|
Mayat P Thangavellu Radhakrishnan, 25, dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Foto: myMetro |
|
Anggota polis sedang melakukan pemeriksaan di restoran berkenaan. Foto: myMetro |
|
P Thangavellu Radhakrishnan, 25, yang juga pemilik restoran maut akibat ditetak di kepala. Foto: myMetro |
SUBANG JAYA - Seorang pemilik restoran maut manakala tiga lagi parah selepas ditetak lapan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Batu 14, Puchong di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, P Thangavellu Radhakrishnan, 25, yang juga pemilik restoran maut akibat parah di kepala manakala tiga lelaki lain termasuk dua yang sedang menunggu burger dipesan berhampiran kawasan kejadian turut diserang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian.
“Pemeriksaan awal mendapati seorang maut manakala tiga cedera dalam kejadian serangan menggunakan senjata tajam itu. Ketiga-tiga yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Serdang,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.
Menurutnya, berdasarkan keterangan saksi, lapan lelaki menaiki dua kereta jenis Proton Waja berhenti di depan restoran mangsa sebelum meluru masuk ke dalam restoran berkenaan.
“Selepas suspek keluar dari restoran itu, mereka turut menyerang pemilik gerai burger dan dua pelanggannya yang berada berhampiran,” katanya.
Yahaya berkata, tiada senjata tajam ditemui di lokasi, namun pasukan forensik masih menjalankan siasatan.
“Sehingga kini, kita percaya kejadian bermotifkan dendam ekoran suspek menyerang mangsa dan tiada barang peribadi dilarikan suspek,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa T Paniselvam, 55, berkata, minggu lalu anak lelakinya itu pernah terbabit dalam satu pergaduhan di lokasi sama.
“Mereka bergaduh mengenai kereta dan satu laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian itu. Namun, saya terkejut sebaik mendapat berita tadi (semalam) anak saya mati diserang di dalam restorannya.
“Saya percaya anak lelaki saya itu diserang orang yang sama,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Difahamkan, mangsa menetap di Batu 18 Puchong bersama keluarga dan sudah setahun menjalankan perniagaan di restoran itu. - myMetro
Kemaskini 13.4.2013:
SUBANG JAYA - Polis mencari lapan lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang tauke kedai runcit di Batu 14, Puchong dekat sini kelmarin.
Daripada jumlah itu, dua daripadanya dikenal pasti sebagai A. Yogesvaran, 22, alamat di Puchong Perdana, Jalan Puchong dan A. Sambathan, 23, dari Kampung Pulau Meranti, Batu 18, Puchong.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, Yogesvaran dan Sambathan diminta menyerah diri di mana-mana balai polis dengan segera bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Kita syak motif pembunuhan itu ialah balas dendam berdasarkan cara pembunuhan kejam yang dilakukan ke atas mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. - Kosmo!
tolong berikan hukuman setimpal kepada penjenayah yang tidak berperikemanusiaan ini
BalasPadamhukuman gantung paling bagus...
BalasPadam