Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.
Memaparkan catatan dengan label Integriti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Integriti. Papar semua catatan

Khamis, 2 Oktober 2014

Pengarah Perkhidmatan Rahsia AS Letak Jawatan

Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat Julia Pierson meletakkan jawatan

Julia Pierson tiba di bangunan Capitol untuk di soal siasat oleh Kongres

Julia Pierson semasa sesi soal siasat di hadapan Kongres

Grafik menunjukkan bagaimana White House dimasuki penceroboh

Julia Pierson bersalaman dengan pemimpin Kongres selepas sesi soal siasat

Julia Pierson merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Pengarah Perkhidmatan Rahsia oleh Obama


WASHINGTON - Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat Julia Pierson meletakkan jawatan berikutan beberapa kelemahan yang wujud dalam penjagaan keselamatan Presiden Barack Obama.
Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Jeh Johnson mengumumkan peletakan jawatan Pierson dan berkata Joseph Clancy, seorang anggota veteran agensi berkenaan, dilantik sebagai pemangku pengarah.
Jurucakap Rumah Putih Josh Earnest berkata Obama memanggil Pierson bagi mengucapkan penghargaan kepadanya kerana khidmatnya yang lama.
Katanya, Obama berpendapat bahawa kepimpinan baharu diperlukan di agensi berkenaan selepas berlaku beberapa kelemahan keselamatan termasuk kejadian di mana seorang lelaki melompat pagar dan berjaya masuk melalui pintu utama di Rumah Putih pada 19 September lalu. - REUTERS/ Berita Harian

Khamis, 24 April 2014

Polis Tipu Tidak Hadir Bertugas Selama Dua Tahun

Christopher Inserra menipu semasa menuntut manfaat hilang upaya

Inserra sebenarnya mengembara bersama kumpulan muzik heavy metal Cousin Sleaze dalam tempoh dua tahun


NEW YORK - Seorang bekas anggota polis New York mengaku salah terhadap tuduhan menipu apabila menuntut manfaat hilang upaya selama dua tahun sedangkan dia sebenarnya mengembara bersama kumpulan muzik heavy metal Cousin Sleaze. 
Pegawai Pendakwa Robert Nardoza berkata, Christopher Inserra, 32, yang berkhidmat selama lima tahun dengan Penguat Kuasa Pelabuhan New York dan New Jersey berdepan hukuman penjara dua tahun apabila Mahkamah Daerah Brooklyn menetapkan penghakiman pada 5 Ogos ini. 
Sepanjang tempoh Jun 2010 hingga Mac 2012, Inserra mendakwa tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai anggota polis disebabkan kecederaan pada tangan kanannya ketika bertugas yang didakwa menyukarkan pergerakan. 
Dia kemudian memfailkan permohonan mendapatkan manfaat hilang upaya selain terus menerima gaji sebanyak AS$90,000 (RM294,000) setahun. 
Rakaman video menunjukkan kumpulan heavy metal berkenaan diketuai Inserra menyanyi dengan penuh bersemangat, malah tidak langsung menunjukkan kesakitan pada tangan kanannya itu. 
Inserra yang diwakili peguam bela Michelle Gelernt diarahkan membayar semula wang berjumlah AS$30,466 (RM99,500) diterimanya sepanjang tempoh itu. 
Setakat ini dia sudah membayar balik AS$7,500 (RM24,500) daripada jumlah berkenaan. - myMetro

Selasa, 1 April 2014

Bekas PM Israel Didapati Bersalah

Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Omert didapati bersalah menerima rasuah oleh hakim sebuah mahkamah daerah. Foto: AFP

Omert bersama para peguamnya semasa berada di sebuah mahkamah daerah di Baitulmuqaddis semalam. Foto: Haaretz

Olmert merupakan bekas Perdana Menteri Israel yang pertama disabitkan kesalahan kerana mengambil rasuah


BAITULMUQADDIS - Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Omert disabitkan kesalahan menerima rasuah oleh hakim sebuah mahkamah daerah di sini semalam. 
Beliau menerima rasuah itu semasa menjadi datuk bandar ini dan Menteri Industri antara tahun 1993 hingga 2006. 
Menurut dokumen mahkamah pada tahun 2012, wang berjuta-juta dolar telah dikeluarkan bagi mempromosikan satu siri projek hartanah. 
Olmert dituduh mempercepatkan projek itu bagi memperoleh wang rasuah. 
Hukuman ke atasnya akan diputuskan pada 28 April depan. 
Keputusan mahkamah itu menjadikan Olmert sebagai bekas Perdana Menteri Israel yang pertama disabitkan kesalahan kerana mengambil rasuah. 
Olmert memegang jawatan Perdana Menteri dari 14 April 2006 hingga 31 Mac 2009. 
Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ekoran berhubung tuduhan rasuah tersebut. - Agensi/Kosmo!

Pekerja Bank Curang, Isteri Tetap Setia

John Skermer, pekerja Bank dari Barclays didakwa kerana pecah amanah RM10.8 Juta

Walaupun curang, Tracym, isteri Skermer, seorang guru matematik, hadir di mahkamah memberi sokongan kepada suaminya 


LONDON - Seorang pekerja bank yang sudah berkahwin dan mencuri lebih 2 juta pound (RM10.8 juta) dari Barclays serta membelanjakannya untuk pelacur dipenjara selama tujuh tahun. 
John Skermer, 45, membuka akaun bank palsu dengan overdraf 1 juta pound (RM5.4 juta), sebelum menyalurkan wang terbabit ke dalam akaun peribadinya. 
Beliau membelanjakan hampir kesemua wang terbabit untuk melanggan pelacur, malah berhabis sebanyak 1 juta pound untuk seorang pelacur saja. 
Lelaki terbabit didakwa menghabiskan masa beberapa bulan bersama wanita Thailand yang dikenali sebagai Kookai, dengan makan angin ke London dari Cheshire dan menginap di hotel mewah serta makan di restoran terkemuka. 
Sepanjang tempoh itu, isteri Skermer, Tracym 33, yang dikahwininya selama 10 tahun serta mempunyai dua anak tidak mengetahui identiti suaminya itu. 
Malah lelaki terbabit membohongi isteri dan keluarganya dengan mengatakan beliau terpaksa bekerja luar untuk membantu polis menyiasat kes penipuan. 
Jawatannya sebagai ketua keselamatan teknologi maklumat (IT) membolehkan beliau mencuri sejumlah 2.1 juta pound dari bank tanpa dapat dikesan sepanjang lima tahun. Tetapi penipuan terbabit akhirnya terbongkar apabila kemas kini keselamatan di bank terbabit mengesan akaun palsu. 
Ketika beliau diminta menyiasat perkara itu, beliau akhirnya membuat pengakuan. 
Malah Skermer turut membelanjakan sejumlah wang untuk percutian golf mewah, tiket menyaksikan perlawanan Manchester United dan sebuah kereta pacuan empat roda berharga 35,000 pound (RM190,000). - AGENSI/Berita Harian

Khamis, 13 Mac 2014

Pegawai Trafik Udara Digantung Tugas

Seorang pegawai trafik udara di Guyana meninggalkan tugasnya dan keluar dari menara kawalan ketika pesawat hendak mendarat

Ketika itu, pesawat Boeing 737 Caribbean Airways yang membawa 100 orang penumpang akan mendarat dalam tempoh 10 minit


GEORGETOWN - Kementerian Pengangkutan Guyana melaporkan seorang pegawai trafik udara yang bertugas di menara kawalan lapangan terbang negara itu digantung tugas selepas dia meninggalkan tugasnya dan keluar dari menara kawalan ketika ada pesawat hendak mendarat. 
Dalam kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, lelaki itu dan dua pegawai lain digantung tugas sementara siasatan dijalankan. 
Seorang jurucakap berkata, dua lagi kakitangan yang digantung adalah penyelia dan rakan setugasnya yang dijadualkan mengambil alih tugas kawalan itu. 
Pegawai berkenaan dikatakan meninggalkan tugasnya kerana kecewa rakan setugasnya tidak hadir untuk menggantikannya pada Jumaat lalu. 
Ketika itu, pesawat Boeing 737 Caribbean Airways yang membawa 100 orang penumpang dilaporkan akan mendarat dalam tempoh 10 minit dan seorang pengurus terpaksa pergi ke menara kawalan untuk mengambil alih tugas berkenaan. - Agensi/myMetro

Rabu, 19 Februari 2014

Ditahan Polis Kerana Gagal Kembalikan Pita Video

Kayla Finley, 27, ditahan polis kerana gagal mengembalikan pita video filem lakonan Jane Fonda berjudul ‘Monster-in-Law’

Salah satu adegan lakonan Jane Fonda dan Jennifer Lopez dalam filem Monster-in-Law




WASHINGTON - Seorang wanita berusia 27 tahun ditahan polis semalam selepas gagal mengembalikan pita video filem lakonan Jane Fonda berjudul ‘Monster-in-Law’ yang disewanya sembilan tahun lalu di sebuah kedai video. 
Pejabat Sherif Daerah Pickens berkata, mereka tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menahan seorang wanita itu. 
Jurucakap Sherif, Timbalan Cif Creed Hashe berkata, wanita itu, Kayla Finley pada mulanya pergi ke pejabat Sherif pada petang Khamis lalu untuk membuat aduan berhubung kes rumahtangganya. 
Namun, selepas namanya ditaip ke dalam pangkalan data, terdapat satu waran tangkap terhadap dirinya yang dikeluarkan pada September 2005. 
Finley telah ditahan di dalam lokap satu malam sebelum dihadapkan ke mahkamah pada hari berikutnya yang kemudian memerintah dia membayar bon jaminan sebanyak AS$2,000 (RM6,595) sehingga kesnya disebut semula. - AFP/Kosmo!

Jumaat, 17 Januari 2014

Pegawai Tentera China Terlibat Rasuah

Bekas Leftenan Jeneral Gu Junshan dituduh terlibat rasuah. Foto: SCMP

Rumah agam milik Gu di bandar Puyang di wilayah tengah Henan. Foto: Caixin.com


BEIJING - Seorang pegawai tertinggi tentera China didakwa memiliki berpuluh rumah, patung emas dan peti minuman keras mewah dalam satu pendedahan rasuah yang jarang membabitkan pasukan tentera bersenjata di negara itu, kata laporan semalam. 
Pendedahan membabitkan bekas Leftenan Jeneral dan juga timbalan ketua logistik Tentera Pembebasan Rakyat China, Gu Junshan yang dipercayai masih dalam siasatan, ketika pemimpin China meningkatkan usaha membanteras pegawainya yang mengamalkan rasuah. 
“Ada amalan rasuah dalam tentera terutama sekali bagi sektor logistik tetapi pendedahan mengenai tentera yang menentang rasuah sering kali tidak diberikan pendedahan untuk menjaga imej tentera,” lapor akhbar Global Times, yang memetik seorang pakar anti rasuah yang enggan mendedahkan namanya. 
Gu dilaporkan memiliki berpuluh apartmen di tengah Beijing dan rumah agamnya di bandar Puyang di wilayah tengah Henan menempatkan beberapa karya seni daripada emas, lapor majalah Caixin pada Rabu selepas dua tahun menjalankan siasatan. - AFP/Berita Harian

Selasa, 10 Disember 2013

Pesan Makanan Dapat Beg Berisi Wang

Pasangan Greg dan Stacye Terry membuat pesanan sarapan di sebuah restoran makanan segera

Mereka memesan makanan segera melalui kaunter pandu lalu

Bagaimanapun pasangan itu menerima satu beg berisi wang ribuan dollar

Seorang petugas restoran secara tidak sengaja telah menyerahkan beg berkenaan kepada pasangan tersebut


NASHVILLE - Sepasang suami isteri yang memesan makanan segera melalui kaunter pandu lalu mendapat lebih daripada apa yang diingini - satu beg berisi wang. 
Menurut media wang bernilai ribuan dolar itu disiapkan untuk dihantar ke bank tetapi diletakkan dalam beg kertas yang digunakan untuk pelanggan berhampiran kaunter pesanan pagi semalam. 
Seorang petugas secara tidak sengaja menyerahkan beg berkenaan kepada pasangan Greg dan Stacye Terry yang membuat pesanan sarapan. 
Namun petugas itu menyedari kesilapan berkenaan sejurus kemudian dan mengikut pasangan terbabit ke rumah mereka yang terletak tidak jauh dari situ. 
Sementara itu Stacye berkata, suaminya terkejut apabila membuka beg kertas berkenaan dan mendapati ia dipenuhi wang. 
“Saya terfikir untuk melarikan wang itu tetapi menyedari ia tidak wajar,” katanya. 
Pasangan itu kemudian mengambil gambar wang berkenaan sebelum menyerahkannya kembali kepada pekerja restoran terbabit. - AP/myMetro

Isnin, 25 November 2013

Naib Presiden Indonesia Disoal Siasat 10 Jam

Naib Presiden Indonesia Boediono disoal siasat 10 jam oleh Suruhanjaya Pembenterasan Rasuah (KPK). Foto: Imej Google

Para pelajar universiti mengadakan protes di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pembenterasan Rasuah (KPK). Foto: JG

Pelajar universiti secara simbolik memegang kepala Sri Mulyani (mantan Menteri Kewangan) dan kepala Boediono. Foto: JG


JAKARTA - Naib Presiden Indonesia Boediono berkata, dia disoal siasat sebagai saksi oleh pegawai agensi antirasuah negara itu ekoran isu kontroversi ikat jamin bank dalam kes yang menjejaskan kredibiliti kerajaan menjelang pilihan raya tahun depan. 
Kes itu mengetengahkan ikat jamin kerajaan terhadap Bank Century bernilai Rp6.76 trilion (RM1.8 bilion) ketika krisis kewangan pada 2008. 
Jumlah keseluruhan yang dibayar bagi menyelamatkan bank berkenaan jauh lebih tinggi berbanding cadangan awal sebanyak Rp680 bilion (RM1.8 juta) dan wang jaminan didakwa disalurkan oleh individu yang berkedudukan tinggi. 
Boediono menjadi gabenor bank pusat ketika tempoh ikat jamin itu. 
Katanya, dia disoal siasat pegawai Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah selama 10 jam. 
“Tumpuan siasatan ialah mengenai kemudahan pinjaman jangka pendek. 
“Ada banyak soalan yang saja jawab sebaik mungkin, dari peringkat awal sehingga usaha menyelamat bank itu dibuat,” katanya. 
Bagaimanapun Boediono tidak memberikan butiran mengenai soal siasat itu. 
“Ia akan mengganggu proses pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang,” katanya.- AFP/myMetro

Ahad, 24 November 2013

Pegawai Penjara Jumpa Wang Tunai RM719 Ribu

Jessica Luebke menemui beg berukuran 0.6 X 0.7 meter berisi wang berjumlah AS$223,600 (RM718,985).

Jessica kemudian segera menghubungi pejabat sherif daerah Jefferson untuk memaklumkan mengenai penemuannya itu



BATON ROUGE (Louisiana) - Seorang pegawai penjara yang memandu pulang dari pejabatnya di jabatan penjara di Harvey, Louisiana terkejut apabila menemui sebuah beg berisi wang berjumlah AS$223,600 (RM718,985). 
Jessica Luebke menemui beg berukuran 0.6 X 0.7 meter itu terjatuh di susur jalan. Dengan perasaan curiga dia memberhentikan kenderaannya lalu meninjau isi di dalam beg berkenaan. 
“Saya terkejut apabila mendapati ada not kertas $20 dan $100 di dalam beg itu,” katanya. 
Jessica kemudian segera menghubungi pejabat sherif daerah Jefferson untuk memaklumkan mengenai penemuannya itu. Pihak berkuasa berkata, hasil siasatan mendapati bahawa beg berisi wang itu jatuh dari kenderaan keselamatan yang mengangkut wang dari pusat kasino di Boomtown, kira-kira lapan kilometer dari tempat ia ditemui. - Agensi/myMetro

Ahad, 27 Oktober 2013

Ahli Politik Indonesia Dituduh Guna Sihir

Penyokong gabenor wilayah Banten, Ratu Atut Chosiyah dipercayai guna ilmu hitam

Sekumpulan pelajar membacakan surah Yasin bagi melindungi penyiasat Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK)

Ratu Atut Chosiyah meninggalkan ibu pejabat Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) selepas disoal siasat

“Biar Atut dilindungi pawang, KPK dilindungi Tuhan,” kata ketua KPK Arabaham Samad (kanan)


BANTEN - Puluhan pelajar pesantren dan ulama dari seluruh Banten semalam mengunjungi ibu pejabat badan pencegah rasuah Indonesia dalam usaha untuk ‘melawan’ ilmu hitam yang dipercayai digunakan penyokong gabenor wilayah berkenaan Ratu Atut Chosiyah dan keluarganya. 
Dudung Abdurrahman, antara pelajar yang turut serta berkata, kumpulan itu membaca surah Yasin bagi melindungi Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) daripada sebarang cubaan menghalangnya menyiasat rasuah dalam dinasti politik Banten. 
“Ini usaha kami untuk memberi sokongan moral kepada KPK supaya ia tidak takut dengan sebarang perbuatan ilmu hitam,” kata Dudung. 
Khabar angin tersebar luas mengenai keluarga Ratu Atut sejak penangkapan adiknya Tubagus Chaeri Wardhana (Wawan) berhubung dakwaan penipuan dalam pilihan raya daerah Lebak. 
Ratu Atut dikatakan dilindungi oleh sekumpulan Jawara, pemimpin berpengaruh yang mahir dalam ilmu persilatan dan dukun. 
Seorang pawang Ki Gendeng Pamungkas yang mendakwa mengenali keluarga Ratu Atut berkata, penyiasat KPK yang menjalankan siasatan terhadap keluarga itu akan terkena ilmu hitam. 
“Kumpulan pawang di Banten, Sukabumi dan |Cianjur Selatan akan menyerang serentak pemimpin KPK,” kata Pamungskas seperti yang dipetik oleh portal berita Tribunenews.com. Gabenor Banten itu dituduh merasuah Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan Akil Mochtar dalam kes keputusan pilihan raya majlis perbandaran baru-baru ini. 
Sementara itu, KPK tidak menghiraukan khabar angin mengenai penggunaan ilmu hitam itu. “Biar Atut dilindungi pawang, KPK dilindungi Tuhan,” kata ketua KPK Arabaham Samad. - Agensi/myMetro

Jumaat, 11 Oktober 2013

Akauntan Sembunyikan Wang Dalam Coli

Seorang akauntan wanita di Los Angeles memasukkan wang peruntukan makan tengah hari untuk sekolah ke dalam colinya

Judith Oakes, 48, menggelapkan wang AS$3 juta (RM9.56 juta) dana makan tengah hari sekolah daerah Rialto

Judith bertugas di Jabatan ini dan dipercayai sudah menggelapkan wang sejak tujuh tahun lalu


LOS ANGELES - Seorang akauntan wanita dari Jabatan Perkhidmatan Makanan di daerah Rialto didapati memasukkan sejumlah besar wang peruntukan makan tengah hari untuk sekolah ke dalam colinya. 
Perbuatan Judith Oakes, 48, menggelapkan wang AS$3 juta (RM9.56 juta) untuk dana makan tengah hari bagi sekolah di daerah itu dirakam kamera litar tertutup CCTV. 
Judith dilantik menjadi akauntan di daerah itu sejak 16 tahun lalu. Pengurus jabatan berkenaan di Rialto, Derek Harris segera menghubungi polis apabila menyedari rakaman mengenai perbuatan kakitangannya itu pada 7 Ogos lalu. 
Judith meletakkan jawatan sehari selepas ditahan. 
Polis yang kemudian memeriksa kediamannya turut menemui wang tunai ribuan dolar dan mengesyaki Judith sudah menggelapkan wang sejak tujuh tahun lalu. 
Ketua Polis Rialto, Randy De Anda memberitahu akhbar Los Angeles Times yang Judith menyelia wang makan tengah hari untuk 29 sekolah di daerah itu. 
Judith didakwa Selasa lalu atas jenayah menggelapkan wang, menurut Inland Valley Daily Bulletin. 
Akhbar berkenaan melaporkan Judith hidup dengan mewah. Dia dan mendiang suaminya Jack Oakes memiliki kenderaan mewah, jet ski dan kenderaan padang pasir. Suami wanita terbabit mati pada 2010. - Agensi/myMetro

Jumaat, 13 September 2013

Bina Vila Atas Bumbung Kilang Di China

Pengguna internet tempatan kecoh berhubung dua buah vila yang dibina di atas bumbung sebuah bangunan kilang di China

 Kedua-dua banglo yang digelar "vila kayangan" ini hanya disokong oleh 10 buah tiang konkrit

"Vila kayangan" ini wujud sejak beberapa tahun lalu tetapi tiada dalam pelan asal pembinaan bangunan kilang ini

Sebelum ini sebuah vila di atas bumbung di Beijing dirobohkan selepas penghuni lain mengadu dinding retak dan paip rosak


DONGGUAN - Pengguna internet tempatan kecoh berhubung dua buah vila yang dibina di atas bumbung sebuah bangunan kilang di China. 
Mereka menggelarkan kediaman itu "vila kayangan" kerana kedua-dua banglo tersebut cuma disokong oleh 10 buah tiang konkrit. 
Kediaman dua tingkat itu dibina di atas bumbung bangunan kilang tiga tingkat di sini, dalam wilayah Guangdong, di tengah China. 
Media tempatan melaporkan "vila kayangan" itu wujud sejak beberapa tahun lalu tetapi tiada dalam pelan asal pembinaan bangunan kilang tersebut. 
Seorang pegawai tempatan memberitahu, kediaman megah itu adalah menyalahi undang-undang tempatan. 
"Kami akan menangani isu ini berlandaskan undang-undang," katanya tanpa mengulas lanjut. 
Masyarakat China sebelum ini digemparkan dengan kewujudan empat vila di atas bumbung yang dibina di bandar raya Zhuzhou dalam wilayah Hunan. 
Sebuah banglo berbentuk bongkah batu yng dibina di atas bumbung bangunan apartmen setinggi 26 tingkat di Beijing turut mendapat perhatian orang ramai dan media asing. - Agensi/Kosmo! Online

Khamis, 12 September 2013

Timbalan Speaker Parlimen Letak Jawatan

Nigel Evans, Timbalan Speaker Dewan Rendah Parlimen Britain meletak jawatan kerana menghadapi kes rogol dan serangan seksual

Speaker John Bercow memberi penghormatan kepada Evans semasa sidang Dewan

Evans pernah ditahan polis pada awal Mei kerana dikaitkan dengan kesalahan yang dikatakan dilakukan di Pendleton, Lancashire


LONDON - Seorang Timbalan Speaker di Dewan Rendah Parlimen Britain meletak jawatan semalam selepas pendakwa raya awam mengumumkan dia akan didakwa dengan kesalahan termasuk rogol dan serangan seksual. 
Nigel Evans, 55, seorang pembuat dasar dalam Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri, David Cameron, pada mulanya ditahan Mei lalu kerana disyaki merogol dan serangan seksual antara 2009 dan Mac tahun ini. Dia ditahan semula Jun lalu atas tiga lagi tuduhan serangan tidak senonoh, sesetengah pada 2002, dan kini bakal muncul di mahkamah 18 September ini. 
“Selepas pertimbangan dibuat kami memutuskan ada bukti mencukupi dan ia demi kepentingan awam untuk mendakwa Evans,” kata Perkhidmatan Pendakwaan Diraja dalam satu kenyataan.  
“Polis Lancashire diberi kuasa untuk mendakwa dua tuduhan serangan tidak bermoral, lima tuduhan serangan seksual dan satu tuduhan rogol, mengaitkan sejumlah tujuh mangsa.” 
Tuduhan itu membabitkan lelaki berusia awal 20 an. 
Evans kemudian mengumumkan dia melepaskan tugasnya sebagai timbalan speaker, namun menegaskan dirinya tidak bersalah. 
“Saya rasa sedih kerana kes ini tidak ditutup hari ini, saya pasti dengan dua perkara: pertama saya tidak bersalah dan kedua, ia akan dibuktikan,” katanya selepas meninggalkan balai polis Preston di barat laut England. 
Ketika dakwaan awal dibuat Evans menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan berkata ia adalah palsu, sengaja dibuat oleh dua orang yang dianggapnya sebagai ‘rakan’. - AFP/Berita Harian

Khamis, 29 Ogos 2013

Kastam AS Musnahkan Land Rover Defender

Ini ialah Land Rover Defender terpakai yang diimport ke Amerika Syarikat (AS) dari Britain

Bagaimanapun pegawai kastam mengisytiharkan kenderaan ini 'tidak layak' untuk jalan raya AS

Kenderaan Defender yang 'tidak selamat' ini kemudiannya diangkat oleh jentera JCB

Defender kemudian dicengkam oleh penyepit berkuasa tinggi

Kemudian terdengar besi remuk dan kaca pecah

Dengan serta-merta Defender mengalami susut nilai

Maka peniaga yang cuba mengimport kenderaan ini akan mengalami kerugian

Kini ia hanya besi skrap

Kastam AS mengeluarkan gambar dramatik ini untuk menghalang pengimport lain daripada cuba mengimport kenderaan ini

Impian pengimport untuk mendapat untung besar musnah bersama musnahnya Defender ini



Penyepit raksaksa mengangkat Land Rover Defender dan operator bersedia untuk memusnahkan kenderaan eksklusif itu dengan perintah kastam Amerika Syarikat (AS). 
Sejurus kemudian kedengaran bunyi logam remuk dan kaca pecah menjadikan nilai kenderaan ini kurang daripada harga asal AS$100,000 (RM319,350) kepada hanya AS$30 (RM95.80) dalam beberapa saat. 
Legenda Land Rover Defender - kegemaran Keluarga Diraja - gagal melepasi undang-undang keselamatan AS yang ketat dan telah diharamkan dari jalan raya kerana tidak mempunyai beg udara. 
Semua model berusia kurang daripada 25 tahun dari seberang Lautan Atlantik sepatutnya mempunyai ciri-ciri keselamatan. 
Hasilnya, terdapat pasaran yang lumayan bagi kenderaan buatan British, yang boleh mencecah sehingga enam kali nilai di negara itu, dan sering dijual di AS melebihi AS$100,000 (RM319,350). 
Ini telah mewujudkan pasaran gelap yang menguntungkan, dengan pengimport model ini cuba untuk menipu kastam secara haram mengubah kenderaan itu dan memberikannya plat nombor pendaftaran B. 
Tetapi eksploitasi mereka disedari oleh pegawai sempadan Pelabuhan Baltimore, yang merampas kenderaan ini sebagai 'barangan import haram dan tidak selamat'. 
Walaupun terkenal dengan kualiti tahan lasak, Land Rover tidak setanding dengan penyepit raksaksa yang sangat berkuasa . 
Hanya satu cengkaman mampu membuatkan kenderaan pacuan 4x4 itu menjadi besi skrap, dengan bangkainya dibuang di atas timbunan besi buruk. 
Kastam dan Perlindungan Sempadan (Custom and Border Protection - CBP) AS telah mengeluarkan gambar-gambar kereta British sedang dihancurkan dengan cara yang menakjubkan dalam usaha untuk memberi amaran kepada pengimport haram. 
Robert Hunt, pengurus program hal ehwal awam untuk CBP, berkata, "Land Rover Defender tidak memenuhi peraturan keselamatan jalan raya AS dan dengan itu ia perlu dimusnahkan. 
"Pengimport memanipulasi Defender untuk menjadikan ia kelihatan berusia lebih 25 tahun supaya mereka boleh mengimportnya secara sah. (Tetapi) Mereka tidak melepasinya. 
"Ia harus disita dan kerana ia telah dimanipulasi secara haram, kita tidak boleh menawarkan untuk jualan semula atau mengeksport semula dan kami terpaksa memusnahkannya. 
"Orang fikir mereka mendapat Defender 1975 tetapi mereka sebenarnya mendapat Defender 2005 yang diimport secara haram . 
"Mereka boleh menaikkan harga sehingga AS$100,000 (RM319,350) bagi kereta-kereta itu. (Tetapi) sebagai besi buruk , ia mungkin bernilai AS$30 (RM95.80) sekarang. ' 
Land Rover Defender, yang telah wujud dalam pelbagai bentuk sejak 1948, merupakan kegemaran bagi petani, angkatan tentera dan Keluarga Diraja. 
Ratu dikenali sebagai seorang peminat kereta ikonik dan telah difilemkan memandunya di sekitar ladang Balmoral. 
Land Rover mengimport kira-kira 7,000 Defender 1993-1997, tetapi terpaksa menghentikannya kerana gagal melepasi peraturan yang diperkenalkan pada tahun 1998 . 
Defender yang berusia lebih 25 tahun juga tidak dilengkapi beg udara, tetapi semua kenderaan dari zaman itu dikecualikan oleh kerajaan. - Mail Online