Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 3 September 2013

Curi Wang Sorok Dalam Dubur

Christie Black, 43, didakwa mencuri wang AS$5,000 (RM16,370) daripada teman lelakinya Bobby Gulley minggu lalu

Christie mengalami pendarahan teruk apabila gagal mengeluarkan wang itu menggunakan berus tandas dan penyepit


NASHVILLE - Seorang wanita terpaksa menjalani rawatan di hospital selepas cuba menyembunyikan wang tunai AS$5,000 (RM16,370) dalam duburnya dan cuba mengeluarkan wang itu dengan berus tandas dan penyepit. 
Christie Black, 43, didakwa mencuri wang itu daripada teman lelakinya Bobby Gulley minggu lalu. 
Ketika dibawa ke Hospital Hawkins Memorial, Christie mengalami pendarahan teruk apabila percubaannya mengeluarkan wang itu gagal. 
Polis mendakwanya mencuri lebih $1,000 (RM3,274). 
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Selasa lalu, polis Hawkins pergi ke kediaman Gulley selepas menerima aduan teman wanitanya mencuri wangnya. 
Gulley memaklumkan kepada Sarjan Michael Allen bahawa dia memerangkap Christie dengan meletakkan dua sampul surat berisi AS$4,000 (RM13,096) dan AS$1,000 (RM3,274) dalam plastik ubat usang yang ditinggalkan di atas meja. 
Apabila terjaga pada waktu malam Gulley mendapati beg itu hilang. Dia kemudian bersemuka dengan Christie dan bertanya kepada wanita itu mengenai wang berkenaan. 
Kerana takut Christie memuntahkan beg plastik mengandungi sebahagian pil yang sudah larut.

Dia juga mengaku meletakkan wang itu dalam bungkusan sebelum dimasukkan ke dalam duburnya. 
“Christie mengaku mengambil wang dan ubat itu kerana bimbang Gulley akan mengusirnya. Dia perlukan wang untuk mencari tempat tinggal baru,” kata Allen. 
Allen berkata, Christie kemudian cuba mengeluarkan wang itu dengan berus tandas dan penyepit tetapi gagal. 
“Dia mengalami pendarahan teruk dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Hawkins Memorial. 
“Doktor berjaya mengeluarkan wang berkenaan dan menyerahkannya kepada polis sebagai bahan bukti,” katanya. - Agensi/myMetro

Kerry Pernah Makan Bersama Bashar

Gambar menunjukkan Setiausaha Negara AS John Kerry (kiri) makan semeja dengan Bashar al-Assad (kanan) pada tahun 2009

Seorang pelayan kelihatan di sebelah mereka dengan dulang minuman hijau

Presiden Syria Bashar al-Assad bersama isterinya kelahiran British Asma al-Assad

Minggu lalu Kerry berkata Assad 'kini telah menyertai senarai Adolf Hitler dan Saddam Hussein'

Beratus orang terbunuh di Syria, termasuk wanita dan kanak-kanak akibat serangan senjata kimia 

Kerry berkata bukti penggunaan senjata kimia kini menjadi lebih kukuh dari hari ke hari bagi tindakan ketenteraan

Presiden Obama bersama Naib Presiden Biden dan Setiausaha Negara John Kerry dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara


Satu gambar yang menakjubkan menunjukkan John Kerry makan malam bersama Bashar al-Assad dengan santai dan intim telah muncul ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu mengemukakan rancangan untuk mengebom Syria dan melucutkan kuasa Assad. 
Kerry, yang menyamakan Assad dengan Adolf Hitler dan Saddam Hussein semalam, kelihatan duduk di meja kecil bersama isterinya Teresa Heinz dan Assads pada tahun 2009. 
Assad dan Kerry, ketika itu Senator Massachusetts, berhadapan di antara satu sama lain dan kelihatan berbual bersama pasangan mereka. 
Seorang pelayan kelihatan di sebelah mereka dengan dulang minuman hijau, dipercayai lemon dan pudina kisar. 
Gambar itu mungkin diambil pada bulan Februari 2009 di restoran Naranj di Damsyik, semasa Kerry mengetuai delegasi ke Syria untuk membincangkan cara mewujudkan perdamaian di rantau itu. 
Walaupun Presiden Barack Obama telah menangguhkan tindakan ketenteraan terhadap Syria dengan menunggu kelulusan Kongres dalam tempoh seminggu, Kerry tetap lantang membicarakan bahaya yang ditimbulkan oleh rejim Syria. 
Beliau berkata Assad 'kini telah menyertai senarai Adolf Hitler dan Saddam Hussein' dalam menggunakan senjata kimia terhadap rakyat sendiri. 
Kerry berkata pada hari Ahad bahawa Amerika Syarikat kini mempunyai bukti bahawa gas saraf sarin telah digunakan di Syria dan 'kes ini menjadi lebih kukuh dari hari ke hari bagi tindakan ketenteraan. 
Dalam ucapan bersemangat di Washington Jumaat lalu, beliau menggelar Assad sebagai 'samseng dan pembunuh,' dan menggesa dunia untuk bertindak. - Mail Online

Isnin, 2 September 2013

Enam Jam Menangis Di Sisi Jenazah Ayah

Mohd. Aril sedang dipujuk oleh ibu saudaranya

Foto
Mayat Mohd. Amin (ayah Mohd. Aril) dibawa ke Hospital Miri. Foto: myMetro

Foto
Sebelum itu Mohd Aril ditemui semasa duduk di sebelah jenazah bapanya, selama enam jam. Foto: myMetro


MIRI: Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun, Mohd Aril Abdullah, terselamat dalam kemalangan jalan raya di Senadin sekitar tengah malam pada hari Ahad. 
Mohd Aril ditemui semasa duduk di sebelah jenazah bapanya, selepas motosikal yang mereka naiki hilang kawalan, terbabas dan merempuh belukar berdekatan. 
Bapanya Mohd Amin @ Them, 28, yang menunggang motosikal, meninggal dunia akibat kecederaan selepas penungkat motosikal menusuk tekak dan dadanya. 
Mohd Aril ditemui oleh seorang yang melintasi tempat itu yang kebetulan merupakan rakan bapanya sekitar jam 6:00 pagi semalam, selepas duduk di sebelah jenazah bapanya selama enam jam. 
"Kanak-kanak itu menangis dan memegang kepada bapanya ketika ditemui ... dia berkata bapanya sedang tidur," kata lelaki yang menemui jenazah dan kanak-kanak lelaki itu. 
Jenazah Mohd Amin telungkup di atas motosikal Honda beliau. 
Kanak-kanak itu kini yang sedang dirawat di Hospital Miri akibat gigitan nyamuk di bahagian mukanya. 
Tangannya sejuk kerana duduk selama enam jam dalam hujan sebelum ditemui. 
"Nasib baik, cucu saya terselamat dalam kemalangan itu ..." kata Ganu Utu, 58, ketika ditemui Utusan Borneo di bilik mayat MiriHospital pagi semalam. 
Hujan lebat turun pada awal pagi. 
Mohd Amin bekerja sebagai pengendali kren di Kuala Baram. 
Menurut Ganu, Mohd Amin ada melawat mereka di rumah mereka di Kampung Merikan, Lutong pada pagi Sabtu. 
"Dia baru sahaja menerima gaji pada hari Sabtu dan melawat kami dan anaknya pagi itu ... dia memberitahu kami dia mahu membawa Aril (anaknya) untuk bersiar-siar dan membeli barangan runcit di kompleks membeli-belah E-Mart," kata Ganu. 
Ketua Polis Miri ACP Mun Kock Keong ketika dihubungi semalam mengesahkan telah menerima laporan mengenai kemalangan maut. 
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Miri untuk dibedah siasat. - Borneo Post

Masih Ada Bantahan Rampasan Kuasa Di Mesir

Penyokong Mursi berhimpun secara aman sebelum solat Jumaat di seluruh negara, semalam. Foto: Sinar Harian

Peserta protes melarikan diri sejurus pasukan keselamatan Mesir melepaskan gas pemedih mata. Foto: Sinar Harian

KAHERAH - MESIR . Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan lebih 50 cedera dalam satu pertempuran antara pasukan keselamatan dengan penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi di Kaherah, kelmarin. 
Jurucakap pegawai berkata, puluhan ribu aktivis parti Ikhwanul Muslimin bersama penyokong melakukan protes secara aman menentang tindakan kejam kerajaan sementara dan tentera sejak bulan lalu. 
"Pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan selain menahan lebih 20 peserta," katanya dipetik dari PressTV. 
Selain melaungkan slogan menentang ketua tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, penunjuk perasaan turut menggesa kerajaan sementara memulangkan kuasa pemerintahan ke tangan Mursi dan membebaskan rakan mereka. 
Setakat ini, kerajaan di bawah pengaruh tentera juga mendakwa Presiden sementara, Adly Mansour yang meletakkan jawatan sebagai dalang pergolakan. 
Lebih 2,000 ahli Ikhwanul Muslimin turut ditahan termasuk pemimpinnya, Mohamed Badie sejak 20 Ogos ini. 
Kira-kira 1,000 orang dilaporkan terbunuh sepanjang seminggu pergolakan berikutan selepas pihak berkuasa bertindak merobohkan kem protes di Kaherah pada 14 Ogos sekali gus mencetuskan kemarahan antarabangsa. - Sinar Harian

AS Tangguh Serang Syria

Presiden Obama bermesyuarat dengan para penasihat kanan di pejabatnya Oval Room, White House pada malam Jumaat lalu

Presiden Obama sedang bercakap dengan Speaker Dewan Perwakilan Kongres AS di pejabatnya pada hari Sabtu

Presiden Obama sedang membincangkan strategi di Syria dengan anggota Majlis Keselamatan Negara di Situation Room, White House

Di luar White House berlangsung tunjuk perasaan membantah serangan terhadap Syria

Lokasi yang akan menjadi sasaran serangan AS di Damsyik, Syria 
 Perbandingan kekuatan tentera antara AS dan sekutunya Francis dengan Syria



WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat Barack Obama (gambar kecil), menangguhkan rancangan untuk melancarkan serangan ke atas Syria, yang didakwa menggunakan senjata kimia, sebaliknya akan mendapatkan sokongan Kongres sebelum meneruskan niatnya. 
Keputusan Obama itu secara efektif menghentikan tindakan tentera hingga sekurang-kurangnya 9 September, apabila anggota Kongres kembali daripada cuti musim panas. 
Langkah Obama untuk mendapatkan sokongan Kongres bakal menjadi ujian terbesar terhadap kewibawaan beliau, berikutan tiada kepastian rancangannya akan disokong. 
Malah, pemerhati memberi amaran, Obama mungkin menerima nasib sama seperti Perdana Menteri Britain, David Cameron, yang gagal dalam usulnya untuk melaksanakan tindakan ketenteraan ke atas Syria di parlimen Khamis lalu. 
Obama bagaimanapun bertegas bahawa beliau berhak melancarkan serangan walau apa pun keputusan Kongres, manakala pegawai Rumah Putih berkata penangguhan itu akan membolehkan beliau mendapatkan lebih banyak sokongan. 
“Pengerusi bersama ketua angkatan tentera, sudah memaklumkan kepada saya bahawa kita bersedia untuk melancarkan serangan pada bila-bila masa. 
“Keupayaan kita melaksanakan serangan bukan bergantung kepada masa. Ia mungkin dilancarkan esok atau minggu depan, mungkin juga sebulan dari sekarang,” katanya. 
Sekurang-kurangnya lima armada perang Amerika Syarikat dilengkapi peluru berpandu Tomahawk sudah bergerak ke bahagian timur Mediterranean dan bersedia melancarkan serangan ke atas sasaran Syria. 
Pentadbiran Obama berkata, ia mempunyai maklumat perisikan bahawa rejim Syria pimpinan Presiden Bashar al-Assad melancarkan serangan kimia yang mengorbankan 1,429 orang. 
Sementara itu kerajaan Syria berkata ia sudah bersedia mempertahankan negara itu daripada sebarang ancaman Barat. 
“Tentera Syria sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi serangan dan apa juga cabaran,” kata Perdana Menteri, Wael al-Halqi. 
Ketua Pengawal Revolusi Iran, Mohammad Ali Jafari berkata, tindakan Barat akan mencetuskan reaksi balas melampaui sempadan negara sekutunya itu. 
“Jika Amerika fikir campur tangan itu hanya terhad di dalam kawasan Syria, ia adalah tidak benar kerana yang pasti kesannya akan merebak ke negara jiran,” katanya. - AFP/Berita Harian