A Yemeni student got sexually harassed by the Americans five female students in Arizona
Gambar hiasan. |
Kisah benar ini dilaporkan berlaku beberapa bulan lalu. Kisahnya mengenai lima orang pelajar perempuan di negeri Arizona, Amerika Syarikat memasuki apartmen seorang pelajar lelaki dari Yaman, bernama Essam Sharabi. Selepas masuk, para pelajar perempuan itu menutup pintu apartmen supaya Essam tidak dapat melarikan diri. Kemudian mereka menanggalkan pakaian masing-masing.
Bagaimanapun Essam bertindak melompat keluar dari tingkap bilik tidur dan segera membuat laporan di balai polis kawasan berkenaan. Polis kemudiannya menahan para pelajar perempuan berkenaan.
Selepas siasatan dijalankan, seorang pelajar perempuan memberi kenyataan bahawa pemuda itu mengalami masalah psikologi kerana menolak beberapa kali apabila diajak "dating" dengan alasan, agamanya tidak membenarkan hubungan intim dengan perempuan selain daripada isteri.
Undang-undang Arizona, melarang sebarang bentuk gangguan seksual melainkan kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengadakan hubungan.
Nabi Shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Tujuh orang yang akan dinaungi Allah pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya: seorang pemimpin yang adil; seorang pemuda yang menghabiskan masa mudanya dengan beribadah kepada Allah; seorang yang hatinya selalu terkait dengan masjid; dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah; lelaki yang diajak seorang wanita yang cantik dan terpandang untuk berzina lantas ia berkata, "sesungguhnya aku takut kepada Allah"; seorang yang menyembunyikan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya dan seorang yang berzikir kepada Allah seorang diri sehingga menitis air matanya."Hadis riwayat Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Majah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.