Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 21 Ogos 2014

Militan IS Pancung Kepala Wartawan AS

Imej yang diambil dari sebuah klip video dan disiarkan kelmarin menunjukkan Foley berdiri dekat seorang anggota IS

James Foley, wartawan berusia 40 tahun dari Rochester, New Hampshire, hilang di Syria utara hilang sejak November 2012

Ibu Foley, Diane (tengah) dan bapanya, John (kanan)

Kumpulan militan IS memberitahu, tindakan ini dilakukan sebagai tindak balas serangan udara AS terhadap IS di Iraq baru-baru ini


WASHINGTON - Satu klip video yang disiarkan di internet memaparkan seorang militan Negara Islam (IS) memancung kepala seorang wartawan Amerika Syarikat (AS), James Foley, kata para pegawai AS kelmarin. 
Dalam klip video berkenaan, kumpulan militan IS memberitahu, tindakan tersebut dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan udara AS terhadap kedudukan IS di Iraq baru-baru ini. 
Kumpulan militan berkenaan turut mengancam untuk membunuh seorang lagi tahanan yang dikenal pasti mereka sebagai seorang lagi wartawan dari AS. 
Selepas video berkenaan disiarkan kelmarin, keluarga Foley mengesahkan kematian wartawan itu menerusi laman Facebook yang dibuat bagi mencari sokongan dalam usaha membebaskan lelaki tersebut. 
"Kami sentiasa berasa bangga dengan mendiang yang menggadaikan nyawanya bagi mendedahkan penderitaan yang dialami oleh penduduk di Syria," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu Foley, Diane. 
Dalam kenyataan tersebut, Diane juga merayu kumpulan itu supaya tidak membunuh tahanan yang lain. 
"Seperti Foley mereka juga tidak bersalah. Mereka tiada kuasa terhadap dasar AS di Iraq, Syria atau di mana-mana negara di seluruh dunia," tambahnya. 
Kenyataan tersebut disiarkan di laman Facebook yang dikenali sebagai Find James Foley yang digunakan oleh keluarga wartawan itu sejak dia hilang pada November 2012. - AP/ Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.