Seorang penggemar makanan sushi nyaris maut selepas memakan makanan itu |
Lelaki yang itu berkata, dia kerap mengalami sakit perut dan gatal kulit |
Imbasan X-ray menunjukkan seluruh tubuh lelaki berkenaan dijangkiti cacing pita |
BEIJING - Seorang penggemar makanan sushi nyaris maut selepas makanan yang tercemar itu menyebabkan seluruh tubuhnya dijangkiti dengan cacing pita, lapor akhbar MailOnline semalam.
Lelaki yang enggan dikenali itu berkata, dia kerap mengalami sakit perut dan gatal kulit menyebabkan dia berjumpa dengan seorang doktor.
Bagaimanapun, dia terkejut selepas ujian imbasan X-ray menunjukkan seluruh badannya dipenuhi dengan cacing pita kerana terlalu banyak makan sejenis sushi yang dikenali sebagai sashmi.
Sashmi merupakan sejenis ikan yang dimakan tanpa dimasak.
Beberapa doktor percaya, ia berlaku disebabkan beberapa makanan Jepun yang tidak dimasak seperti ikan mentah mengakibatkan ia tercemar dengan cacing berkenaan.
Menurut doktor, jangkitan cacing pita seperti itu berlaku kerana termakan larva cacing yang kebanyakannya ditemui di dalam ikan air tawar seperti ikan salmon sebelum ia masuk ke saluran darah. - Agensi/ Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.