Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 5 September 2014

Wanita Menang Saman Polis

Norizan Salleh yang cedera parah dalam satu kejadian tembakan lima tahun lalu, dapat ganti rugi RM318,326. Foto: BH Online

Norizan dipeluk oleh ahli keluarganya. Foto: BH Online

Norizan dan keluarganya selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini. Foto: BH Online


KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang cedera parah dalam satu kejadian tembakan lima tahun lalu, menerima ganti rugi berjumlah RM318,326 selepas berjaya dalam tuntutan saman kecuaian terhadap anggota polis dan tiga yang lain. 
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hue Siew Kheng membuat perintah itu selepas mendapati anggota polis terbabit yang hanya dinamakan sebagai Mohd Firdaus dalam tuntutan saman itu bertanggungjawab menembak Norizan Salleh, 34, dalam kejadian pada 30 Oktober 2010. 
Siew turut memutuskan bahawa Ketua Polis Daerah Sentul, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai defendan hingga keempat bertanggungjawab secara vikarius. 
Dalam penghakimannya, Siew Kheng berkata, beliau mendapati Mohd Firdaus selaku defendan pertama dan anggota polis lain menembak ke arah kereta yang dinaiki Norizan dan bukannya ke udara bagi menghentikan kereta terbabit. 
Beliau berkata, tindakan polis memulakan tembakan adalah tidak munasabah dan kesan lubang akibat tembakan ditemui pada kereta menyokong dakwaan plaintif dalam kejadian itu. - Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.