuk mereka bentuk dan membina kereta kecil ini

Kereta ini hanya berukuran 58 sentimeter (sm) panjang, 33 sm lebar dan 38 sm tinggi

Kereta ini lengkap dengan enjin, pemecut dan brek, pedal minyak, sistem gear dan lampu depan serta belakang

Xu sering memandu kereta ini bagi mengelakkan jalan raya sibuk di Shanghai

Kos yang digunakan oleh Xu untuk membina kereta ini hanya 155 pound (RM852)


Ia mungkin kelihatan seperti sebuah kereta mainan untuk anak kecil, namun kereta ini sebenarnya lengkap dengan enjin, pemecut dan brek, pedal minyak, sistem gear dan lampu depan serta belakang.
Penciptanya, Xu Zhiyun, 60, mengambil masa dua tahun untuk mencipta kereta itu dengan kos hanya 155 pound (RM852).
Dengan hanya berukuran 58 sentimeter (sm) panjang, 33 sm lebar dan 38 sm tinggi, ia menjadi kereta terkecil di dunia dan Xu sering memandu kereta itu bagi mengelakkan jalan raya sibuk di Shanghai.
Selain itu, Xu turut menggunakan kemahirannya untuk mencipta pelbagai barangan yang memudahkan kehidupan sehariannya seperti rak televisyen bergerak dan mereka pakaian sendiri. – Mail Online/ Sinar Harian

Bila Gajah Terpaksa Berdiri Untuk Cari Makan

Gajah jantan ini sedang mencari makanan di Mana Pools Park, di utara Zimbabwe

Namun apa yang boleh dimakan semuanya tinggi-tinggi belaka

Maka terpaksalah gajah ini berdiri untuk menambah tinggi

Sang gajah akhirnya berjaya mencapai apa yang dihajati

Maka dapatlah gajah ini akan rezekinya

Suatu yang jarang-jarang dapat dilihat, bila sang gajah berdiri menggunakan dua kaki belakang! Namun semua terjadi apabila makhluk besar itu menghadapi masalah kekurangan makanan dan kelaparan. 
Musim kering di selatan benua Afrika menyebabkan tumbuh-tumbuhan yang rendah semakin berkurangan. Maka terpaksalah sang gajah berdiri untuk mencapai makanan yang masih ada di atas dahan pokok yang tinggi. 
Telatah gajah ini telah dirakamkan oleh Giovanni Casini, 35, dari Pisa, Itali di Mana Pools Park, di utara Zimbabwe. - MailOnline

Jumaat, 12 Disember 2014

Guna 'Bakul Besi' Sebagai Pengangkutan

Seorang penduduk kampung bersedia untuk membawa keluar barangan dari kampung mereka menggunakan 'bakul besi'.

Seorang penduduk kampung bersama dua anaknya sedang menaiki ‘bakul besi.’


HEFENG - Sepanjang 16 tahun lalu, 196 penduduk sebuah kampung kecil di wilayah Hubei, China, bergantung pada kereta kabel buruk tanpa pintu untuk berulang alik dari bandar ke kampung mereka. 
Mereka menggelarnya ‘bakul besi.’ 
Kampung Yushan di daerah Hefeng terletak kira-kira 150 kilometer dari bandar terdekat. Ia dikelilingi gunung dan lembah hingga menyulitkan pergerakan menerusi jalan darat. 
Laluan kabel sejauh 1,000 meter itu tergantung setinggi 480 meter dan membantu penduduk tempatan untuk ulang-alik dari kampung mereka sejak ia dibina 16 tahun lalu. 
Tanpa 'bakul besi’ itu, penduduk perlu berjalan sehari semalam untuk keluar dari kampung mereka. - Agensi/ myMetro

Rabu, 10 Disember 2014

Rumah Ekstrim

Cliff House dibina ditepi tebing dan kelihatan seperti terapung di atas paras laut.

Konsep kediaman yang memberi pemandangan menarik Laut India.

Arkitek cuba membina konsep rumah kediaman yang mempunyai hubungan langsung dengan lautan.


Jika anda impikan mempunyai kediaman di atas lautan, mungkin rumah konsep di pantai barat daya Australia ini mungkin boleh memenuhi hasrat anda.
Binaannya yang kelihatan berbahaya dengan hanya berpaut pada tepi tebing, terletak beberapa meter sahaja di atas paras laut.
Kediaman konsep yang dinamakan Cliff House (rumah tebing) ini dibina menegak pada lereng tebing dan berpaut pada palang sokongan yang dipasak pada tebing berkenaan.
Idea Cliff House diilhamkan oleh pakar seni bina rumah pasang siap Modscape Concept yang mendapat inspirasi itu melalui bentuk teritip yang melekat pada badan kapal. Rumah konsep berkenaan yang kelihatan tergantung hampir sepenuhnya membuatkan ia seperti tebing tambahan pada lanskap berkenaan. 
Menerusi laman web mereka, agensi arkitek berkenaan menyatakan sasaran mereka adalah untuk membina kediaman yang mempunyai “hubungan langsung dengan laut”.
Rumah lima tingkat itu akan dibina daripada model pasang siap yang disusun secara menegak.
Setiap ‘bilik’ akan dibina di atas satu sama lain secara bertingkat dan dilengkapi alang besi yang dipasak pada tebing.
Penghuni rumah berkenaan akan memasuki kediaman mereka melalui tingkat atas yang separas dengan tebing dan kemudiannya menggunakan lif atau tangga untuk pergi ke bilik tidur, ruang tamu atau dapur.
Tingkat paling bawah kediaman itu terdiri daripada ruangan terbuka yang seolah-olah terapung di atas air memberikannya sentuhan menakjubkan - atau mungkin menakutkan- pada ruangan terbuka kediaman itu serta pemandangan laut yang menarik. - myMetro

Hotel Reput

Grossinger's Resort, salah sebuah hotel usang.di kawasan Borscht Belt di Catskill, New York

Pemandangan di sebelah dalam bangunan hotel reput

Ruang legar Homowack Lodge yang berwarna-warni.

Homowock Lodge memiliki gelanggang boling sendiri.

Kawasan tepi kolam Grossinger’s Resort.


Kawasan dikenali sebagai Borscht Belt di Catskill, New York pernah popular satu ketika dulu sebagai tempat peranginan untuk kelas pertengahan terutama masyarakat keturunan Yahudi di kota itu. 
Ketika zaman kegemilangannya, lokasi itu mempunyai lebih 600 hotel dan kem musim panas yang sering dikait­kan dengan kehidupan mewah serta glamor. 
Namun kemewahannya kini hanya tinggal kenangan dan agak me­ngerikan walaupun masih mengekalkan kecantikan dalam kesuramannya.
Kawasan itu juga pernah dipopularkan dalam filem Dirty Dancing lakonan Patrick Swayze kerana menjadi lokasi penggambarannya.
Kebanyakan hotel paling mewah dan terkenal di kawasan berkenaan yang popular pada era 1960-an malangnya kini dibiarkan reput dan dimamah usia. 
Seorang artis Marisa Scheinfeld yang membesar tidak jauh dari situ mengambil kesempatan merakamkan keindahan hotel-hotel mewah ini yang kini dipamerkan di Muzium Universiti Yeshiva sehingga April 2015.
“Pada saya bangunan-bangunan tinggal ini tetap cantik dengan caranya yang tersendiri. Walaupun runtuhannya boleh disamakan de­ngan kejatuhan era yang penuh kegemilangan, hakikatnya ia masih ‘hidup.’
“Walaupun tidak lagi menjadi hotel untuk golongan kaya dari pantai timur negara ini, ia tetap ‘dihuni’ pelbagai spesies haiwan serta tumbuhan. Jadi, walaupun manusia mengabaikannya, ia masih memainkan peranan penting,” katanya. - myMetro

Jumaat, 21 November 2014

Pesawat Airbus A350 Baru Yang Mewah

Ini ialah pesawat jet Airbus A350 yang dilengkapi dengan enjin Rolls Royce

Airbus akan menyerahkan pesawat A350 kepada pelanggan pertamanya, Qatar Airways pada pertengahan Disember

Pemandangan di dalam kokpit pesawat A350

Pesawat ini mampu membawa 250-350 penumpang dengan susun atur tempat duduk tiga kelas

Pembuat pesawat yang berpangkalan di Eropah ini telah membina pesawat A350 XWB berharga £1.9b (AS$2.98b)

Pemandangan di bahagian kelas perniagaan Airbus A350 XWB semasa pameran di Jepun

Kabin A350 menyediakan kerusi paling luas dalam kategorinya

























Pesawat Airbus A350 telah dipamerkan di Tokyo semalam. Pesawat ini asalnya dicipta untuk bersaing dengan pesawat Dreamliner Boeing 787.
Syarikat pembuat pesawat Airbus akan menyerahkan pesawat A350 yang pertama kepada pelanggannya yang pertama iaitu Qatar Airways pada pertengahan Disember hadapan.
Qatar Airways menempah sebanyak 80 pesawat A350, iaitu 43 pesawat A350-900 dan termasuk 37 pesawat A350-1000 yang lebih besar.
Pada ketika ini pesawat A350 merupakan pesawat yang mempunyai kabin paling luas dalam kategorinya. 
Pesawat ini sedang dalam lawatan demonstrasi ke lima negara Asia iaitu Seoul, Tokyo, Hanoi, Bangkok dan Kuala Lumpur. 
Pada awal tahun ini, pesawat ini telah melawat Australia, Hong Kong dan Singapura. 
Pesawat  ini baru menerima sijil daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS minggu lalu, selepas memperolehi kelulusan keselamatan di Eropah pada bulan September.
Airbus bercadang hendak membina tiga pesawat A350 dalam masa sebulan menjelang akhir tahun ini, meningkat daripada dua pesawat pada masa ini.
Menjelang akhir tahun depan ia merancang untuk membina lima pesawat sebulan dan mencecah 10 pesawat sebulan menjelang pertengahan tahun 2018.

Khamis, 13 November 2014

Sepuluh Lapangan Terbang Terbaik Dunia

PERTAMA: Lapangan Terbang Changi Singapura

Pemandangan dalam bangunan terminal Lapangan Terbang Changi Singapura

Lapangan Terbang Changi Singapura telah menerima anugerah Skytrax kali keempat pada tahun 2010 sejak anugerah tersebut diperkenalkan. Selain memenangi anugerah tersebut, Lapangan ini, yang mengendalikan khidmat kepada lima puluh juta penumpang pada tahun 2012, telah dinamakan sebagai Lapangan Terbang terbaik di Asia.
KEDUA: Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul, Korea Selatan
Merupakan pemenang tahun sebelumnya, tetapi kali ini Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon jatuh ke tempat kedua. Namun, khidmat lapangan terbang utama di ibu negara Korea Selatan ini masih cekap. Selain menduduki tempat kedua lapangan terbang ini menerima anugerah Lapangan Terbang Terbaik bagi Transit pada tahun 2013.

KETIGA: Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam, Belanda
Buat kali pertama sejak anugerah Skytrax diperkenalkankan, Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam di Belanda meningkat naik ke tempat ketiga, sebahagian besarnya disebabkan oleh proses pemindahan layan diri yang amat disenangi dan berkesan. Schiphol juga memperoleh pengiktirafan Lapangan Terbang Terbaik di Eropah dan Lapangan Terbang terbaik di Eropah Barat.

KEEMPAT: Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, China

Pemenang tempat ketiga bagi tahun 2012, kini Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong turun ke tempat keempat dalam undian keseluruhan untuk Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2013. Namun begitu, lapangan ini kekal menjadi kegemaran di kalangan para pengundi.
KELIMA: Lapangan Terbang Antarabangsa Capital Beijing, China

Lapangan Terbang Antarabangsa Capital Beijing mula beroperasi pada tahun 2008 dan mengendalikan trafik penumpang yang semakin meningkat setiap tahun. Namun begitu, lapangan terbang ini kekal di tempat kelima pada tahun 2012-2013, dan dianggap lapangan terbang terbaik di China.
KEENAM: Lapangan Terbang Munich, Jerman

Lapangan Terbang Munich, Jerman dipilih sebagai lapangan terbang terbaik yang keenam bagi tahun 2013. Keistimewaan lapangan terbang ini ialah makanan yang terdapat di sini. Lapangan terbang ini juga memperoleh anugerah Lapangan Terbang Terbaik di Eropah Tengah.
KETUJUH: Lapangan Terbang Zurich, Switzerland

Jika anda pernah mengalami kehilangan bagasi, anda akan mendapati Lapangan Terbang Zurich di Switzerland memang layak muncul sebagai pemenang dalam kategori Penghantaran Bagasi Lapangan Terbang Terbaik, selain mendapat tempat ketujuh Lapangan Terbaik bagi tahun 2013. Lapangan Terbang ini juga memperoleh Anugerah Perkhidmatan Kakitangan Lapangan Terbang Terbaik Eropah bagi tahun 2013.
KELAPAN: Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver, British Columbia, Kanada

Menduduki tempat kelapan bagi pengundian tahun 2013, Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver adalah satu-satunya dari rantau Amerika Utara yang tersenarai sebagai Lapangan Terbang Terbaik. Beranjak dari tempat kesembilan pada tahun 2012, lapangan ini kekal menerima anugerah Lapangan Terbang Terbaik di Amerika Utara.
KESEMBILAN: Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (Haneda), Jepun

Baru memasuki senarai Sepuluh Lapangan Terbang Terbaik, Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (Haneda) ini naik lima tangga dari kedudukan pada tahun 2012. Lapangan terbang ini mendapat tempat pertama dalam kategori Lapangan Terbang Domestik Terbaik, satu kategori baru bagi tahun 2012, dan juga mendapat anugerah Terminal Lapangan Terbang Terbaik dari segi Kebersihan.
KESEPULUH: Lapangan Terbang Heathrow London, Britain

Di tempat kesepuluh ialah Lapangan terbang Heathrow, London. Lapangan terbang ini mendapat kedudukan dalam senarai Sepuluh Lapangan Terbang Terbaik kerana Terminal 5 yang dibuka pada tahun 2008. Terminal 5 juga memenangi anugerah Terminal Lapangan Terbang Terbaik tiga tahun berturut-turut. Seluruh lapangan terbang ini telah dibaik pulih dan memiliki status Lapangan Terbang 4 Bintang pada tahun 2012. Sumber

Khamis, 6 November 2014

Lelaki Sedang Berjoging Langgar PM Britain

Seorang lelaki sedang berjoging terlanggar Perdana Menteri Britain, David Cameron dengan tidak sengaja

Pegawai Cameron segera mengapit dan membawanya masuk ke sebuah kereta yang sedang menunggu

Dean Balboa Farley yang melanggar Perdana Menteri berkenaan segera ditahan oleh para pengawalnya

Dean, 28, ditahan sebelum dibebaskan oleh polis West Yorks


LONDON - Kawalan keselamatan ke atas Perdana Menteri Britain, David Cameron kini menimbulkan persoalan selepas seorang lelaki berlari meluru ke arahnya dengan tidak sengaja ketika berjoging, tanpa disedari pengawal peribadinya semalam.
Walaupun pemimpin Parti Konservatif itu ternampak lelaki terbabit berlari ke arahnya, pengawal peribadinya bagaimanapun tidak menyedarinya sehingga berlaku kejadian itu.
Cameron juga dibiarkan berdiri bersendirian dan terdedah tanpa kawalan selama beberapa saat sebelum pegawainya mengapit dan membawanya masuk ke sebuah kereta yang sedang menunggu.
Polis Metropolitan Britain, yang menugaskan pegawainya untuk menjaga Perdana Menteri, dengan segera melancarkan siasatan ke atas kejadian itu.
Bekas pegawai kawalan keselamatan diraja dan diplomatik, Steve Park berkata pasukan pengawal peribadi Cameron tidak mempunyai mata tajam ketika menjalankan tugas.
"Mereka terlalu memberi tumpuan kepada Perdana Menteri sehingga tidak nampak keadaan di sekeliling untuk sebarang kemungkinan.
"Saya tidak fikir kejadian seperti ini pernah berlaku sebelum ini," katanya.
Ahli Parlimen Britain, Mark Pritchard berkata dengan peningkatan ancaman keganasan, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku.
Dalam kejadian itu, lelaki terbabit, Dean Balboa Farley, terlanggar Perdana Menteri berkenaan di pekarangan luar Dewan Sivik Leeds.
Dean, 28, ditahan sebelum dibebaskan oleh polis West Yorks yang menyatakan tidak ada apa-apa niat di sebalik kejadian itu.
Beliau juga mengecam pengawal peribadi Perdana Menteri kerana gagal mengambil tindakan cepat bagi mengelakkan kejadian itu. Dean berkata dia sedang berlari ke gimnasium ketika itu.
Katanya: "Saya tahu bagaimana rupa David Cameron tetapi saya mempunyai 'ear phone' di telinga dan sedang berlari. Saya juga pandang ke bawah dan tidak melihat atau mendengar sesiapa.
"Saya juga tidak sangka yang saya terlanggar seseorang. Saya sedar kemudian yang dia memang orang penting tetapi tidak tahu orang yang saya langgar itu adalah David Cameron."
Dean berkata dia disoal siasat di dalam van polis selama sejam sebelum gari dibuka daripada tangannya.
Katanya, pihak polis menyangka ada senjata di dalam tuala yang dibalut di tangannya. - Agensi/ Berita Harian

Khamis, 23 Oktober 2014

Wanita China Pecah Mesin ATM Dengan Tangan

Seorang wanita yang gagal mengeluarkan wang memecahkan mesin ATM dengan hanya menggunakan tangan

Wanita ini dilaporkan berang selepas beberapa kali gagal mengeluarkan wang di mesin ATM berkenaan

Mesin ATM yang dipecah wanita ini terletak di sebuah pusat beli-belah

Beginilah keadaan  mesin ATM selepas wanita itu berjaya ditenangkan


DONGGUAN, China – Seorang wanita yang berang selepas gagal mengeluarkan wang di sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bertindak memecahkan mesin berkenaan dengan hanya menggunakan tangan.
Wanita yang tidak dikenali itu dilaporkan berang selepas beberapa kali gagal mengeluarkan wang di mesin ATM tersebut yang terletak di sebuah pusat beli-belah di bandar ini.
Kerana tidak berpuas hati, wanita itu dilihat mula memecahkan mesin berkenaan dan mencabut setiap komponen satu-persatu menggunakan tangannya. 
Wanita tersebut kemudian berjaya ditenangkan oleh beberapa pengawal keselamatan pusat beli-belah berkenaan yang melihat aksi ganasnya di kamera keselamatan premis itu.
Sementara itu, seorang jurucakap pusat beli-belah berkenaan berkata, wanita itu tidak dapat mengeluarkan wangnya kerana mesin itu rosak ketika dia menggunakannya.
Katanya, ATM berkenaan mudah rosak kerana ia sudah lama dan beberapa komponen mesin itu diperbuat daripada plastik. – Agensi/ Kosmo!

Jumaat, 12 September 2014

Kucing Yang Obesiti

Seekor kucing yang mempunyai masalah obesiti memiliki berat badan mencecah 14 kilogram (kg) dan sukar bergerak

Bulu kucing terpaksa dicukur bagi memudahkan ia berjalan di atas mesin treadmill

"King Leo suka berjalan di atas treadmill," kata seorang sukarelawan

King Leo sedang bersenam di atas treadmill

King Leo sedang bersantai


NASHVILLE - Seekor kucing yang mempunyai masalah obesiti terpaksa menjalani latihan senaman menggunakan mesin treadmill untuk membantunya mengurangkan berat badan, lapor New York Daily News kelmarin. 
Kucing berusia 10 tahun itu yang dikenali sebagai King Leo memiliki berat badan mencecah 14 kilogram (kg) dan hampir sukar bergerak akibat kegemukan. 
Haiwan berkenaan kini ditempatkan di sebuah pusat penjagaan haiwan di bandar ini selepas ia dibuang oleh tuannya. 
Pusat jagaan tersebut juga terpaksa mencukur bulu kucing berkenaan bagi memudahkan ia berjalan di atas mesin treadmill. 
"King Leo suka berjalan di atas treadmill dan kami tidak menghadapi masalah untuk membantunya bersenam," kata seorang sukarelawan di pusat jagaan itu. 
Selain jadual senaman yang ketat, diet pemakanan kucing itu juga dikawal untuk membantu ia mengurangkan berat badan. - Agensi/ Kosmo!