Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 5 September 2014

Mekanik Hasilkan Kereta Ghostbuster

Seorang mekanik membelanjakan £50,000 (RM158,972) bagi menghasilkan reflika kereta Ghostbusters

Kereta Cadillac Miller-Meteor model tahun 1960 yang diubahsuai menjadi kereta Ghostbusters

Paul Harborne, 52, berkata, dia mengambil masa selama beberapa tahun untuk mencari kereta ini

Paul bersama rakannya, Tim Jordan mengambil masa selama dua tahun lagi untuk mengubah suai kereta ini

Kereta ini dicat dengan warna putih dan mempunyai logo Ghostbusters serta beberapa peralatan menangkap hantu

Kereta asal yang digunakan dalam filem Ghostbusters


DUDLEY, Britain - Seorang mekanik mengambil masa selama dua tahun dan membelanjakan hampir £50,000 (RM158,972) bagi mengubah suai sebuah kereta klasik menjadi replika sebuah kereta yang pernah digunakan dalam filem Ghostbusters, lapor MailOnline kelmarin. 
Mekanik tersebut, Paul Harborne, 52, berkata, dia mengambil masa selama beberapa tahun untuk mencari sebuah kereta jenis Cadillac Miller-Meteor model tahun 1960 untuk digunakan dalam projek berkenaan. 
Katanya, selepas menemui kereta itu dia bersama rakannya, Tim Jordan mengambil masa selama dua tahun lagi untuk mengubah suai kereta berkenaan. 
"Saya mengecat kereta ini dengan warna putih dan meletakkan logo Ghostbusters serta memasang beberapa peralatan menangkap hantu seperti yang terdapat dalam filem itu," katanya. 
Menurutnya, dia membina replika kereta Ghostbusters tersebut kerana ia tidak pernah dilakukan oleh mana-mana individu sebelum ini. 
"Terdapat beberapa replika kereta Batmobile daripada filem Batman tetapi kereta Ghostbusters ini adalah yang pertama," ujarnya. - Agensi/ Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.