Sebuah bas yang sarat dengan penumpang bertembung dengan lori barang di selatan Pakistan |
Nahas ini menyebabkan 56 penumpang bas maut |
Kemalangan berlaku berhampiran Bandaraya Khairpur, 450 kilometer di utara Karachi |
Lebih 9,000 kemalangan jalan raya berlaku setiap tahun menurut Biro Perangkaan Pakistan |
Bas yang membawa 70 penumpang bertembung dengan lori menyebabkan tangki bahan api meletup |
Seorang lelaki yang cedera dalam kemalangan bas itu menerima rawatan di sebuah hospital di Khairpur |
KARACHI - Sekurang-kurangnya 56 orang maut apabila sebuah bas bertembung dengan lori barang di selatan Pakistan.
Kemalangan berlaku berhampiran Bandaraya Khairpur, 450 kilometer di utara Karachi.
"Bas ke Karachi dari bandar Swat masuk ke jalan bertentangan dan bertembung dengan lori barang, mengakibatkan 56 penumpangnya maut," kata pegawai polis tempatan, Nasir Aftab.
Katanya, 18 penumpang cedera dalam kejadian itu dan menambah daripada jumlah yang maut itu, 17 adalah wanita manakala 18 kanak-kanak.
Doktor di hospital awam Khaipur berkata, tiga mangsa yang cedera kini dalam keadaan kritikal. - AFP/ Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.