Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 4 Jun 2013

Polis Rampas Telor Penyu Seludup Di Sandakan

Lelaki ini menunjukkan isyarat 'O' iaitu Telur Penyu kepada bakal pelanggan. Foto: Sabahkini

Telor penyu Sandakan khabarnya ada dijual di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan. Foto: Mazidul

PGM rampas 6,500 biji telur penyu yang cuba diseludup masuk ke daerah ini. Foto: Bernama

SANDAKAN - Polis Gerakan Marin (PGM) di sini merampas 6,500 biji telur penyu yang cuba diseludup masuk ke daerah ini dalam dua operasi berasingan pada Khamis dan Jumaat lepas. 
Penolong Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Sandakan Insp Sri Vikneswaran Renganathan berkata telur penyu tersebut diseludup dari negara jiran untuk pasaran haram di daerah ini. 
Katanya rampasan pertama dilakukan pada Khamis kira-kira pukul 4 pagi selepas pihaknya melakukan operasi di kawasan pesisir pantai Kampung Forest dekat sini dan mengesan sebuah bot pam. 
Ketika serbuan dilakukan, juragan bot tersebut melarikan diri ke dalam kawasan hutan bakau dan dalam bot tersebut ditemui 3,000 biji telur penyu, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 
Beliau berkata operasi kedua dilakukan pada hari berikutnya di kawasan tepi sungai Kampung Obar di Batu 7 dekat sini pada pukul 7 pagi. 
Menurutnya anggota PGM terserempak dengan sebuah bot dipandu laju meninggalkan kawasan itu dan hasil pemeriksaan menemui 12 plastik mengandungi 3,500 biji telur penyu. 
Sri Vineswaran berkata maklumat orang ramai telah membantu pihaknya membanteras penyeludupan telur penyu ke daerah ini. - Bernama


Tiada ulasan:

Catat Komen

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.