Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 22 Julai 2013

Israel Dakwa Temui Istana Nabi Daud

Tapak yang didakwa oleh ahli-ahli arkeologi Israel sebagai peninggalan istana Raja (Nabi) Daud

Ahli arkeologi Israel juga menemui lebih 600 periuk seramik di tapak ini

Tembok yang didakwa sebagai tinggalan dinding kubu Raja Daud

Penghuni istana pada zaman dahulu dikatakan dapat melihat pemandangan indah dari tapak istana ini

Profesor Garfinkel memegang artifak hasil penggalian arkeologi yang dia anggap sebagai istana Raja Daud

Tapak yang dianggap sebagai bandar berkubu Judah, Shaarayim, tempat Daud dikatakan mengalahkan Goliat dalam kisah alkitabiah

Lokasi bandar purba Sha'arayim

BAITULMAQDIS - Ahli-ahli arkeologi Israel mendakwa mereka telah menemui istana dan bandar berkubu Judah, Shaarayim, iaitu lokasi tempat Raja (Nabi) Daud berjuang menentang Goliat (Raja Jalut) sebagaimana menurut Bible. 
Universiti Hebrew dan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel telah menenumi apa yang dianggap sebagai istana Raja Daud, berukuran 1,000 meter persegi. 
Sepanjang tujuh tahun yang lalu, pasukan itu juga telah membongkar satu gudang besar yang mengandungi periuk dan artifak yang mereka percayai sebagai bukti kewujudan seorang raja Yehuda pada abad kesepuluh Sebelum Masehi (SM). 
"Runtuhan yang ditemui adalah contoh terbaik setakat ini tentang bandar berkubu Raja Daud," kata Profesor Yossi Garfinkel dan Saar Ganor dari Universiti Hebrew. 
"Ini adalah bukti yang tidak dapat dinafikan tentang kewujudan kuasa pusat Yehuda pada zaman Raja Daud." 
Bandar Shaarayim yang disebut dalam Bible telah menjadi bandar moden Khirbet Qeiyafa, yang terletak kira-kira 30 kilometer di barat daya Baitulmaqdis. 
Para profesor berkata runtuhan yang ditemui ialah dua bangunan besar yang wujud pada zaman Raja Daud di Baitulmaqdis. 
Ahli-ahli arkeologi telah mengumpulkan ratusan artifak di tapak itu, termasuk objek agama, cap materi, tembikar dan alat-alat yang biasa digunakan pada masa itu. 
Istana terletak di tengah-tengah tapak dan lebih tinggi daripada rumah-rumah lain di bandar tersebut. 
Penghuni istana dapat melihat pemandangan indah bermula dari Laut Mediterranean di barat hingga ke Gunung Hebron dan Baitulmaqdis di timur. 
Adalah dipercayai istana itu musnah 1,400 tahun selepas dibina iaitu semasa zaman penjajahan Byzantine. 
Profesor Garfinkel dan Ganor berkata, "Istana dan bandar berkubu yang ditemui dalam beberapa tahun kebelakangan ini adalah satu lagi peringkat dalam memahami permulaan Kerajaan Yehuda."
Ahli-ahli arkeologi juga menemui sebuah bangunan besar yang digunakan sebagai pejabat pentadbiran. 
Para penyelidik itu berkata, "Di dalam bangunan ini kerajaan menyimpan hasil kutipan cukai yang diterima dalam bentuk hasil pertanian yang diperoleh daripada penduduk di kampung-kampung yang berbeza di Judah Shephelah. 
"Beratus-ratus balang besar yang ditemui di tapak ini telah dicap dengan meterai rasmi mengikut amalan Kerajaan Yehuda selama berabad-abad." 
Mereka percaya istana dan bilik stor adalah bukti pembinaan yang ditaja oleh kerajaan dan organisasi pentadbiran semasa pemerintahan Raja Daud. 
"Ini adalah bukti kukuh tentang kewujudan sebuah kerajaan, yang telah menubuhkan pusat pentadbiran di tempat-tempat strategik," kata Profesor Garfinkel dan Ganor. 
"Sehingga kini tidak ada istana yang ditemui jelas dapat dianggap wujud pada awal kurun kesepuluh SM seperti yang kita temui sekarang." 
Pihak Berkuasa Antikuiti Israel berkata ia berharap penemuan baru itu akan menjadi taman negara.  
Raja Daud menurut kepercayaan Yahudi: 
Daud adalah raja kedua Kerajaan Israel menurut Alkitab Ibrani. 
Beliau dikatakan nenek moyang kepada Jesus (Nabi Isa) dalam Injil Perjanjian Baru Matius dan Lukas. 
Beliau hidup antara tahun 1040-970 SM. 
Beliau sering digambarkan sebagai seorang raja yang soleh serta pahlawan terkenal, pemuzik, dan penyair. 
Daud disebut dalam agama Yahudi, Kristian, dan Islam. 
Beliau terkenal sebagai seorang pahlawan dalam kisah alkitabiah Daud dan Goliat (Jalut). 
Kisah pertempuran di antara Daud dan Goliat (Jalut) diceritakan dalam 1 Samuel, Bab 17. 
Dalam cerita tersebut, Goliat (Jalut), juara orang Filistin, mencabar orang Israel menghantar juara mereka untuk bertarung. 
Daud yang mendengar terdapat ganjaran untuk mana-mana lelaki yang dapat mengalahkan Goliat (Jalut) telah menyahut cabaran itu. 
Daud telah melastik batu ke muka Goliat (Jalut) menyebabkan dia itu jatuh ke tanah. 
Daud memotong kepala Goliat (Jalut) dan mencul sebagai hero.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.