Gambar yang dirakam Collins menunjukkan satu objek berleher panjang sedang berenang di Tasik Loch Ness. |
Foto yang dirakan oleh penyiasat paranormal antarabangsa, Jonathon Bright tiga tahun lalu |
Foto yang dirakam oleh satelit pada tahun 2013 menunjukkan makhluk misteri sedang berenang di Tasik Loch Ness |
Foto yang dirakam oleh Christian Spurling pada tahun 1934 ini membuatkan misteri Loch Ness terkenal |
LEWISTON, Scotland – Seorang lelaki di sini mendakwa berjaya merakamkan video dan gambar satu objek yang dipercayai seekor raksasa misteri yang mendiami Tasik Loch Ness berhampiran Drumnadrochit dekat sini.
Lelaki tersebut, Richard Collis, 58, berkata, dia melihat satu objek pelik sedang berenang di permukaan tasik berkenaan ketika sedang memandu berhampiran kawasan itu pada minggu lalu.
“Saya melihat seperti ada seekor haiwan berleher panjang sedang berenang di permukaan tasik dan saya terus mengambil telefon bimbit untuk merakamkan gambar serta video.
“Saya yakin objek berkenaan adalah raksasa yang mendiami tasik ini sejak beratus-ratus tahun lalu,” katanya.
Tasik tersebut terkenal dengan legenda raksasa Loch Ness selepas seorang lelaki, Christian Spurling merakamkan gambar objek menyerupai seekor raksasa berleher panjang sedang berenang pada tahun 1934.
Sejak itu beberapa individu juga mengaku berjaya merakamkan imej raksasa misteri tersebut di tasik berkenaan. – Agensi/ Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.