Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 23 Disember 2012

Bila Pemilikan Senjata Api Tidak Dikawal










PHILADELPHIA - Seorang lelaki bersenjata dilaporkan menembak mati tiga individu di kawasan luar bandar di barat Pennsylvania semalam. 
Media tempatan melaporkan, seorang daripada mangsa berada di gereja dan sedang membuat persiapan menjelang sambutan Hari Natal pada Selasa ini. 
Seramai tiga anggota pihak berkuasa juga dilaporkan cedera dalam insiden berbalas tembakan dengan suspek yang identitinya tidak didedahkan di Frankstown Township di timur Pittsburgh. 
Bagaimanapun, lelaki bersenjata itu terbunuh semasa dia cuba untuk melarikan diri dengan lori pikap. 
Kejadian di Pennsylvania tersebut berlaku kira-kira seminggu selepas insiden tembakan menggemparkan yang meragut nyawa 20 kanak-kanak dan enam dewasa di sebuah sekolah rendah di Newtown, Connecticut. 
Suspek kejadian itu, Adam Lanza, 20, yang menembak mati dirinya dilaporkan turut membunuh ibunya sebelum insiden amuk tersebut. - Reuters

Kiamat Tahun 2040 Tak Jadi

Gambaran artis tentang komet menghentam bumi.

Kajian terbaru menunjukkan asteroid yang dikatakan menuju ke arah bumi sebenarnya tidak akan melanggar bumi pada tahun 2040.

Kalau asteroid melanggar bumi, letupan yang terhasil akan beribu-ribu kali lebih kuat daripada bom atom.

Kajian terhadap putaran asteroid untuk hari musim panas ini yang dijalankan di Hawaii.
_________________________________________________________________________________


Bimbang betul mereka nih bumi akan musnah!
bukankah bumi ini ada yang menjaganya:

"Allah tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemulian-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya)" Ayat 255, Surah al-Baqarah / Ayat Kursi.

Kalau bumi ini tak ada yang menjaganya
dah lama bumi ini musnah binasa.


Sabtu, 22 Disember 2012

Tarikh Baru Hari Kiamat

 Tiga wanita berpakaian seperti alien di Bugarach semalam.

Dua orang pemuja kiamat bergambar jam 11.11 semalam. Di belakang mereka gunung mistik 'syurga selamat' Bugarach.

Akhir era Maya menandakan berakhirnya kitaran 5200 tahun solar. Pemandangan di Kuil Gran Jaguar, Guatemala.

Pelajar di Taichung, selatan Taiwan, melompat untuk kegembiraan kerana mereka masih hidup.

Lauro Gonzales melakukan 'doa untuk akhir' di Manila, Filipina.

Pemandangan di Stonehenge, England.

Reverend Billy meraikan berakhirnya dunia di Times Square, New York.

Tarikh baru kiamat kononnya ialah pada 1 January 2017, kata pengikut The Sword of God Brotherhood. 
Mereka percaya 'Nabi Gabriel' akan datang pada tarikh itu kepada mereka dan hanya ahli kumpulan mereka sahaja yang akan selamat, manakala orang lain akan binasa dalam 'neraka'. 
Namun ahli teologi Ian Gurny meramalkan, hari kiamat kononnya pada tahun 2023. 
Satu lagi ramalan mengatakan kononnya dunia akan kiamat kira-kira 4,500,000,000 Masihi, apabila matahari mengembang menjadi bintang gergasi, menyelubungi Utarid, Zuhrah, Bumi dan mungkin Marikh.


Beza Nasib Thatcher Berbanding Mahathir

Ingat lagi wanita ini? Ya, Margaret Thatcher, PM British 1979-1990. Beliau dimasukkan ke hospital dan selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pundi kencing semalam. Namun beliau terpaksa tinggal di hospital Krismas tahun ini. Tokoh yang digelar wanita besi ini sebenarnya sebaya dengan Mahathir Mohamed (87 tahun), bekas PM Malaysia. Kedua-duanya menjadi PM pun pada zaman yang sama. 

Namun nasib Thatcher kurang baik kerana terus tenggelam selepas bersara dan jarang kelihatan di khalayak ramai. Dia juga diserang minor stroke pada tahun 2002. Sedangkan Mahathir masih sihat serta masih aktif bercakap tentang politik Malaysia dan dunia, seolah-olah beliau masih PM Malaysia. Kedua-duanya mungkin mempunyai persamaan iaitu Thatcher kehilangan ingatan jangka pendek kerana serangan minor stroke, manakala Mahathir kehilangan ingatan sehingga beliau lupa yang beliau telah bersara dari politik. Bagaimanapun, Mahathir lebih bernasib baik kerana isterinya masih hidup dan anak-anaknya yang ramai dan masih di sisinya. Sedangkan Thatcher telah kematian suami dan kedua-dua anaknya kini tinggal di luar negara. Gambar di atas, Margaret di samping anak lelakinya, Mark dan menantunya, Sarah. 

Mahathir ceria merayakan hari jadi ke 87 tahun baru-baru ini bersama artis terkenal Bollywood yang diundang khas. Berbeza dengan Thatcher yang nampak murung dalam gambar di atas.

Jumaat, 21 Disember 2012

Kerabat Diraja Yang Suka Hidup Mewah

Bilionair Putera Alwaleed bin Talal al-Saud mengarahkan Airbus A380 diubahsuai tiga tahun lalu.  Gambaran artis apabila jet superjumbo siap diubahsuai dengan kos £300 juta.

Beliau sudah memiliki Boeng 747 yang diubahsuai, Airbus 231 dan kapal layar mewah yang dipaparkan dalam filem James Bond.

Bilik lembaga pengarah di pesawat ini mempunyai meja yang berfungsi sebagai skrin sentuh gergasi.

Tangga berpusing mengelilingi lif yang bergerak tiga tingkat dan juga turun ke landasan untuk bertindak sebagai pintu masuk peribadi putera. 

Jet mewah ini akan dilengkapi empat suite mewah serta bilik solat dengan tikar elektronik yang secara automatik beralih menghadap ke Mekah.

Bilik ini membolehkan tetamu melihat melalui skrin gergasi di atas lantai pemandangan di sekitar penerbangan.

Airbus A380 adalah pesawat terbesar di dunia dan telah direka untuk membawa lebih 600 penumpang. Kos asas adalah £ 135 juta tetapi pesawat Putera Alwaleed dijangka lebih £ 300 juta. 

Inilah wajah kerabat diraja itu. Putera Alwaleed bin Talal adalah lelaki terkaya di rantau Arab.