Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 29 September 2012

Penyebab Kolestrol

Gambar hiasan.


Satu kajian terhadap penggunaan klorin dalam air paip telah dilakukan oleh Joseph M. Price (M.D.) di Amerika Syarikat. Kajian beliau diterbitkan pada tahun 1981 dengan judul Coronaries/Cholestrol Chlorine oleh Jove Books, New York. 
Menurut beliau, klorin merupakan bahan yang sangat aktif bertindak lalas dengan lemak dan kolestrol yang menyebabkan terjadi plak berwarna kuning yang mengendap (deposited) pada permukaan arteri atau saluran darah. Endapan plak berkenaan boleh menyebabkan arteri menjadi keras. Lama-kelamaan arteri akan menjadi sempit dan pecah. Jika hal ini berlaku, seseorang itu akan terkena strok. 
Pendapat beliau itu berdasarkan hasil ujikaji menggunakan 100 ekor ayam jantan berumur 100 hari. Ayam berkenaan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan setiap kumpulan mengandungi 50 ekor ayam. Kumpulan pertama diberikan air yang mengandungi klorin berserta makanan. Manakala kumpulan kedua diberikan air tanpa klorin bersama makanan. 
Hasil ujikaji mendapati, selepas tujuh bulan, terdapat plak berwarna kuning pada arteri di bahagian abdomen ayam dalam kumpulan pertama. Tetapi tidak seekor ayam pun dalam kumpulan kedua menghidapi penyakit arteri! 
Beliau juga mendapati orang Eskimo yang tinggal di Kutub Utara tidak menghadapi masalah penyakit jantung walaupun mereka memakan makanan yang tinggi kolestrol berbanding orang lain kerana mereka minum air salji yang bebas klorin. 
Selain itu beliau juga berhujah bahawa 75 tahun sebelum klorin dimasukkan ke dalam air paip, tidak terdapat rekod penyakit jantung di Amerika Syarikat dan Kanada. Tetapi penyakit berkenaan mula dikesan tiga dekad selepas klorin dimasukkan ke dalam air pada tahun 1890! Penyakit jantung mengambil masa selama 10 hingga 20 tahun untuk menyerang seseorang.
 _______________________________________________________________________
Berdasarkan kajian berkenaan, kita perlu meminum air yang ditapis dengan menggunakan penapis air yang mampu menapis klorin atau florida yang terdapat dalam air paip. Apakah jenis penapis yang sesuai, terpulanglah kepada pilihan anda untuk menentukannya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.