Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 2 Januari 2013

Israel Bimbang Hamas Rampas Kuasa Palestin

Abbas dan Netanyahu. Foto: AP


TEL AVIV - Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mendakwa, kumpulan Hamas di Semenanjung Gaza boleh menggulingkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Tebing Barat jika Israel dan Palestin berdamai.

Netanyahu memetik ayat dalam Kitab Taurat yang menyebut, "Timbul Raja Baru di Mesir." Netanyahu mengaitkan ayat itu dengan kebangkitan pemerintahan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan penentangan rejim Syria. Menurut beliau, peristiwa itu juga boleh berlaku di Ramallah (Tebing Barat).

"Semua orang tahu bahawa Hamas boleh merebut Pihak Berkuasa Palestin. Ini boleh berlaku selepas atau sebelum perjanjian perdamaian ditandatangani. Sama halnya dengan apa yang berlaku di Gaza," ujar Netanyahu.

"Namun, saya rasa proses diplomatik harus terus dijaga secara bertanggung jawab dan tidak perlu dilakukan dengan tergesa-gesa," jelasnya.

Netanyahu membuat kenyataan itu setelah Presiden Shimon Peres menyarankan Israel dan Palestin meneruskan dialog. Peres berpendapat, dialog Israel dan Hamas bukanlah suatu kesalahan, jika dialog itu membentuk penyelesaian yang baik.

Jawatan Presiden Israel adalah jawatan simbolik manakala pemegang kekuasaan yang sebenarnya adalah perdana menteri. Oleh sebab itu, Netanyahu mempunyai peranan yang besar dalam dialog Israel dan Palestin.

Minggu lalu, Presiden Mahmud Abbas membangkitkan isu pembubaran Pihak Berkuasa Palestin kerana Abbas merasa  mekanisme diplomasi dengan Israel akan gagal selepas Pilihan Raya Israel 2013.

Abbas dengan lantang mengancam akan membubarkan Palestin dan menyerahkannya kepada Kerajaan Israel. 
Bagaimanapun kenyataan Abbas itu segera direspon oleh seorang pegawai Hamas yang menyarankan agar Abbas menyerahkan kawalan Tepi Barat kepada Hamas, bukan kepada Israel. Hamas yakin, penyerahan kekuasaan di Tepi Barat kepada Hamas adalah mekanisme yang terbaik. - AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.