Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 1 November 2013

Halloween Bukan Budaya Kita

Perayaan Halloween bukan berasal daripada kepercayaan agama tapi daripada budaya pagan masyarakat Barat

Penampilan: wajah dan pakaian peserta sambutan Halloween tidak senonoh

Maksiat: mendorong kepada pergaulan bebas dan seks bebas

Keliru: tidak percaya kepada hantu namun memakai kostum hantu

Sesat: memakai kostum yang menyerupai iblis semasa Halloween semalam

Malangnya perayaan ini kini sedang menular ke Malaysia


KUALA LUMPUR - Individu beragama Islam yang menyambut perayaan Halloween seperti amalan masyarakat barat menunjukkan aktiviti yang menyimpang daripada akidah. 
Penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sharul Nizam Abu Bakar berkata, sambutan itu boleh mengundang persepsi negatif dan aktiviti tidak sihat jika masyarakat Islam turut serta.  
“Dalam al-Quran ada menyebut, jika kita meniru perbuatan atau amalan kaum tertentu, kita boleh terjerumus dalam kalangan mereka. Secara jelas, amalan sambutan Halloween ini tidak mengikut syarak langsung,” katanya.  
Menurutnya, tidak sepatutnya masyarakat Islam terpedaya untuk bersama menyambut perayaan berkenaan. Malah, apa yang dibimbangkan ia boleh menggalakkan aktiviti lain seperti pesta minuman keras dan seks bebas. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.