PERTAMA: Lapangan Terbang Changi Singapura |
Pemandangan dalam bangunan terminal Lapangan Terbang Changi Singapura |
Lapangan Terbang Changi Singapura telah menerima anugerah Skytrax kali keempat pada tahun 2010 sejak anugerah tersebut diperkenalkan. Selain memenangi anugerah tersebut, Lapangan ini, yang mengendalikan khidmat kepada lima puluh juta penumpang pada tahun 2012, telah dinamakan sebagai Lapangan Terbang terbaik di Asia.
KEDUA: Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul, Korea Selatan |
Merupakan pemenang tahun sebelumnya, tetapi kali ini Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon jatuh ke tempat kedua. Namun, khidmat lapangan terbang utama di ibu negara Korea Selatan ini masih cekap. Selain menduduki tempat kedua lapangan terbang ini menerima anugerah Lapangan Terbang Terbaik bagi Transit pada tahun 2013.
KETIGA: Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam, Belanda |
Buat kali pertama sejak anugerah Skytrax diperkenalkankan, Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam di Belanda meningkat naik ke tempat ketiga, sebahagian besarnya disebabkan oleh proses pemindahan layan diri yang amat disenangi dan berkesan. Schiphol juga memperoleh pengiktirafan Lapangan Terbang Terbaik di Eropah dan Lapangan Terbang terbaik di Eropah Barat.
KEEMPAT: Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, China |
Pemenang tempat ketiga bagi tahun 2012, kini Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong turun ke tempat keempat dalam undian keseluruhan untuk Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2013. Namun begitu, lapangan ini kekal menjadi kegemaran di kalangan para pengundi.
KELIMA: Lapangan Terbang Antarabangsa Capital Beijing, China |
Lapangan Terbang Antarabangsa Capital Beijing mula beroperasi pada tahun 2008 dan mengendalikan trafik penumpang yang semakin meningkat setiap tahun. Namun begitu, lapangan terbang ini kekal di tempat kelima pada tahun 2012-2013, dan dianggap lapangan terbang terbaik di China.
KEENAM: Lapangan Terbang Munich, Jerman |
Lapangan Terbang Munich, Jerman dipilih sebagai lapangan terbang terbaik yang keenam bagi tahun 2013. Keistimewaan lapangan terbang ini ialah makanan yang terdapat di sini. Lapangan terbang ini juga memperoleh anugerah Lapangan Terbang Terbaik di Eropah Tengah.
KETUJUH: Lapangan Terbang Zurich, Switzerland |
Jika anda pernah mengalami kehilangan bagasi, anda akan mendapati Lapangan Terbang Zurich di Switzerland memang layak muncul sebagai pemenang dalam kategori Penghantaran Bagasi Lapangan Terbang Terbaik, selain mendapat tempat ketujuh Lapangan Terbaik bagi tahun 2013. Lapangan Terbang ini juga memperoleh Anugerah Perkhidmatan Kakitangan Lapangan Terbang Terbaik Eropah bagi tahun 2013.
KELAPAN: Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver, British Columbia, Kanada |
Menduduki tempat kelapan bagi pengundian tahun 2013, Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver adalah satu-satunya dari rantau Amerika Utara yang tersenarai sebagai Lapangan Terbang Terbaik. Beranjak dari tempat kesembilan pada tahun 2012, lapangan ini kekal menerima anugerah Lapangan Terbang Terbaik di Amerika Utara.
KESEMBILAN: Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (Haneda), Jepun |
Baru memasuki senarai Sepuluh Lapangan Terbang Terbaik, Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (Haneda) ini naik lima tangga dari kedudukan pada tahun 2012. Lapangan terbang ini mendapat tempat pertama dalam kategori Lapangan Terbang Domestik Terbaik, satu kategori baru bagi tahun 2012, dan juga mendapat anugerah Terminal Lapangan Terbang Terbaik dari segi Kebersihan.
KESEPULUH: Lapangan Terbang Heathrow London, Britain |
Di tempat kesepuluh ialah Lapangan terbang Heathrow, London. Lapangan terbang ini mendapat kedudukan dalam senarai Sepuluh Lapangan Terbang Terbaik kerana Terminal 5 yang dibuka pada tahun 2008. Terminal 5 juga memenangi anugerah Terminal Lapangan Terbang Terbaik tiga tahun berturut-turut. Seluruh lapangan terbang ini telah dibaik pulih dan memiliki status Lapangan Terbang 4 Bintang pada tahun 2012. Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.