SEBAHAGIAN daripada kumpulan pertama tetamu kenduri di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada Ahad menceduk lauk sebelum menyedari sajian yang dihidangkan sudah basi. Foto: Kosmo!
|
GEORGE TOWN - Pemilik sebuah syarikat perancang perkahwinan di sini memohon maaf dan bersedia membayar ganti rugi berikutan peristiwa memalukan pada majlis kenduri sepasang pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang dekat sini Ahad lalu yang berakhir dengan lauk-pauk menjadi basi manakala nasi yang ditanak pula mentah.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 25, berkata, kejadian itu memang mengejutkan kerana ia kejadian pertama selepas 20 tahun keluarganya menerima tempahan memasak sajian kenduri di negeri ini.
Menurutnya, lauk dalca, daging masak hitam serta ayam masak merah itu mula dimasak pada pukul 6 pagi di rumah keluarganya di Batu Feringghi.
Kata Nor, semua bahan mentah dibeli sehari sebelum kenduri bagi memastikan kesegaran manakala susu cair pula digunakan untuk menggantikan santan agar masakan seperti ayam dan daging lebih tahan lama.
"Saya tidak sangka semua ini boleh berlaku. Lauk-pauk yang siap dimasak juga terlebih dahulu dicuba sendiri oleh tukang masak sebelum dihantar ke tempat kenduri yang hanya 10 minit dari rumah.
"Kami minta maaf sebab benda sudah nak terjadi dan sekiranya mereka mahu tuntut ganti rugi kami akan bayar semula semua lauk yang basi," katanya ketika ditemui di sini semalam.
_______________________________________________________________________
Sebagai orang lama, saya tidak terkejut dengan kejadian seperti ini, kerana biasa berlaku pada tahun 1960-an - 1970-an, di sesetengah tempat di alam Melayu ini.
Pada waktu itu, kenduri kahwin diadakan di rumah pengantin dan kerja memasak makanan dilakukan oleh ahli keluarga dan sanak saudara pengantin.
Yang selalu berlaku, kadang-kadang, beras yang ditanak tak masak-masak walaupun kayu api sudah banyak diguna. Lauk pauk yang baru siap dimasak juga jadi berbau dan basi bila dihidangkan kepada para tetamu.
Paling tak seronok, apabila para jemputan yang makan kenduri kahwin, sakit perut dan berak-berak bila balik ke rumah!
Namun itu dulu! Zaman belum ada internet dan belum ada blog.
Tapi tak sangka pula kejadian seperti ini boleh berlaku pada zaman milinium, ketika kenduri kahwin sudah diswastakan, persandingan diadakan di dewan orang ramai dan jamuan makan disediakan oleh katering.
Pihak katering pula bukan baru, sudah 20 tahun terlibat dengan penyajian makanan untuk kenduri kahwin.
Mungkin ada yang tak kena di mana-mana... Hanya kepada Allah kita memohon petunjuk dan memohoon perlindungan... Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.