Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 3 Februari 2014

16 Mangsa Korban Terbaru Gunung Berapi Sinabung

Seramai 16 orang disahkan mati apabila gunung berapi Sinabung menghamburkan batu dan debu setinggi 2,000 meter

Gunung berapi Sinabung mula aktif meletus sejak November tahun lalu

Pasukan penyelamat yang dilengkapi gergaji berantai dan peralatan oksigen meredah kawasan bencana

Mayat mangsa korban gunung berapi Sinabung yang ditemui pasukan penyelamat sebelum ini

Penduduk berdekatan kawasan bencana bertempiaran lari ke tempat selamat

Pemandangan menggerunkan di kawasan bencana

Pemandangan indah sebelum gunung berapi Sinabung aktif memuntahkan debunya


GUNUNG SINABUNG - Bilangan kematian akibat Gunung Sinabung di Sumatera yang aktif sejak empat bulan lalu kini meningkat kepada 16 orang semalam. 
Bilangan itu meningkat setelah anggota-anggota penyelamat menemui lebih banyak mayat yang mati akibat terkena debu panas. 
Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, anggota-anggota penyelamat menemui 14 mayat dan tiga orang yang cedera akibat melecur. 
Antara mangsa yang terbunuh ialah seorang wartawan televisyen tempatan dan empat orang pelajar serta seorang guru mereka yang melawat gunung tersebut kelmarin. 
Mereka melawat gunung itu dengan tujuan untuk menyaksikan letusan tersebut dari jarak dekat. 
Seorang lagi mangsa yang merupakan pelajar kolej berumur 24 tahun mati di unit rawatan rapi sebuah hospital selepas badannya melecur. 
Gunung itu meletus kelmarin sehari selepas pihak berkuasa membenarkan ribuan penduduk kampung kembali ke rumah masing-masing. 
Kebenaran itu diberikan selepas aktiviti di gunung tersebut semakin berkurangan dan tidak mengancam nyawa manusia. 
Usaha-usaha menyelamat disambung semula semalam. 
Dalam operasi menyelamat itu, beberapa anggota penyelamat menemui satu mayat di lokasi yang terletak tiga kilometer dari puncak gunung tersebut. 
Gunung yang setinggi 2,600 meter itu meletus sejak November tahun lalu. - Agensi/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.