Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 12 September 2013

Anak Harimau Dan Arnab

Anak-anak harimau belang ini seolah-olah tidak tahu apa yang patut dilakukan kepada arnab

Kebolehan arnab melompat mungkin berguna untuk menyelamatkan dirinya daripada ancaman anak harimau

Arnab mengelak daripada serbuan anak harimau bintang

Namun salah seekor anak harimau bintang hanya menggigit telinga arnab

Mungkin anak harimau belang mengaum untuk menakut-nakutkan arnab

Tetapi anak harimau bermain-main pula dengan arnab dan tidak membunuhnya

Mungkin ibu harimau yang berada di sebelah pagar melilih air liur melihat arnab tetapi dua ekor anaknya tidak


Anda mungkin menyangka harimau bertindak secara agresif terhadap mangsanya sejak sedari kecil. 
Tetapi adegan menarik berlaku di Zoo Perhutanan Qingdao, wilayah Shandong di utara China. 
Penjaga zoo telah memasukkan seekor arnab ke dalam kurungan anak harimau belang dan anak harimau bintang yang berumur dua bulan. 
Mereka berharap untuk menguji sejauh mana naluri liar 'kucing besar' akan mendorong anak-anak harimau itu memburu arnab sebagai mangsa. 
Bagaimanapun, arnab dapat melepaskan diri daripada haiwan berkenaan. 
Bahkan harimau kecil itu tidak bertindak agresif terhadap arnab, walaupun saiz arnab hanya satu perempat daripada saiz anak harimau. 
Terdapat gambar foto yang menunjukkan dua ekor anak harimau bintang mengejar mangsa namun seekor daripadanya hanya menggigit telinga arnab dan tidak membunuhnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.