Schumacher cedera parah akibat kemalangan semasa bermain sukan luncur salji |
Schumacher diterbangkan ke hospital dengan menggunakan helikopter |
Hospital tempat Schumacher menjalani rawatan |
Corinna, isteri Schumacher tiba bersama Prosfesor Gerard Saillant di hospital tempat Schumacher dirawat |
Rolf Schumacher, ayah Schumacher (kiri) dan Ralf (kanan), adik Schumacher |
Foto tahun 2005, Schumacher bersama isterinya, Corinna di utara Itali |
GENEVA - Legenda Formula Satu (F1) Michael Schumacher dibenarkan keluar dari hospital di Switzerland dan meneruskan rawatan di kediamannya, hari ini.
Ini kali pertama bekas juara dunia tujuh kali itu meninggalkan hospital selepas berdepan insiden meluncur salji pada Disember tahun lalu.
Ia disahkan oleh kenyataan yang dikeluarkan keluarganya, hari ini.
"Sesi pemulihan Michael selepas ini akan dijalankan di rumahnya juga di Switzerland," kata kenyataan itu.
"Jika bersandarkan kepada kecederaan teruk yang dihadapinya, kemajuan sentiasa berjalan sejak beberapa minggu dan bulan lalu. Begitupun, perjalanannya masih sukar dan panjang," kata kenyataan itu. - AFP/ Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.