Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 11 Ogos 2014

Ngeri - Roller Coaster Terkandas Di AS

Pasukan penyelamat berusaha menyelamatkan 24 mangsa roller coaster yang terkandas di Taman Tema Six Flags America, Maryland

Roller coaster ini bergerak pada kelajuan 96.5 kiloemeter sejam sebelum terhenti pada ketinggian 27 meter dari tanah

Pasukan penyelamat memerlukan masa beberapa jam untuk membawa mangsa turun

Roller coaster ini berpusing ke bawah dan ke atas selama empat kali


UPPER MARLBORO, Maryland - Roller coaster yang membawa 24 orang terkandas dekat laluan puncak dalam kejadian di Taman Tema Six Flags America, Maryland, awal pagi tadi. 
Anggota bomba dan penyelamat berusaha menyelamatkan mangsa dalam kejadian berkenaan. 
Pegawai Bomba Wilayah Prince George dikerah ke roller coaster The Joker’s Jinx pada kira-kira jam 2.30 petang waktu tempatan. 
Tiada laporan kecederaan dilaporkan. 
Penolong Ketua Bomba, Paul Gomez berkata, pengunjung dikatakan duduk dalam posisi menegak dan memerlukan masa beberapa jam untuk membawa mereka turun. 
Sementara itu, jurucakap Taman Tema Six Flags America berkata, punca kejadian masih belum dapat dipastikan tetapi masalah sistem keselamatan berkomputer mungkin penyebabnya.  
Permainan roller coaster itu berkelajuan 96.5 kiloemeter sejam dan berpusing ke bawah dan ke atas selama empat kali. - AP/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.