Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 22 Disember 2012

Beza Nasib Thatcher Berbanding Mahathir

Ingat lagi wanita ini? Ya, Margaret Thatcher, PM British 1979-1990. Beliau dimasukkan ke hospital dan selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pundi kencing semalam. Namun beliau terpaksa tinggal di hospital Krismas tahun ini. Tokoh yang digelar wanita besi ini sebenarnya sebaya dengan Mahathir Mohamed (87 tahun), bekas PM Malaysia. Kedua-duanya menjadi PM pun pada zaman yang sama. 

Namun nasib Thatcher kurang baik kerana terus tenggelam selepas bersara dan jarang kelihatan di khalayak ramai. Dia juga diserang minor stroke pada tahun 2002. Sedangkan Mahathir masih sihat serta masih aktif bercakap tentang politik Malaysia dan dunia, seolah-olah beliau masih PM Malaysia. Kedua-duanya mungkin mempunyai persamaan iaitu Thatcher kehilangan ingatan jangka pendek kerana serangan minor stroke, manakala Mahathir kehilangan ingatan sehingga beliau lupa yang beliau telah bersara dari politik. Bagaimanapun, Mahathir lebih bernasib baik kerana isterinya masih hidup dan anak-anaknya yang ramai dan masih di sisinya. Sedangkan Thatcher telah kematian suami dan kedua-dua anaknya kini tinggal di luar negara. Gambar di atas, Margaret di samping anak lelakinya, Mark dan menantunya, Sarah. 

Mahathir ceria merayakan hari jadi ke 87 tahun baru-baru ini bersama artis terkenal Bollywood yang diundang khas. Berbeza dengan Thatcher yang nampak murung dalam gambar di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.