PHILADELPHIA - Seorang lelaki bersenjata dilaporkan menembak mati tiga individu di kawasan luar bandar di barat Pennsylvania semalam.
Media tempatan melaporkan, seorang daripada mangsa berada di gereja dan sedang membuat persiapan menjelang sambutan Hari Natal pada Selasa ini.
Seramai tiga anggota pihak berkuasa juga dilaporkan cedera dalam insiden berbalas tembakan dengan suspek yang identitinya tidak didedahkan di Frankstown Township di timur Pittsburgh.
Bagaimanapun, lelaki bersenjata itu terbunuh semasa dia cuba untuk melarikan diri dengan lori pikap.
Kejadian di Pennsylvania tersebut berlaku kira-kira seminggu selepas insiden tembakan menggemparkan yang meragut nyawa 20 kanak-kanak dan enam dewasa di sebuah sekolah rendah di Newtown, Connecticut.
Suspek kejadian itu, Adam Lanza, 20, yang menembak mati dirinya dilaporkan turut membunuh ibunya sebelum insiden amuk tersebut. - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.