Grossinger's Resort, salah sebuah hotel usang.di kawasan Borscht Belt di Catskill, New York |
Pemandangan di sebelah dalam bangunan hotel reput |
Ruang legar Homowack Lodge yang berwarna-warni. |
Homowock Lodge memiliki gelanggang boling sendiri. |
Kawasan tepi kolam Grossinger’s Resort. |
Kawasan dikenali sebagai Borscht Belt di Catskill, New York pernah popular satu ketika dulu sebagai tempat peranginan untuk kelas pertengahan terutama masyarakat keturunan Yahudi di kota itu.
Ketika zaman kegemilangannya, lokasi itu mempunyai lebih 600 hotel dan kem musim panas yang sering dikaitkan dengan kehidupan mewah serta glamor.
Namun kemewahannya kini hanya tinggal kenangan dan agak mengerikan walaupun masih mengekalkan kecantikan dalam kesuramannya.
Kawasan itu juga pernah dipopularkan dalam filem Dirty Dancing lakonan Patrick Swayze kerana menjadi lokasi penggambarannya.
Kebanyakan hotel paling mewah dan terkenal di kawasan berkenaan yang popular pada era 1960-an malangnya kini dibiarkan reput dan dimamah usia.
Seorang artis Marisa Scheinfeld yang membesar tidak jauh dari situ mengambil kesempatan merakamkan keindahan hotel-hotel mewah ini yang kini dipamerkan di Muzium Universiti Yeshiva sehingga April 2015.
“Pada saya bangunan-bangunan tinggal ini tetap cantik dengan caranya yang tersendiri. Walaupun runtuhannya boleh disamakan dengan kejatuhan era yang penuh kegemilangan, hakikatnya ia masih ‘hidup.’
“Walaupun tidak lagi menjadi hotel untuk golongan kaya dari pantai timur negara ini, ia tetap ‘dihuni’ pelbagai spesies haiwan serta tumbuhan. Jadi, walaupun manusia mengabaikannya, ia masih memainkan peranan penting,” katanya. - myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.