Aplikasi WeChat disediakan firma China Tencent. Penggunaan telefon bimbit berlebihan boleh merosakkan retina. Foto: Bloomberg |
Seorang doktor memeriksa mata seorang gadis dari Tibet pada 27 Mac lalu. Foto: CNS) |
QINGDAO (China) - Seorang lelaki mengalami masalah penglihatan selepas menghabiskan masa terlalu lama menghantar pesanan ringkas telefon bimbit dalam gelap.
Lelaki tidak dikenali berusia 26 tahun itu mendakwa, dia mula melihat ‘cahaya’ depan matanya selepas beberapa jam menggunakan WeChat.
Sumber berkata, lelaki terbabit tidak henti-henti menggunakan telefon pintarnya di mana saja dia berada, sama ada di pejabat, di atas katil dan dalam gelap.
Bimbang dengan apa yang berlaku, dia mendapatkan rawatan doktor.
Malangnya, ia terlambat kerana doktor mengesahkan retina kirinya terpisah sepenuhnya.
Lelaki itu menjalani pembedahan kecemasan dan mungkin bernasib baik jika penglihatannya kembali pulih.
Pakar mata Yu Bin berkata, walaupun kes itu dianggap ekstrem. Dia juga berkata, pemisahan retina kerap berlaku dalam dalam kalangan orang lebih tua.
“Bagaimanapun umur purata pesakit berubah kerana aktiviti melampau telefon berkenaan dipelopori orang lebih muda,” katanya. - Agensi/myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.