Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 14 Februari 2013

Ibu Catriona Ross Kemalangan Jalan Raya

Kereta Proton Saga BLM remuk selepas terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan Siti Zawiyah dan dua kenalannya maut di Gerik semalam.

Keadaan di bahagian hadapan bas yang dilanggar oleh kereta Proton Saga BLM. Foto: Sinar Harian

Seorang pegawai polis sedang memeriksa kereta terbabit. Foto: myMetro



GERIK - Ketika peristiwa kemalangan yang hampir meragut nyawanya pada 14 April 2007 masih belum dapat dilupakan, pelakon Catriona Ross kini terpaksa menerima hakikat kehilangan ibunya selepas warga emas tersebut maut dalam nahas semalam. 
Kejadian pada pukul 12.40 tengah malam di Kilometer 61.8, Lebuh Raya Timur-Barat berhampiran Perhentian Titiwangsa dekat sini itu mengakibatkan Siti Zawiyah Ab. Rahman, 63, meninggal dunia di tempat kejadian. 
Turut maut dalam kejadian itu ialah dua kenalannya, Norini Abd. Ghani, 52, dan Sitah Abdullah, 42. Pemandu kereta Proton Saga BLM, Mustapa Che Su, 59, pula parah dan kini dirawat di Hospital Taiping dekat sini. 
Kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan untuk ke rumah kenalan mereka di Kepala Batas, Pulau Pinang. 
Difahamkan selepas itu, kesemua mangsa bercadang untuk menyampaikan sumbangan kepada Madrasah Zabaydiah, Merbok, Kedah namun hasrat itu tidak tercapai. 
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Manab Baharom berkata, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Mustapa telah bertembung dengan sebuah bas di laluan bertentangan ketika hendak memotong beberapa kenderaan di hadapannya. 
"Ekoran itu, kereta tersebut telah terbabas ke dalam longkang. Tempat kejadian terletak tidak jauh dari Hutan Belum dan berkabus," katanya. 
Tambahnya, pemandu dan 29 penumpang bas berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, Terengganu tidak cedera. 
Menurut Manab, mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Gerik dekat sini. 
Sebelum ini, Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, yang membintangi beberapa filem dan drama seperti Qabil Khushry Qabil Igam, Cermin, Rafflesia dan Sephia pernah terlibat dalam kemalangan ngeri yang mengakibatkan kedua-dua belah tangan dan kakinya patah pada 14 April 2007. 
Kemalangan di Kilometer 230.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Rembau, Negeri Sembilan itu berlaku selepas kenderaan Chevrolet yang dipandu rakannya, Jeniffer Govia ke arah Ayer Keroh, Melaka dirempuh sebuah treler. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.