Seorang lelaki di India mengalami gatal dalam telinga yang luar biasa kerana cengkerik ini berada dalam telinganya |
Sebaik doktor memasukkan penyepit ke dalam telinga, cengkerik itu cuba merangkak lebih dalam |
Doktor berjaya mengeluarkan cengkerik berukuran dua inci dari telinga lelaki berkenaan menggunakan penyepit |
Beginilah rupa cengkerik setelah berjaya dikeluarkan |
VILLUPURAM (India) - Seorang pesakit yang mengadu mengalami gatal luar biasa terkejut apabila mendapati seekor cengkerik hidup di dalam telinganya.
Doktor di Pusat Kajian Villupram, Tamil Nadu mengeluarkan serangga berukuran dua inci dari telinga lelaki yang dirahsiakan namanya menggunakan penyepit.
Sebaik doktor memasukkan penyepit di dalam telinga, cengkerik itu cuba merangkak lebih dalam, tetapi doktor berjaya menariknya keluar dan pesakit berkenaan dilapor selamat.
Menurut doktor, serangga berkenaan tidak boleh menyengat bahagian dalaman telinga tetapi ia boleh mengakibatkan masalah pendengaran dan keseimbangan badan. - Agensi/ myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.