Wartawan tempatan Jet Damazo-Santos telah memuat naik gambar ini ke Twitter beliau menunjukkan suasana kecoh |
Kelihatan dua pramugari ini tidak berkasut selepas berjaya melongsor dari pesawat |
Airbus A320-216 membawa 153 penumpang dan anak kapal dari Manila ke bandar Kalibo di selatan Manila |
MANILA - Pihak berkuasa Filipina berkata, sebuah pesawat AirAsia Zest yang membawa 59 penumpang dan anak kapal terbabas dari landasan ketika mendarat dalam cuaca buruk di Lapangan Terbang Kalibo, tengah Filipina, semalam.
Giovanni Hontomin yang bertanggungjawab terhadap operasi AirAsia Zest berkata, anak kapal melepaskan gelongsor kecemasan bagi membolehkan penumpang turun dengan selamat dari pesawat Airbus A320-200 itu, semalam.
Tiada kecederaan dilapor berlaku dan pesawat dari Manila itu dibiarkan sementara di kawasan rumput di hujung landasan berkenaan.
Bandar Kalibo terletak 350 kilometer ke selatan Manila.
Kejadian itu berlaku selepas sebuah pesawat AirAsia Indonesia terhempas di Laut Jawa Ahad lalu ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dengan membawa 162 penumpang.
Ia juga berlaku dua hari selepas sebuah lagi pesawat AirAsia Zest menghadapi masalah tayar di bandar Tagbilaran, menyebabkan penerbangan ke Manila itu dibatalkan. - Agensi/ myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.