Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 24 April 2014

Polis Tipu Tidak Hadir Bertugas Selama Dua Tahun

Christopher Inserra menipu semasa menuntut manfaat hilang upaya

Inserra sebenarnya mengembara bersama kumpulan muzik heavy metal Cousin Sleaze dalam tempoh dua tahun


NEW YORK - Seorang bekas anggota polis New York mengaku salah terhadap tuduhan menipu apabila menuntut manfaat hilang upaya selama dua tahun sedangkan dia sebenarnya mengembara bersama kumpulan muzik heavy metal Cousin Sleaze. 
Pegawai Pendakwa Robert Nardoza berkata, Christopher Inserra, 32, yang berkhidmat selama lima tahun dengan Penguat Kuasa Pelabuhan New York dan New Jersey berdepan hukuman penjara dua tahun apabila Mahkamah Daerah Brooklyn menetapkan penghakiman pada 5 Ogos ini. 
Sepanjang tempoh Jun 2010 hingga Mac 2012, Inserra mendakwa tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai anggota polis disebabkan kecederaan pada tangan kanannya ketika bertugas yang didakwa menyukarkan pergerakan. 
Dia kemudian memfailkan permohonan mendapatkan manfaat hilang upaya selain terus menerima gaji sebanyak AS$90,000 (RM294,000) setahun. 
Rakaman video menunjukkan kumpulan heavy metal berkenaan diketuai Inserra menyanyi dengan penuh bersemangat, malah tidak langsung menunjukkan kesakitan pada tangan kanannya itu. 
Inserra yang diwakili peguam bela Michelle Gelernt diarahkan membayar semula wang berjumlah AS$30,466 (RM99,500) diterimanya sepanjang tempoh itu. 
Setakat ini dia sudah membayar balik AS$7,500 (RM24,500) daripada jumlah berkenaan. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.