Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 19 Ogos 2014

Kereta Api Barang Bertembung Di Arkansas

Kemalangan dahsyat membabitkan kereta api barang 'Union Pacific' bertembung di Arkansas

Kebakaran yang berlaku berpunca daripada sebuah gerabak yang membawa minuman beralkohol

Punca kemalangan belum diketahui

Kedua-dua kereta api dikatakan sedang membawa bahan kimia toksid ketika kejadian


WASHINGTON - Dua orang terbunuh dan dua cedera apabila kereta api barang 'Union Pacific' bertembung di Arkansas, awal pagi semalam. 
Kemalangan berlaku di Hoxie pada kira-kira jam 3 pagi (4 petang Malaysia) semalam. 
Mangsa dipercayai anggota kru kereta api terbabit, kata kenyataan polis. 
Kebakaran yang berlaku berpunca daripada sebuah gerabak yang membawa minuman beralkohol. 
Kira-kira 500 orang yang tinggal di sekitar 2.5 kilometer di sekeliling tempat kejadian dipindahkan berikutan laporan mengenai pengeluaran bahan berbahaya. 
Mereka bagaimanapun kini sudah kembali ke rumah masing-masing. 
Kedua-dua kereta api dikatakan sedang membawa bahan kimia toksid ketika kejadian. - AFP/ Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.