Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 11 Julai 2013

Telefon Pintar Meletup Dalam Poket Seluar

Fanny Schlatter, 18, dari Switzerland melecur apabila telefon Samsung Galaxy S3 meletup dalam poketnya

Telefon Samsung S3 meletup apabila baterinya meletup. Samsung berjanji akan menyiasat kejadian ini

Akhbar berbahasa Perancis Le Matin melaporkan Schlatter sedang bertugas sebagai pelatih lukisan semasa kejadian berlaku

Letupan telefon Samsung menyebabkan seluar Schlatter terbakar dan api merebak ke bahunya

Schlatter mendakwa dia telah mengalami kecederaan di paha kanannya dan akan membuat aduan jenayah terhadap Samsung


Seorang remaja Swiss melecur, apabila telefon pintar beliau meletup dalam poket. 
Fanny Schlatter, 18, cedera apabila Samsung Galaxy S3 meletup di dalam poket seluarnya. 
Dia mendakwa telah mengalami kecederaan di paha kanannya dan berkata akan membuat aduan jenayah terhadap Samsung. 
Akhbar berbahasa Perancis Le Matin melaporkan bahawa Schlatter yang sedang bertugas sebagai pelatih lukisan semasa dia mendengar letupan yang besar. 
Beliau memberitahu akhbar itu, "Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan - seperti mercun. 
"Kemudian saya perasan bau kimia pelik dan seluar kerja saya mula terbakar." 
Pada ketika itu ketua Schlatter, Stephane Kubler, datang untuk membantu, tetapi api telah sampai ke bahunya. 
Dia bergegas ke bilik air yang terdekat dan rakan-rakannya menyimbah air sebelum memandu ke hospital. 
Schlatter menjelaskan, "Nasib baik rambut saya telah diikat dan baju panas saya tidak terbakar."
Bagaimanapun, beliau menambah bahawa beliau telah mengalami kebakaran yang teruk dan mengeluarkan bau seperti 'babi dibakar'. 
Beliau kini merancang untuk memfailkan aduan undang-undang terhadap pembuat telefon Korea itu. 
Dalam satu kenyataan, jurucakap Samsung memberitahu MailOnline, "Apabila kami mendapat produk berkenaan, kami akan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh untuk menentukan punca sebenar kejadian ini. 
"Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa kami sentiasa menjaga kawalan kualiti dan standard keselamatan yang ketat untuk memastikan pengalaman pengguna yang menyenangkan dan selamat."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.