Nguyen Thi Phuong, 26, (kiri) kelihatan 30 tahun lebih tua daripada suaminya, Nguyen Thanh Tuyên (kanan) |
Wajah Phuong sebelum mengambil ubat dermatitis |
Rambut dan postur badan Phuong masih seperti wanita muda |
Seorang wanita dari Vietnam berusia 26 tahun tidak menyangka ubat yang diambilnya untuk mengatasi masalah ruam, akhirnya membuatkannya kelihatan 30 tahun lebih tua.
Masalah yang dialami wanita tersebut, Nguyen Thi Phuong, bermula pada tahun 2008 apabila dia mengalami masalah ruam di muka akibat pengambilan makanan laut. Kerana itu, Nguyen mendapatkan rawatan dan diberi ubat dermatitis.
Namun selepas mengambil ubat tersebut selama seminggu, mukanya bengkak dan gatal-gatal, seterusnya berkedut seperti wanita tua.
Tiga hospital di Bandar Raya Ho Chi Minh telah menawarkan Phuong perundingan dengan pakar-pakar selepas sebuah akhbar menerbitkan gambar dan ceritanya.
Biarpun kulit Phuong seperti wanita yang sudah berusia, tetapi rambut dan postur badannya masih seperti wanita muda.
Suami Phuong, Nguyen Thanh Tuyên memberitahu isterinya seorang wanita yang sangat cantik ketika mereka berkahwin.
Biarpun bingung dengan keadaan yang menimpa Phuong, Thanh mengakui masih mencintai isterinya itu. - Mylaunchpad News
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.