|
Syarikat induk KFC berkata jualannya di China merudum akibat selesema burung |
|
Virus selesema burung telah memberi impak negatif ke atas jualan KFC |
|
Wanita memakai topeng muka berjalan di taman di Shanghai, di mana wabak Selesema Burung muncul dua minggu lalu |
|
Pegawai dari Pusat Keselamatan Makanan Hong Kong mengambil sampel darah ayam yang diimport dari tanah besar China |
|
Ayam yang dibawa masuk ke Hong Kong diperiksa dengan ketat berkuat kuasa pada Khamis |
SHANGHAI - Syarikat induk KFC berkata jualannya merudum akibat selesema burung dan ini sekaligus menunjukkan impak negatif akibat virus itu.
Yum Brands berkata, virus selesema burung telah memberi impak negatif ke atas jualan KFC tetapi tidak memberi sebarang angka atau peratusan jualan yang merudum.
Setakat sembilan orang maut di China.
Selesema burung juga mengakibatkan berpuluh-puluh yang lain dijangkiti virus H7N9.
Menurutnya, jualan KFC setakat Mac ini, mencatatkan penurunan 16 peratus.
Yum turut memiliki perniagaan francais Pizza Hut dan Taco Bell yang juga merupakan pengendali makanan terbesar di China dengan kira-kira 5,300 lokasi. - Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.