Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 13 Disember 2014

Cacing Dalam Kaki Lelaki

Seorang warga Sudan terkejut selepas mengetahui terdapat dua ekor cacing guinea di dalam kakinya

Lazimnya, cacing guinea hidup di dalam usus

Cacing guinea yang menyebabkan penyakit dracunculiasis


MELBOURNE – Seorang warga Sudan di sini terkejut selepas mengetahui terdapat dua ekor cacing guinea sepanjang satu meter di dalam kakinya sejak empat tahun yang lalu, lapor MailOnline semalam.
Lelaki berusia 38 tahun yang enggan dikenali itu hanya menyedari kejadian berkenaan selepas kakinya mula membengkak dengan teruk kira-kira setahun yang lalu.
Selepas menjalani ujian X-ray, doktor mendapati terdapat dua ekor cacing guinea yang telah mati di sekitar pergelangan kakinya.
Doktor itu, Dr. Jonathan Darby berkata, kedua-dua cacing yang telah mati itu mula mereput di dalam kaki lelaki berkenaan sehingga menyebabkan kakinya bengkak dengan teruk.
“Lazimnya, cacing hidup di dalam usus selepas larvanya memasuki ke dalam badan menerusi minuman yang tercemar. Haiwan itu akan menembusi ke dalam kulit manusia dan kemudian akan keluar melalui kesan lepuh pada kulit.
“Namun, proses itu akan mengambil masa selama bertahun-tahun. Cacing itu boleh hidup atau mati di dalam badan manusia sehingga mendatangkan kesakitan di bahagian jangkitan,” katanya.
Warga Sudan itu kini bagaimanapun semakin sembuh selepas menjalani pembedahan bagi mengeluarkan dua ekor cacing itu.
Cacing guinea yang menyebabkan penyakit dracunculiasis ditemui di Selatan Sudan, Ethiopia, Ghana dan Chad. – AGENSI/ Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.