Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 3 Januari 2013

Mubarak Tonton Secara Langsung Kekejamannya

Bekas Presiden Mesir, Husni Mubarak. Foto: AFP


KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Husni Mubarak dikhabarkan menonton tindakan kekerasan pasukan keselamatannya terhadap penunjuk perasaan melalui tayangan tv. 
Laporan tersebut diperolehi oleh satu pasukan penyiasat yang menyiasat polisi Mubarak ketika gelombang Arab Spring masuk ke Mesir. Mubarak ketika ini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana didakwa bertanggung jawab terhadap kematian 900 penunjuk perasaan tersebut.

Dalam perbicaraan mahkamah sebelum ini, Mubarak mendakwa dia tidak tahu-menahu tentang tindakan kekerasan yang dilakukan oleh pasukannya. Mubarak mendakwa, maklumat tersebut disembunyikan oleh para pegawai bawahannya selama protes itu berlaku.

Bagaimanapun, penemuan pasukan penyiasat mendedahkan hal yang sebaliknya. Pasukan tersebut mendakwa, Kerajaan Mesir ketika itu memasang kamera di sekitar Dataran Tahrir dan di lokasi-lokasi protes yang lainnya. Tayangan dari kamera tersebut kemudian dihantar secara langsung ke tv yang ada di bilik Mubarak.

Hal tersebut membolehkan Mubarak melihat tindakan kekerasan pasukan keselamatan secara langsung dan tidak memerlukan laporan dari pegawai bawahannya. Fakta baru itu memungkinkan Mubarak dibicarakan semula untuk dikenakan hukuman yang lebih berat.

Pasukan penyiasat berkenaan dibentuk oleh Presiden Mesir, Mohamed Morsi. Presiden itu bercadang mendedahkan perbuatan korupsi dan polisi Mubarak yang zalim agar dapat memberikan hukuman yang lebih berat lagi kepada bekas diktator itu. Morsi yang berasal dari pergerakan Ikhwanul Muslimin seringkali menghadapi polisi yang zalim ketika Mubarak memerintah Mesir.


Rabu, 2 Januari 2013

Pasukan Israel Menyamar Peniaga Sayur

Pertempuran di Tamoun. Foto: AP


TAMOUN - Pasukan Israel melakukan serangan dan menangkap warga Palestin di wilayah utara Tebing Barat dengan menyamar sebagai peniaga sayur-sayuran, namun  penyamaran mereka disedari oleh penduduk tempatan.
Para suspek ditangkap secara kekerasan menyebabkan penduduk tempatan merasa marah.

Peristiwa itu berlaku pada pagi Selasa, bermula dengan seorang tentera Israel yang menyamar sebagai peniaga sayur-sayuran menangkap seorang penduduk Palestin. 
Pasukan Israel yang lain kemudiannya memasuki bandar tersebut dan penduduk tempatan menyambut mereka dengan lemparan batu.

Pasukan Israel membalas dengan gas pemedih mata dan menembak peluru getah dan peluru tajam ke arah penduduk tempatan. Para pemuda Palestin kemudian mengusir pasukan Israel dengan membentuk halangan menggunakan kenderaan-kenderaan yang dibakar.

Menurut penduduk bandar Tamoun, 10 orang penduduk Palestin cedera terkena peluru tajam. Para mangsa yang cedera adalah suspek yang tergabung dalam kumpulan Jihad Islam Palestin. Bagaimanapun, nama-nama penduduk Palestin yang ditangkap Israel belum dikeluarkan hingga kini.

Media Israel melaporkan, beberapa anggota pasukan negara Yahudi itu cedera akibat lemparan batu penduduk Palestin. Selain membaling batu, para penduduk Palestin juga melempar bom molotov ke arah pasukan Israel. - Associated Press


Israel Bimbang Hamas Rampas Kuasa Palestin

Abbas dan Netanyahu. Foto: AP


TEL AVIV - Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mendakwa, kumpulan Hamas di Semenanjung Gaza boleh menggulingkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Tebing Barat jika Israel dan Palestin berdamai.

Netanyahu memetik ayat dalam Kitab Taurat yang menyebut, "Timbul Raja Baru di Mesir." Netanyahu mengaitkan ayat itu dengan kebangkitan pemerintahan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan penentangan rejim Syria. Menurut beliau, peristiwa itu juga boleh berlaku di Ramallah (Tebing Barat).

"Semua orang tahu bahawa Hamas boleh merebut Pihak Berkuasa Palestin. Ini boleh berlaku selepas atau sebelum perjanjian perdamaian ditandatangani. Sama halnya dengan apa yang berlaku di Gaza," ujar Netanyahu.

"Namun, saya rasa proses diplomatik harus terus dijaga secara bertanggung jawab dan tidak perlu dilakukan dengan tergesa-gesa," jelasnya.

Netanyahu membuat kenyataan itu setelah Presiden Shimon Peres menyarankan Israel dan Palestin meneruskan dialog. Peres berpendapat, dialog Israel dan Hamas bukanlah suatu kesalahan, jika dialog itu membentuk penyelesaian yang baik.

Jawatan Presiden Israel adalah jawatan simbolik manakala pemegang kekuasaan yang sebenarnya adalah perdana menteri. Oleh sebab itu, Netanyahu mempunyai peranan yang besar dalam dialog Israel dan Palestin.

Minggu lalu, Presiden Mahmud Abbas membangkitkan isu pembubaran Pihak Berkuasa Palestin kerana Abbas merasa  mekanisme diplomasi dengan Israel akan gagal selepas Pilihan Raya Israel 2013.

Abbas dengan lantang mengancam akan membubarkan Palestin dan menyerahkannya kepada Kerajaan Israel. 
Bagaimanapun kenyataan Abbas itu segera direspon oleh seorang pegawai Hamas yang menyarankan agar Abbas menyerahkan kawalan Tepi Barat kepada Hamas, bukan kepada Israel. Hamas yakin, penyerahan kekuasaan di Tepi Barat kepada Hamas adalah mekanisme yang terbaik. - AFP


Selasa, 1 Januari 2013

Hillary Clinton Sambut Tahun Baru Di Hospital

Hillary Clinton. Foto: Treehunger


WASHINGTON - Laporan perubatan menyebutkan, penggumpalan darah yang dialami Setiausaha Negara  Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton terletak di bahagian kepala. Walau bagaimanapun, Clinton tidak mengalami kerosakan otak atau stroke.

Doktor yang merawat Clinton menjelaskan, terdapat penggumpalan darah di antara otak dan telinga kanan Clinton. Darah itu tidak dapat mengalir dalam otak Clinton.

Seorang pakar neurologi, Dr. Larry Goldstein berpendapat, setelah Clinton mengalami gegaran otak, darah itu membeku di permukaan otak. Clinton nampaknya akan menghabiskan malam tahun baru di hospital dan tidak dapat menyertai pesta tahun baru.

Anak perempuan Clinton, Chelsea, menjadi orang pertama yang melawat ibunya di Hospital Presbyterian New York. Chelsea kelihatan risau ketika meninggalkan rumah sakit dan enggan bercakap kepada para wartawan yang menunggu di hospital berkenaan.

Sebelum itu, media The National Enquirer melaporkan, Clinton menghidapi kanser otak. Mantan Wanita Pertama AS itu telah menjalani pemeriksaan perubatan untuk mengesahkan penyakit itu.

Namun jurucakap Parti Demokrat AS menepis dakwaan itu. Jurucakap tersebut menegaskan, Clinton sedang menjalani proses penyembuhan setelah terjatuh dan mengalami gegaran otak. - Associated Press

Filipina Henti Siasat Marcos

Marcos di samping Ronald Reagan. Foto: Telegraph


MANILA - Kerajaan Filipina secara rasmi menghentikan penyiasatan rasuah terhadap bekas presiden yang terkenal korup, Ferdinand Marcos. Marcos memerintah Filipina selama 21 tahun sebelum dijatuhkan pada tahun 1986 melalui gerakan People Power.

Penamatan penyiasatan tersebut disebabkan oleh kekurangan dana akibat polisi penjimatan Presiden Filipina Benigno Aquino. Manakala sebahagian pihak menyebut, penamatan penyiasatan dilakukan kerana keluarga Marcos berjaya kembali meningkatkan pengaruh mereka dalam politik Filipina.

"Sekarang, penyiasatan ini tidak akan menguntungkan rakyat Filipina. Untuk meneruskan penyiasatan, kita memerlukan banyak dana," ujar Andres Bautista, ketua suruhanjaya siasatan rasuah Marcos.

"Selama 26 tahun penyiasatan ini dijalankan, hanya sedikit hasil yang diperolehi. Keadaan menjadi semakin sukar selepas keluarga Marcos kembali berkuasa," tambah Bautista.

Sejak penyiasatan terhadap kes rasuah Marcos dilakukan, belum ada keluaraga ataupun kroni Marcos yang berjaya dimasukkan ke dalam penjara. Kebanyakan mereka mengupah peguam yang berpengaruh di Filipina untuk menghalang proses pengadilan.

Pada masa ini anak lelaki Ferdinand Marcos, Jose Marcos, telah terpilih sebagai anggota Senat Filipina. Beliau juga merancang untuk bertanding dalam pilihan raya presiden yang akan diadakan pada tahun 2016. Manakala isteri Marcos, Imelda ketika ini merupakan ahli Majlis Rendah Filipina.

Suruhanjaya penyiasatan yang dipimpin oleh Bautista juga terlibat dengan skandal. Banyak pihak menuduh anggota suruhanjaya tersebut menyalahgunakan dana yang mereka perolehi. Suruhanjaya itu dianggap kurang cekap mengumpulkan bukti-bukti sehingga banyak kes rasuah yang dilakukan rejim Marcos tidak dapat diajukan ke mahkamah.